AL-ASWAD BIN YAZID AL-NAKHAIE (75H)
الْأَسْوَدِ بن يزيد بن قيس بن عبدالله بن مالك النخعي
Nama penuhnya adalah AL-ASWAD BIN YAZID BIN QAIS BIN
ABDULLAH BIN MALIK AL-NAKHAIE. Dia dipanggil dengan ABU AMRU. Dia adalah adik
beradik dengan ibu Ibrahim al-Nakhaie, MULAIKAH BINTI YAZID AL-NAKHAIYYAH.
Dilahirkan di Yaman
dan meninggal dunia di Kufah. Dikatakan bahawa dia sempat zaman Jahiliyyah dan
memeluk islam, namun tidak pernah berjumpa dengan Nabi kerana dia berada di
Kufah. Dia memeluk islam melalui MUAZ BIN JABAL ketika Nabi saw hantar sahabat
besar itu untuk menjadi gabenor di sana. Dia bukan sekadar memeluk islam dari
Muaz, bahkan belajar dari sahabat tersebut.
Tidak diketahui tahun
kelahirannya. Namun, memandangkan dia belajar dengan Muaz bin Jabal (18SH-18H). Dalam catatan sejarah, Muaz bin
Jabal dihantar oleh Nabi saw ke Yaman sebagai gabenor selepas dari perang Tabuk
(9H). Dengan itu, kemungkinan ASWAD masuk islam sekitar 10 hingga 18 hijrah.
Kalau begitu, kemungkinan dia dilahirkan lebih awal
dari itu. Mungkin sekitar tahun 1 hijrah ataupun lebih awal dari itu. Ini bukti
bahawa dia adalah Mukhadram.
Dia seorang kerap
berpuasa sunat dan solat sunat. Dikatakan juga dia kerap berulang alik ke
Mekah; sama ada untuk ibadat haji atau umrah sehingga dikatakan sebanyak 80
kali. Dengan itu, ‘Amir al-Sya’bi pernah kata: كان
صواما قواما حجاجا
KOMENTAR ULAMA;
(a)
Dianggap SIQAH oleh
Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Main, Ibn Sa’ad.
(b)
Syu’bah bin al-Hajjaj
kata, dia adalah رأس مال أهل الكوفة
Dia adalah rijal Kutub Sittah dan dianggap sebagai perawi sahih.
No comments:
Post a Comment