Showing posts with label TABAQAT 2. Show all posts
Showing posts with label TABAQAT 2. Show all posts

Saturday, March 19, 2022

TAWUS BIN KAISAN AL-YAMANI (12H-106H)

 TAWUS BIN KAISAN AL-YAMANI (12H-106H)

طَاوُسٍ بن كيسان اليماني

 

Abu Abdul Rahman Tawus bin Kaisan al-Yamani ini adalah perawi hadis yang dilahirkan di Yaman semasa era Umar menjadi khalifah (ada kata: di era Khalifah Osman bin Affan). Dia meninggal di Mina. Ada kata di Muzdalifah.

 

Menurut Ibn Abi Hatim dalam kitab al-Siqat bahawa ibunya berasal dari Farsi, sedangkan bapanya dari keturunan Yaman, iaitu dari keturunan al-Himyar. Ada pula dakwa, bapanya dari keturunan al-Hamdani, tetapi bapanya bekas kepada hamba kepada Buhair al-Himyari. Nama sebenar bapanya al-Namr bin Qasit.

 

Menurut Ibn al-Jawzi dalam al-Alqab bahawa nama sebenarnya dalah Zakwan, sedangkan Tawus adalah gelarannya.

 

Dia bukan sekadar terkenal dengan ilmu, bahkan terkenal ketaqwaan dan ahli ibadat.

 

Menurut Abdul Mun’im bin Idris, daripada bapanya bahawa Tawus menunaikan solat Subuh dengan wudu’ solat isyak; amalan harian itu dilakukan selama 40 tahun. Bahkan, menurut al-Lais bahawa semasa dia sakit yang membawa kepada kematiannya, dia menunaikan solat dalam keadaan berdiri.

 

Dia salah seorang tabiin yang sempat berjumpa dengan beberapa orang sahabat nabi, seperti Aisyah, Zaid bin Arqam, Abu Hurairah, Jabir bin Abdillah, Suraqah bin malik, Sufwan bin Umayyah, Ibn Omar dan Ibn Abbas. Malah, dikatakan bahawa dia sempat berjumpa dengan 50 orang sahabat nabi.

 

Namun begitu, sahabat nabi yang paling lama dia bermulazamah adalah Ibn Abbas.

 

Dia juga terkenal sebagai salah seorang ulama fiqh di era Tabiin (Fuqaha’ al-Tabiin).

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta perawi yang siqah lagi sahih.

Wednesday, March 16, 2022

ABU YUNUS (123H)

 ABU YUNUS (123H)

 أَبَو يُونُسَ

 

Nama sebenarnya SALIM BIN JUBAIR AL-DUSI AL-MISRI yang merupakan bekas hamba kepada Abu Hurairah.

 

kebanyakkan hadis riwayat Abu Hurairah dari jalur Mesir ambil dari Abu Yunus ini.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud dan Tarmizi. Dia adalah perawi yang siqah lagi sahih.

ABU SA’ID KAISAN AL-MAQBURI AL-MADANI (100H)

 ABU SA’ID KAISAN AL-MAQBURI AL-MADANI (100H)

 أبو سعيد كيسان  المقبري المدني

 

Ulama Madinah ini adalah bapa kepada ulama hadis terkenal bernama SA’ID BIN KAISAN. Nama sebenarnya adalah KAISAN, tetapi dipanggil juga dengan ABU SA’ID.

 

Dia mendapat gelaran المقبري iaitu perkuburan, kerana dia diamanahkan untuk menggali kubur kepunyaan keluarga Bani Dinar serta menjaga kubur mereka. Ada pula kata, tempat tinggal dia berhampiran dengan tanah perkuburan Baqi’, di Madinah.

 

Dia meninggal di Madinah semasa pemerintahan Khalifah al-Walid, dan dia salah seorang tabiin besar.

 

Al-Waqidi kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis. dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah dan perawi yang siqah lagi sahih.