Showing posts with label DITERIMA. Show all posts
Showing posts with label DITERIMA. Show all posts

Wednesday, March 30, 2022

YAHYA BIN ABI AMRU AL-SYAIBANI (63H-158H)

 YAHYA BIN ABI AMRU AL-SYAIBANI (63H-158H)

 يَحْيَى بْنِ أَبِي عَمْرٍو السَّيْبَانِيِّ

 

Ulama hadis berasal dari Ramallah, Palestine ini digelar sebagai ABU ZUR’AH AL-HIMSHI. Bahkan ada juga menyebut YAHYA BIN ZUR’AH.

 

Digelar AL-SAIBANI kerana nisbah kepada satu etnik arab dari keturunan SAIBAN BIN AL-GHAUS BIN SA’AD AL-SYAMI.

 

Dia adalah rijal Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah. Riwayatnya tidak didapati dalam al-Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi.

 

Dia adalah perawi sahih, tetapi sering mursal pada riwayat sahabat. Justeru itu, riwayatnya diterima kecuali jika dalam riwayat itu digambarkan dia ambil dari sahabat.

Saturday, March 26, 2022

YUSUF BIN ABI BURDAH BIN ABI MUSA AL-ASY’ARI

 YUSUF BIN ABI BURDAH BIN ABI MUSA AL-ASY’ARI

 يُوسُفَ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ بن ابي موسي الأشعري

 

Dia adalah cucu kepada sahabat Nabi terkenal, iaitu ABU MUSA AL-ASYA’ARI. Dia dilahirkan dan meninggal di kufah. Dia bukan rijal bukhari dan Muslim, walaupun riwayatnya didapati dalam Sunan Abi Daud, Tarmizi dan Ibn Majah serta dalam musnad Ahmad.