Friday, March 25, 2022

ABU ‘URWAH @ MA’MAR BIN RASHID AL-AZDI (95H-153H)

 ABU ‘URWAH @ MA’MAR BIN RASHID AL-AZDI (95H-153H)

أَبُو عُرْوَةَ مَعْمَرٌ بن راشد الأزدي

 

Dia dilahirkan di Basrah dan berhijrah ke San’a, Yaman dan berkahwin dengan perempuan Yaman bernama Halimah dan meninggal dunia di situ.

 

Dia hadir semasa al-Hasan al-basri meninggal dunia. Dikatakan, itulah titik permulaan kesedaran dia mahu belajar agama. Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi siqah lagi sahih.

 

** 


مَعْمَرٌ

[] MA’MAR BIN RASHID AL-AZDI AL-HUDDANIY @ ABU URWAH BIN ABI UMAR AL-BASRI[1]. (95H - 153H[2])

 

[] AL-WAQIDI kata, dia meninggal pada tahun 153 hijrah. YAHYA, AHMAD dan ALI kata, pada 154 hijrah. Menurut AHMAD, dia meninggal sewaktu umurnya 58 tahun[3].

 

[] Dia asal Basrah tinggal di Yaman[4]. Dia hadis semasa solat jenazah al-hasan al-Basri[5].

 

[] Ma’mar pernah kata: aku menuntut ilmu pada tahun al-Hasan meninggal dunia. Dari situ, Aku duduk belajar dengan Qatadah yang ketika itu umur aku 14 tahun. Aku tidak pernah dengar hadisnya kecuali seakan-akan ilmu itu terpahat dalam dadanya[6].

 

[] Dia masuk ke San’a, mereka tidak suka dia keluar. Maka ada orang suruh dia tinggal di yaman dengan cara kahwinkan dia dengan seorang perempuan yaman[7].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub sittah[8].

B.                  AL-TAQRIB kata, siqah, sabat, fadhil[9].

C.                  AL-KHALILI kata, Imam Syafie puji dia[10].

D.                 IBN HIBBAN kata, dia faqih, hafiz, mutqin dan warak[11].

E.                  IBN MAIN kata, orang yang sabat sabat berkenaan hadis al-Zuhri adalah Ma’mar, Malik dan beberapa orang lagi[12]. IBN MAIN kata juga, Ma’mar lebih sabat hadis al-Zuhri berbanding Ibn Uyaynah[13]. OSMAN AL-DARIMI pernah tanya Ibn Main, siapakah yang lebih dia suka berkenaan hadis al-Zuhri; sama ada Ibn Uyaynah atau Soleh bin Kaisan atau Yunus? Jawab Ibn main: Semua itu adalah Ma’mar[14].

F.                   AMRU BIN ALI kata, dia orang yang paling benar[15].

G.                 IJLI kata, orang basrah yang tinggal di yaman. Dia siqah, lelaki yang soleh[16]. Dia siqah ma’mun[17].

H.                 ABU HATIM kata, ma’mar tidak riwayatkan hadis yang ada salah semasa di Basrah. Dia adalah soleh al-Hadis[18].

I.                    YAAQUB BIN SYAIBAH kata, ma’mar siqah, soleh, sabat berkenaan al-Zuhri[19].

J.                    NASAIE kata, dia siqah, ma’mun[20].

K.                  IBN JURAIJ kata, hendaklah kamu berkawan dengan lelaki ini. Tidak ada lagi orang pada zaman ini yang lebih alim berbanding ma’mar[21].

L.                   IBN SAAD kata, dia ahli yaman yang mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi pada dirinya sendiri[22].

M.               IBN MAIN kata, kalau Ma’mar ceritakan hadis kepadamu yang dia ambil dari penduduk iraq, maka khilafilah dia kecuali dari al-Zuhri dan Ibn Tawus. Kerana hadisnya dari mereka berdua adalah musqatim.[23]

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

YAHYA kata, hadisnya yang dia ambil dari Sabit, Asim bin Abi al-Nujud dan Hisham bi Urwah, itu ada mudhtarib dan banyak waham[24].


[1] masyariq:1/244

[2] masyariq:1/244 | Kitab Mursyid kata, dia meninggal pada 154. (Mursyid:1/98)

[3] masyariq:1/246

[4] masyariq:1/245

[5] masyariq:1/244

[6] masyariq:1/244

[7] masyariq:1/245

[8] masyariq:1/246

[9] Mursyid:1/98

[10] masyariq:1/245

[11] masyariq:1/246

[12] masyariq:1/245

[13] masyariq:1/245

[14] masyariq:1/245

[15] masyariq:1/245

[16] masyariq:1/245

[17] Mursyid:1/98

[18] masyariq:1/245

[19] masyariq:1/245

[20] masyariq:1/245

[21] masyariq:1/245

[22] masyariq:1/245

[23] masyariq:1/245

[24] masyariq:1/245


No comments:

Post a Comment