SA’ID BIN ABI SA’ID (125H)
سَعِيدِ بْنِ أَبِي
سَعِيدٍ
Ulama Madinah ini
sering disebut dengan nama SA’ID BIN KAISAN. Hal ini kerana, nama bapanya yang sebenar adalah
KAISAN, sedangkan ABU SA’ID itu adalah geralan kerana sempena kepada namanya.
Riwayatnya dari Aisyah
dan Ummu Salamah tidak boleh diterima kerana dia riwayatkan itu secara MURSAL.
Menurut al-Asqalani, Ya’qub bin Syaibah al-Sadusi dan
Ibn Abd al-Bar al-Andalusi, hafalannya celaru empat tahun sebelum kematiannya. Namun
begitu, al-Zahabi kata, semasa dia celaru hafalan, tidak ada seorang pun murid
yang belajar hadis darinya.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, dan perawi siqah
lagi sahih.
No comments:
Post a Comment