Tuesday, March 29, 2022

AL-SYA’BI (21H-103H)

AL-SYA’BI (21H-103H)

 الشَّعْبِيِّ

 

Nama penuhnya adalah SYA’B HAMDAN ‘AMIR BIN SYURAHIL BIN ABDUN BIN ZI KIBAR AL-HIMYARI ABU ‘AMRU AL-HAMDANI AL-SYA’BI AL-KUFI. Dia juga dikenali dengan panggilan ABU AMRU dan ada juga dipanggil ‘AMIR AL-SYA’BI  عامر الشعبي

 

Dia dilahirkan di Kufah dan meninggal di tempat yang sama.

 

Para pengkaji berbeza pendapat berkenaan tarikh kelahirannya. Ada kata, dia dilahirkan pada tahun 16 Hijrah, ada kata tahun 20 hijrah, ada pula kata pada tahun 31 Hijrah.

 

Dia dilahirkan di era pemerintahan Umar bin al-Khattab. Dia pernah berkata: aku sempat jumpa 500 orang dari kalangan sahabat.

 

Dia pernah tinggal di Madinah beberapa bulan kerana lari dari AL-MUKHTAR BIN ABI UBAID atau dikenali AL-MUKHTAR AL-SAQAFI yang merupakan panglima perang pembela kematian Saidina Husain bin ‘Ali. Dia antara terlibat perlawanan terhadap pemerintahan AL-HAJJAJ BIN YUSUF AL-SAQAFI sehingga dia ditangkap dalam tragedy DIR AL-JAMAJIM (satu tempat antara basrah dan kufah) yang dikatakan gerakan pemberontakan untuk menjatuhkan dinasti Umawi. Namun, selepas itu dia dibebaskan oleh al-Hajjaj.

 

Dia adalah siqah dan juga terkenal dalam bidang fiqh, tambahan pula dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah

Dia terkenal meriwayatkan kisah-kisah dari ahli kitab yang memeluk islam yang disebut Israiliyat.

 

[] dia kata, dia pernah jumpa dengan 500 orang sahabat dan dengar hadis dari 48 orang dari kalangan mereka[49].

 

[] kutub sittah.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

(a)      Dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH & ramai lagi[50]

(b)     SUFYAN BIN UYAYNAH berkata: orang hebat di zaman masing-masing adalah IBN ABBAS, AL-SYA’BI DAN AL-SAURI[51].

(c)       MAK-HUL kata, aku tidak nampak ada orang yang lebih faqih berbanding AL-SYA’BI. Perkataan hampir sama disebut oleh ABU HUSOIN dan ABU MIJLAZ[52]

(d)     IBN MA’IN kata, mana-mana perawi yang diambil hadis oleh AL-SYA’BI, itu tandanya perawi itu siqah dan boleh dibuat hujah.

(e)      AL-JILI kata, mursal AL-SYA’BI adalah sahih[53].

(f)          AL-ZAHABI kata, dia adalah Imam faqih mutqin sabat

(g)      AL-ASQALANI kata, dia sabat faqih Fadhil.

(h)     IBN SIRIN kata, aku sampai di kufah, aku dapati al-Sya’bi ada halakah ilmu yang ramai, walhal ketika itu sahabat nabi masih ramai lagi.

(i)           AL-HAKIM kata, dia tidak mendengar hadis dari ABDULLAH BIN MAS’UD, walaupun dia pernah melihat sahabat nabi besar itu.

No comments:

Post a Comment