Sunday, March 20, 2022

SAHABAT: AMRU BIN AL-AS (47SH-42H)

 SAHABAT: AMRU BIN AL-AS (47SH-42H)

 عَمْرُو بْنُ الْعَاصِ

 

Sahabat Nabi ini dilahirkan di mekah dan meninggal di Mesir.

 

Dia terlibat pembukaan syam dan mesir di era Saidina Umar menjadi Khalifah.

 

Dia adalah orang yang mula-mula menjadi gabenor Mesir, iaitu era pemerintahan Saidina Umar.

 

Menurut Ibn Hajar, dia lebih tua dari saidina Umar 7 tahun.

 

Bapanya bernama AL-AS BIN WAIL AL-SAHMI—salah seorang pembesar Quraish yang memusuhi Islam. Ibunya adalah adik perempuan Abu Jahal.

 

Adiknya bernama HISHAM BIN AL-AS (SAHABAT), antara yang terawal memeluk islam, lalu diseksa oleh bapanya sendiri.

 

Isteri Amru bernama Rithah binti Munabbih bin al-Hajjaj (Muslimah) yang memberi makan dan minum kepada Hisham semasa dia diseksa oleh bapanya.

 

Dalam sejarah hijrah ke Habsyah, adiknya ini antara yang turut sama terlibat dalam sejarah besar tersebut.

 

Amru bin al-As adalah antara pendekar Quraish pada zaman Jahiliyyah.

 

Amru terkenal dengan kebijaksanaan dalam rundingan. Dengan sebab itu, semasa berlaku hijrah ke Habsyah, Quraish telah hantar dia untuk berunding dengan Raja Habshah untuk dikembalikan Sahabat yang hijrah ke sana.

 

Semasa masih kafir, dia terlibat perang Badar, Uhud, Khandaq untuk melawan islam.

 

Namun, kemudiannya dia memeluk islam, iaitu selepas berjumpa dengan raja Habsyah. Kejadian itu berlaku  selepas kejadian Sulh Hudaibiyyah, di mana dia ke sana dan berjumpa raja Habsyah, iaitu tahun 8H (sebelum Fath Mekkah)

 

Setelah berjumpa raja Habsyah itu, dia naik kapal laut ke Madinah. sesampai di perbatasan Madinah, dia berjumpa dengan KHALID BIN AL-WALID dan OSMAN BIN TALHAH. Ketiga-tiga itu masuk ke Madinah bersama-sama pada bulan Safar 8 Hijrah (Fath Makkah—Ramadan 8 hijrah), dan menyatakan keislaman. Bermakna, 7 bulan selepas pembukaan kota Mekah mereka memeluk islam.

 

 

Selepas Amru memeluk slam, nabi saw hantar dia untuk terlibat perang (sariyyah) ZAT AL-SALASIL (Jamadil Akhir, 8 hijrah).

 

Selepas kewafatan nabi, di era Umar bin al-Khattab menjadi Khalifah, dia menjadi gabenor Mesir. Kemudian, pada era era Osman—tahun 24 H, dia digugurkan jawatan tersebut.

 

Namun, apabila Saidina Osman dibunuh, dia terlibat dengan Muawiyyah menuntut bela kematian Saidina Osman dari Saidina Ali.

 

Setelah Muawiyyah menjadi khalifah, dia dilantik semula menjadi gabenor di Mesir dan meninggal di situ.

 

Dia terkenal dengan petah bercakap, bijak mempengaruhi keputusan dan rundingan.

 

Menurut al-Imam al-Sayuti, semasa muda, dia seorang yang suka rihlah. Sebelum islam, dia dah sampai ke Mesir, iskandariyyah dan melihat pembangunan di sana.

No comments:

Post a Comment