‘URWAH BIN AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM (23H-94H)
عُرْوَةَ بن الزبير بن العوام
Dia adalah anak kepada Asma’ binti Abi Bakar al-Siddiq,
dan bapanya adalah sahabat Nabi yang terkenal, iaitu al-Zubair bin al-Awwam.
Dalam erti kata lain, dia adalah cucu Abu Bakar al-Siddiq.
Dia adalah adik kepada Abdullah bin al-Zubair. Dia
tidak sempat berjumpa dengan nabi, berbeza dengan abangnya.
Aisyah adalah ibu saudaranya. Dia dianggap antara
perawi yang paling banyak mengetahui hadis-hadis dari Aisyah.
Dia dilahirkan di Madinah dan meninggal dunia di
mekah. Dia adalah salah mahaguru fiqh di Madinah sehingga digelar sebagai
Fuqaha’ al-Sab’ah.
Dia terkenal dengan
ahli ibadat sehingga diriwayatkan bahawa dia membaca al-Quran sehari sebanyak ¼
al-Quran. Dia sering berpuasa sehingga ketika hampir dengan waktu kematiannya
pun dia masih berpuasa.
Kealimannya dalam
bidang hadis dan fiqh diakui ramai. Terutama Umar bin Abdul Aziz pernah berkata:
ما أجد أعلم من عروة بن الزبير، وما أعلمه يعلم شيئًا أجهله
“Aku tidak dapati ada orang yang
lebih alim berbanding Urwah bin al-Zubair. Aku tidak tahu sebarang ilmu yang
dia jahil”
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah dan perawi Sahih.
***
[] URWAH BIN AL-ZUBAIR BIN
AL-AWWAM BIN KHUWAILID BIN ASAD BIN ABD AL-UZZA BIN QUSOI AL-ASADIY @ ABU
ABDULLAH AL-MADANI[1]. (23H – 92H[2])
[] Dia dilahirkan di akhir
pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab. Menurut IBN AL-MADINI, urwah meninggal pada
tahun 92 hijrah[3]. Menurut
MUS’AB dan AL-ZUBAIR BIN BUKAIR bahawa urwah meninggal ketika umurnya 67 tahun[4].
[] IBN SYAWZAB kata, dia selalu ¼
Quran sambil melihat mashaf. Kemudian dia bangun malam[5].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
IBN SAAD kata, dia siqah dan
banyak riwayatkan hadis. dia faqih, alim, sabat dan ma’mun[6].
[1] Masyariq:1/225
[2] AMIN AL-HARARI kata, dia meninggal tahun 94
hijrah. (mursyid:1/93)
[3] Masyariq:1/226
[4] Masyariq:1/227
[5] Masyariq:1/226
[6] Masyariq:1/226
[7] Masyariq:1/226
No comments:
Post a Comment