Saturday, March 19, 2022

HANNAD BIN AL-SARIY (152H-243H)

 HANNAD BIN AL-SARIY (152H-243H)

هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ

 

Nama penuhnya, HANNAD BIN AL-SARIY BIN MUS’AB BIN ABI BAKAR SYIBR AL-TAMIMI AL-DARIMI. Ulama kufah ini adalah pengarang kitab “AL-ZUHD”.

 

Dia kuat beribadat dan tidak berkahwin sehingga dia mendapat gelaran “rahib al-Kufah”.

 

Menurut Ahmad bin Salamah al-Naisaburi, Hannad ini orang yang kuat menangis. Ibn Salamah bercerita berkenaan pengalaman peribadinya bahawa dia menunaikan solat Asar bersama dengan Hannad secara berjemaah, ketika itu dia mengangkat suaranya semasa membaca al-Quran sambil dia menangis. Selepas itu, dia mengambil Mashaf dan membaca al-Quran sehingga maghrib.

 

Ibn Salamah berkata lagi: ini ibadat dia pada waktu siang hari, bagaimana pula dengan ibadatnya pada waktu malam?

 

Hannad adalah guru kepada Imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah. Hanya al-Imam al-Bukhari sahaja bukan murid kepada Hannad.


Hannad adalah perawi siqah lagi sahih.

No comments:

Post a Comment