ABU NASR ABDUL WAHAB BIN ‘ATA AL-‘AJLI AL-KHAFFAF (204H)
ابو نصر عَبْدُ الْوَهَّابِ
بْنِ عَطَاءٍ العَجْليّ الخَفّاف
Dia dilahirkan di Basrah dan
meninggal di Baghdad.
Dalam Kalangan ulama hadis,
berlaku beberapa kritikan terhadapnya seperti berikut;
Pertama, MUDHTARIB
Antara yang mengatakan begitu
adalah Imam Ahmad bin Hambal.
Kedua, DOIF.
Selain imam Ahmad, turut
mengatakan perkara yang sama adalah al-Bazzar, al-Nasaie, Zakaria bin Yahya
al-Saji.
Al-Bukhari anggap dia sebagai
tidak kuat, tetapi masih lagi terbuka kepada kritikan balas.
Ketiga, SODUQ KADANGKALA
TERSILAP
Yang mengatakan sebegitu
adalah Abdul Rahman al-Mubarakpuri, al-Asqalani dan Saleh bin Muhammad Jazrah
yang menyebabkan dianggap tidak boleh terima riwayatnya berkenaan al-Abbas bin
Abd al-Muttalib.
Keempat, TADLIS DARI SUR
Yang mengatakan sebegitu
adalah ibn Hajar al-Asqalani dan Abdul Rahman al-Mubarakpuri.
Pun begitu, terdapat beberapa
pujian terhadap ABDUL WAHAB BIN ‘ATA seperti berikut;
Pertama, SIQAH
Ramai yang kata sebegitu
seperti Yahya Bin Ma’in, al-Daraqutni,
al-Hasan bin Sufyan, Abu Bakar al-Maruzi, Abu Hafs Umar bin Syahin, Ibn Hibban
dan sebagainya.
Kedua, AMAT TAHU BERKENAAN
SA’ID BIN ARUBAH
Hal ini diakui oleh Imam Ahmad
Bin hanbal, dalam pada Imam Ahmad akui bahawa dia seorang doif dan tadlis.
Dari segala kritikan dan
pujian itu, dapat disimpulkan darjatnya dalam periwayatan hadis adalah HASAN.
Hal ini diakui oleh Imam al-Zahabi.
No comments:
Post a Comment