YUNUS BIN YAZID BIN BIN MISYKAN BIN ABI AL-NAJAD AL-AYLI ABU YAZID AL-UMAWI (159H)
يُونُسُ بن يزيد بن مشكان بن ابي
النجاد الأيلي ابو يزيد الأموي
Ulama mesir ini adalah orang yang banyak meriwayatkan
hadis dari IBN SYIHAB AL-ZUHRI. Dia adalah seorang tabiiin besar yang tinggal
di AILAH, Jordan dan meninggal dunia di Mesir.
Secara dasar, ramai ulama memuji dia dan menganggap
dia siqah dan sahih serta boleh dibuat hujah.
Namun, ada beberapa kritikan terhadapnya, iaitu Ahmad
bin Hanbal pernah menyatakan bahawa dia banyak buat silap dalam riwayat hadis
yang dia ambil dari al-Zuhri, bahkan ada ketika Imam Ahmad kata dia Mungkar.
Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia ada sedikit waham
apabila dia riwayat dari al-Zuhri. Tetapi, jika dia riwayatkan hadis dari
selain Zuhri, itu berlaku kesalahan.
Dalam pada Ahmad bin Hanbal dan al-Asqalani kritik,
tetapi mereka tetap akui bahawa dia siqah.
Walaubagaimana pun, Imam Waki’ bin al-Jarrah
menyatakan bahawa hafalannya buruk. Hal ini diakui juga oleh Ibn Hajar
al-Asqalani.
Dia adalah rijal kutub al-Sittah.
No comments:
Post a Comment