KHALID BIN SALAMAH AL-FA’FA’ AL-MAKHZUMI AL-JUHANI AL-KUFI (132H)
خَالِدِ بْنِ سَلَمَةَ
الْفَأْفَاءَ المخزومي الجهني الكوفة
Nama penuhnya ABU SALAMAH KHALID BIN SALAMAH BIN AL-AS
BIN HISYAM BIN AL-MUGHIRAH AL-QURASHI AL-MAKHZUMI AL-KUFI AL-FA’FA’.
Menurut al-Zahabi, dia seorang
penganut murji-ah dan ada kecenderungan kepada syiah (Tasyayyu’). Menurut Ibn
Sa’ad, Khalid dibunuh pada tahun 132 Hijrah oleh Khalifah Abu Ja’far Abdullah
Mansur (96H-158H)
Terdapat sedikit
kritikan terhadapnya, seperti Ibn Raziq mengatakan dia doif, dan al-Daraqutni
kata Zakaria tidak meriwayatkan hadis darinya.
Walaubagaimana
pun, ramai anggap dia siqah. Apatah lagi, dalam kalangan al-Kutub al-Sittah,
hanya namanya tidak ada dalam al-bukhari sahaja. Dengan ini, dia adalah adalah
perawi Hasan.
No comments:
Post a Comment