LAIS BIN SA’AD BIN ABDUL RAHMAN BIN AL-HARIS AL-FAHMI ABU AL-HARIS AL-MISRI AL-QALQASYANDI (94H-175H)
لَيْثٌ بن سعد بن عبدالرحمن
بن الحارث الفهمي ابو الحارث المصري القلقشندي
Salah Seorang ulama
fiqh yang terkenal sehingga dikatakan mempunyai mazhab sendiri yang disebut
sebagai Mazhab al-Lais.
al-Imam
al-Syafie pernah berkata:
الليث أفقه من مالك، إلا أن أصحابه لم يقوموا به
“al-Lais
itu lebih faqih berbanding Malik. Namun, murid-muridnya tidak kembangkannya”
Dia
dilahirkan di Qalqasyandah, Mesir, tetapi asal keturunannya adalah dari Farsi,
iaitu dari ASBAHAN.
kealimannya dalam bidang fiqh amat dihormati oleh para
ulama pada zaman itu. Seorang ulama bernama ABDULLAH BIN WAHAB AL-MISRI pernah
berkata:
لولا الليث ومالك لضللنا
“kalau
tidak kerana al-Lais dan Malik, sudah pasti kita akan tersesat”
Dia
terkenal dengan zuhud serta pemurah, walaupun dia bukan dari kalangan orang
kaya. Dikatakan bahawa setiap terjadi musim sejuk dan musim panas, dia pasti
akan membuat majlis makan dengan menjemput orang-orang miskin; dijamukan mereka
madu dan keju, sedangkan dia selalu hanya makan roti berlaukkan minyak zaitun
sahaja.
Dikisahkan
bahawa duit simpanannya selalu habis dengan memberi makan kepada fakir miskin
menyebabkan wangnya selalu tidak cukup haul untuk membayar zakat.
Dia
meninggal empat tahun sebelum kematian Imam malik.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi yang siqah lagi sahih.
[] AL-LAIS BIN SAAD BIN ABDUL
RAHMAN AL-FAHMIY @ ABU AL-HARIS AL-IMAM AL-MISRIY (94H-175H[1])
[] Ada dakwaan mengatakan bahawa
dari sudut keturunan bahawa dia berasal dari ASBAHAN. Namun, IBN YUNUS kata,
tidak benar dakwaan tersebut. Dia dilahirkan di QARSYANDAH yang tidak jauh
dengan AL-FUSTOT (mesir) [2].
[] Imam Syafie kata, al-Lais
lebih faqih berbanding imam Malik. Hanya kerana, murid-murid al-Lais tidak
menyebarkannya sahaja[3].
Menurut AMIN AL-HARARI bahawa IBN BUKAIR juga mengatakan perkara yang sama[4].
[] HARMALAH kata, aku dengar Imam
Syafie kata: al-Lais amat ikuti atsar dari Malik[5].
[] ABU ZUR’AH kata: aku dengar
Ibn Bukair kata: al-Lais lebih faqih berbanding Malik. Tetapi, penghormatan itu
diberikan kepada Imam malik[6].
[] QUTAIBAH BIN SAID cerita
bahawa MANSUR BIN AMMAR datang kepada al-Lais. Dia hantarkan kepadanya 1 ribu
dinar. Rumah Ibn Lahi’ah terbakar. Al-Lais pun bagi wang 1 ribu dinar itu
kepada Ibn Lahi’ah[7].
[] ABDULLAH BIN SOLEH berkata:
aku berkawan dengan al-Lais selama 20 tahun. Tidak pernah makan malam dan siang
kecuali pasti bersama orang ramai[8].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Kutub sittah[9].
B.
Dianggap siqah oleh NASAIE[10].
C.
IBN SAAD kata, dia sebuk dengan
fatwa pada zamannya. Dia siqah dan banyak riwayat hadis yang sahih[11].
D.
AHMAD (murid: AHMAD BIN SAAD
AL-ZUHRI) kata, dia siqah sabat. Di tempat lain (murid: HAMBAL), lais lebih aku
suka berbanding apa yang diriwayatkan dari AL-MAQBURI[12].
Di tempat ,ain (murid: ABDULLAH BIN AHMAD BIN HANBAL) kata, dia orang yang
paling sahih riwayatkan hadis dari AL-MAQBURI, kerana dapat dibezakan antara
dia ambil dari Abu Hurairah dari dia ambil dari BAPANYA yang ambil dari ABU
HURAIRAH[13].
E.
IBN AL-MADINI kata, dia siqah
sabat[14].
F.
IJLI kata, dia penduduk mesir
yang siqah[15].
[1] berdasarkan riwayat IBN BUKAIR (Masyariq:1/224 |
Mursyid:1/93)
[2] Masyariq:1/222
[3] masyariq:1/223
[4] Mursyid:1/93
[5] masyariq:1/223
[6] masyariq:1/223
[7] masyariq:1/223
[8] masyariq:1/223
[9] masyariq:1/223
[10] Masyariq:1/222
[11] Masyariq:1/222
[12] Masyariq:1/222
[13] Masyariq:1/222
[14] Masyariq:1/222
[15] Masyariq:1/222
[16] Mursyid:1/93
No comments:
Post a Comment