Sunday, March 20, 2022

MUKHADRAM: ABU WA-IL (1H-82H)

 MUKHADRAM: ABU WA-IL (1H-82H)

ابو وائل

 

Nama sebenarnya adalah SYAQIQ BIN SALAMAH AL-ASADI

 

Dia adalah salah seorang dianggap sebagai Mukhadram, kerana dia dilahirkan pada 1 Hijrah, bermaksud semasa Nabi saw masih hidup. Semasa Nabi saw wafat, dia tidak sempat berjumpa nabi, walaupun ketika itu umurnya 11 tahun.

 

Dia dari keturunan BANI ASAD BIN KHUZAIMAH, iaitu antara kabilah yang murtad selepas wafat Nabi.

 

Selepas dewasa, dia hijrah dari Kufah ke Madinah. Dia meninggal semasa pemerintahan Hajjaj bin Yusuf al-Saqafi.

No comments:

Post a Comment