Friday, March 25, 2022

ABU BAKAR @ ABDUL RAZZAQ BIN HAMMAM BIN NAFI’ AL-YAMANI AL-SUN’ANI (126H-211H)

ABU BAKAR @ ABDUL RAZZAQ BIN HAMMAM BIN NAFI’ AL-YAMANI AL-SUN’ANI (126H-211H)

ابو بكر عَبْدُ الرَّزَّاقِ بن هَمَّامٍ بن نافع اليماني الصنعاني

 

Ulama dari Yaman ini terkenal dengan karya bertajuk “Musannaf Abd al-Razzaq” dalam bidang hadis, serta karya bertajuk “Tafsir Abd al-Razzaq” dalam bidang tafsir al-Quran.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                Antara yang kata dia siqah adalah, Abu Daud, Hakim al-Naisaburi dan al-Daraqutni.

(b)                Ya’qub bin Syaibah al-Sadusi kata, dia siqah sabat.

(c)                Al-Bukhari kata, apa yang dia ceritakan dalam kitabnya, maka itu lebih sahih.

(d)               Ibn Hajar kata, dia siqah hafiz. Tidak sabit bahawa dia tasyayyu’. Kami tidak dapati riwayat dia di sisi syiah.

(e)               Al-Jurjani kata: aku berharap dia la ba’sa bih. Namun, dia orang yang terawal himpun hadis-hadis fadhilat ahl al-Bait.

(f)                 Al-Bazzar dan Ahmad bin Soleh al-Jili kata, dia siqah yang tasyayyu’.

 

KOMENTAR NEGATIF:

(a)                Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, dia antara perawi hadis yang tersalah jika dia riwayatkan hadis secara hafazan.

(b)               Abu hatim al-Razi kata, hadisnya ditulis, tetapi tidak boleh dibuat hujah.

 

KOMENTAR DUA SUDUT:

(a)                Ahmad pula kata, hadisnya paling baik. Di kala lain, Ahmad kata bahawa selepas matanya buta, dia adalah doif.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.


*** 


 عَبْدُ الرَّزَّاقِ

[] ABD AL-RAZZAQ BIN HAMMAM BIN NAFI’ AL-HIMYARI @ ABU BAKAR AL-SUN’ANI. (126H – 211H[1])

 

[] AL-BUKHARI kata, dia meninggal pada 211[2] di SAN’A, di satu daerah bernama DAR AL-HID دار الحيد

 

[] Dua digelar sebagai MUHADDIS AL-YAMAN. Dia ada kitab tafsir yang nama kitabnya: Tafsir al-Quran Li al-Sun’ani. Kitab hadisnya pula bernama: al-Umali dan Musannaf Abd al-Razzaq.

 

[] Dia satu generasi dengan Waki’ dan Abu Usamah[3].

 

[] AHMAD kata, sebelum dia mati, matanya buta. Selepas dari dia buta, orang talqin hadis-hadisnya yang tidak ada dalam catatannya[4]. Dua buta selepas tahun 200 hijrah[5].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub sittah[6].

B.                  AHMAD kata, Abdul Razzaq lebih sabat berbanding ibn Juraij[7]. Ahmad juga kata, sesiapa yang dengar hadis selepas dari dia buta, maka doif al-Sima’[8].

C.                  IBN MAIN kata, dia lebih sabat pada hadis Ma’mar berbanding Hisham bin Yusuf sedangkan Hisham orang baca kitab-kitab pada Ibn Juraij[9].

D.                 HISHAM BIN YUSUF kata, dia adalah orang paling alim dalam kalangan kami dan orang paling hafal dalam kalangan kami[10].

E.                  AL-ZUHLI kata, dia orang yang sedar berkenaan hadis. dia hafiz ABU DAUD kata, dia siqah[11].

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

F.                   MUHAMMAD BIN ABI BAKAR AL-MUQADDAMI kata, aku dapati Abdul Razzaq memfasadkan Ja’far, iaitu kerana dia Tasyayyu’[12].

G.                 IBN MAIN kata bahawa AHMAD kata, UBAIDULLAH BIN MUSA menolak hadisnya kerana TASYAYYU’nya[13].

H.                 Ada dakwaan kata dia Tasyayyu’. ABDULLAH BIN AHMAD tanya bapanya, iaitu AHMAD BIN HAMBAL: apakah Abd al-Razzaq ini melampau tasyayyu’nya? Jawab Ahmad: aku tidak dengar sikit pun berkenaan hal itu[14].

I.                    SALAMAH BIN SYABIB kata, aku dengar ABDUL RAZZAQ berkata: demi Allah, Ali Afdhal berbanding Abu Bakar dan Umar. semoga Allah merahmati Abu Bakar, Omar, Osman. Barangsiapa yang tidak sayang mereka, maka dia bukan mukmin[15].

J.                    ABU AL-AZHAR kata, aku dengar Abdul Razzaq berkata: Abu Bakar dan Omar itu afdhal kerana Ali telah mengafdhalkan kedua-duanya berbanding dirinya. Kalau tidak kerana Ali mengafdhalkan mereka, pasti aku pun tidak anggap mereka afdhal. [16].

K.                  IBN HIBBAN kata, dia buat salah apabila dia riwayatkan hadis secara hafalan; faktor tasyayyu’nya.

L.                   ABU DAUD kata, dia siqah. ABU DAUD kata lagi, dia tidak setuju dengan Muawiyah[17].

M.               IJLI kata, dia siqah tasyayyu’ ABU DAUD kata, dia siqah[18].

N.                 IBN ADI kata, abdul razzaq bermusafir jumpa dengan para siqah dan imam. Mereka tulis hadis darinya tanpa mereka nisbahkannya kepada tasyayyu’ ABU DAUD kata, dia siqah[19].

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

O.                 NASAIE kata, dia ini perlu diteliti dulu bagi catatan hadis darinya di akhir umurnya. Orang tulis darinya ketika itu banyak hadis-hadis mungkar[20].

ABU HATIM kata, hadisnya dicatat dan tidak boleh dibuat hujah. Hal ini dicatat oleh IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT[21].



[1] masyariq:1/244 | Mursyid:1/98

[2] Masyariq:1/242

[3] Masyariq:1/242

[4] Masyariq:1/242

[5] Masyariq:1/242

[6] masyariq:1/244

[7] Masyariq:1/242

[8] Masyariq:1/242

[9] Masyariq:1/242

[10] Masyariq:1/242

[11] Masyariq:1/243

[12] Masyariq:1/242

[13] Masyariq:1/242

[14] Masyariq:1/243

[15] Masyariq:1/243

[16] Masyariq:1/243

[17] Masyariq:1/243

[18] Masyariq:1/243

[19] Masyariq:1/243

[20] Masyariq:1/243

[21] Masyariq:1/243


No comments:

Post a Comment