AHMAD BIN YUNUS (132H-227H)
أَحْمَدُ بْنُ
يُونُسَ
Nama penuhnya adalah AHMAD BIN ABDULLAH BIN YUNUS. Dia dipanggil dengan ABU ABDILLAH AL-YARBU’IE.
KOMEN ULAMA:
(a)
AHMAD ditanya: siapakah orang yang terbaik untuk nak
catat ilmu. Jawab AHMAD, pergilah kepada Ahmad bin Yunus kerana dia adalah SYAIKH
AL-ISLAM.
(b)
ABU HATIM kata, dia siqah mutqin.
(c)
ABU DAUD tanya AHMAD BIN YUNUS. Dia jawab, jangan kamu
solat belakang orang yang kata al-Quran adalah makhluk. Mereka adalah kafir.
(d) AL-ZAHABI kata, antara kemuliaan AHMAD BIN YUNUS di sisi al-Bukhari adalah, bahawa hadis yang sama dia akan dapati dari YUSUF BUN MUSA.
Dia adalah guru al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud, dan merupakan Rijal al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.
***
َحْمَدُ بْنُ يُونُسَ
[] AHMAD BIN ABDILLAH
BIN YUNUS AL-YARBU’I AL-HAFIZ (132H – 227H)
[] Sering disebut
AHMAD BIN YUNUS tanpa disebut nama bapanya.
[] Dia dilahirkan,
tinggal dan meninggal dunia di Kufah.
[] Dalam Siyar,
al-Zahabi nukilkan bahawa al-Bukhari kata, dia meninggal pada bulan Rabiul
Awal. Perkara yang saya disebut oleh AL-SAYUTI dalam TABAQAT AL-HUFFAZ.
[] Dia dengar hadis
juga dari atuknya, iaitu YUNUS BIN ABDILLAH BIN QAIS AL-YARBU’IE.
[] ABU DAUD
menyatakan, AHMAD BIN YUNUS ini amat terkenal bersikap keras terhadap muktazilah
yang mengatakan al-Quran makhluk. Bahkan dia pernah berpesan: jangan kamu solat
di belakang orang yang mengatakan al-Quran itu makhluk. Mereka ini adalah
kafir.
[] Dia adalah guru
al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Dia rijal Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah.
[] Dalam TABAQAT
AL-HUFFAZ, al-sayuti kata, dia adalah murid yang ambil hadis dari Sufyan
al-Sauri ketika hampir dengan kematian Sufyan.
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
ABU HATIM kata, dia
siqah Mutqin.
B.
AHMAD (murid: al-fadhl
bin Ziyad) kata, aku bermusafir berjumpa dengan AHMAD BIN YUNUS. Dia adalah
syaikh al-Islam.
No comments:
Post a Comment