AHMAD BIN MUHAMMAD BIN HANBAL (164H-241H)
أَحْمَدُ بْنُ
مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ
Dia adalah pengasas mazhab Hanbali. Berasal dari
Baghdad dan meninggal di situ. Beliau merupakan guru kepada Imam al-Bukhari,
Muslim dan Abi Daud, serta rijal bagi al-nasaie dan Ibn Majah.
Imam
al-Tarmizi tidak riwayat hadis dari Ahmad, tetapi dia ada mengambil komentar sanad oleh Ahmad melalui
Imam al-Bukhari dan Ahmad bin Hasan dan Ishaq bin mansur. Imam Tarmizi juga ada
ambil komentar fiqh Ahmad di beberapa tempat dalam sunan beliau.
Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan dalam keadaan Yatim, iaitu ketika ayahnya sudah
meninggal dunia.
Dia dibesarkan oleh ibunya
yang bernama SOFIYAH BINTI MAIMUNAH BINTI ABDUL MALIK AL-SYAIBANIYYAH.
Ulama berbeza pendapat dalam
menjelaskan tempat dia dilahirkan
Ada kata, dia dilahirkan Turkaministan
(kerana bapanya bekerja di sini). Ada pendapat yang lain menyatakan bahawa dia
dilahirkan di Baghdad (ini pendapat yang kuat, kerana ketika itu, ibunya sudah
hijrah ke Baghdad)
Dikatakan bahawa mula belajar
hadis pada tahun 179H, iaitu sewaktu umurnya 15 tahun. Dia sempat jelajah
beberapa tempat untuk mendapat ilmu, seperti Iraq, Hijaz, Tihamah dan Yaman.
Menurut Ibn al-Jawzi dalam
Manaqib Ahmad bahawa dia mula mengajar dan memberi fatwa sewaktu umurnya 40
tahun. Dikatakan bahawa dia tidak mengajar kecuali setelah diminta.
Dikatakan bahawa dia berkahwin
semasa umur 40 tahun dengan isteri bernama al-‘Abasah binti al-Fadhl. Dengan
isteri tersebut, dia dapat anak bernama SOLEH.
Namun, isterinya meninggal
awal. Kemudian dia berkahwin dengan perempuan bernama RAIHANAH. Dari isteri
ini, dia dapat anak nama ABDULLAH yang terkenal periwayatan dari dia.
Dia antara yang dipenjara
kerana bertembung dengan Khalifah al-Ma’mun dan kemudian al-Mu’tasim dan
al-Wasiq dalam isu Makhluk al-Quran.
Pada era Wasiq, dia dihalang
mengajar agama. Apabila naik khalifah al-Mutawakkil ‘Ala Allah bin al-Mu’tasim
bin Harun al-Rashid, dia dibenarkan mengajar balik. Hal ini disebabkan oleh
Khalifah al-Mutawakkil bukan muktazilah.
Dalam kitab al-Siyar, al-Zahabi
ada menukilkan pujian Imam Syafie terhadap Imam Ahmad:
خرجتُ من بغداد وما خلَّفتُ بها أحداً أورع ولا أتقى ولا أفقه من أحمد بن
حنبل
“Aku keluar ke Baghdad, aku
tidak dapati seorang pun yang cukup warak dan pertaqwa serta faqih berbanding
Ahmad bin Hanbal”.
Imam Ahmad rijal al-Kutub al-Sittah serta dia perawi siqah lagi
sahih.
No comments:
Post a Comment