Monday, March 14, 2022

HAMMAM BIN YAHYA BIN DINAR AL-‘AUZI (80H-164H)

 HAMMAM BIN YAHYA BIN DINAR AL-‘AUZI (80H-164H)

 هَمَّامٍ بن يحي بن دينار العوذي

 

Ulama Basrah ini siqah dalam kalangan ulama hadis. pun begitu, ada sebilangan yang lain kritik dengan anggapan bahawa hafalannya tidak kuat bahkan kadangkala tersilap dalam meriwayatkan hadis. Antara yang kata sebegitu adalah Zakaria bin Yahya al-Saji, Muhammad bin Sa’ad dan Yazid bin Zurai’e al-‘Isyi. Dalam penjelasan mereka, riwayatnya yang mengandungi kesilapan itu, jika dia riwayatkan secara hafalan semata-mata. Namun, jika dia riwayatkan dengan merujuk kepada catatannya, itu tidak menjadi masalah.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan perawi yang sahih.


KOMENTAR POSITIF;

A.        AHMAD kata, dia sabat pada setiap syaikh.

B.        IBN MAIN kata, dia afdhal di sisi kami.

C.         IBN MAHDI kata, dia benar di sisiku seperti IBN ABI ‘ARUBAH.

D.       IBN MUBARAK kata, dia sabat berkenaan QATADAH.

 

No comments:

Post a Comment