ABU AL-‘ALA DAUD BIN ABDILLAH AL-UDI
ابو
العلاء دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الأودي الكوفي
UIama kufah ini merupakan rijal Abi Daud, Tarmizi dan Ibn Majah. Adapun imam bukhari dan Muslim; kedua-dua imam besar hadis ini tidak mengambil riwayat Daud bin Abdillah.
KOMENTAR ULAMA:
(a)
Dianggap siqah oleh IBN MA’IN, AHMAD, AL-NASAIE,
AL-QATTAN DAN AL-BAIHAQI.
(b)
IBN HAZM kata, dia doif.
(c)
ALBANI bantah dengan menukilkan komentar IBN MA’IN
dengan menyatakan bahawa doa sahih, dan mungkin IBN HAZM tersilap dengan orang
bernama DAUD BIN YAZID AL-UDI.
(d) Kata AL-SAHRAMPURI, bukhari dan muslim tidak berhujah dengan hadis Daud bin Abdillah al-Udi. Namun, tidak bermakna ia doif. (lihat hadis ke-81 Sunan Abi Daud)
No comments:
Post a Comment