IBN JURAIJ (80H-150H)
ابْنِ جُرَيْجٍ
Nama penuhnya adalah ABDUL MALIK BIN ABDUL AZIZ BIN
JURAIJ AL-MAKKI. Dia dalam kalangan Atba’ al-Tabiin, dan terkenal dalam bidang
fiqh, qiraat dan ilmu hadis. Dilahirkan di Mekah dan meninggal dunia di
Baghdad.
Atba’ al-Tabiin ini seorang ulama hadis, ahli qiraat serta ahli fiqh.
Asal keturunannya adalah ROM (Turki). Dilahirkan di Mekah dan mati di situ.
Dia belajar dengan ‘ATA BIN ABI RABAH (27H-114H) selama 17 tahun. Sehinggakan cerita yang paling sabat berkenaan ‘ATA’ adalah dari IBN JURAIJ.
Selepas kematian ‘ATA’, dia melazimi pula dengan UMAR BIN DINAR (46H-126H) untuk menuntut ilmu selama 9 tahun.
Dia sudah menghimpun hadis-hadis sebelum pembukuan sahih bukhari dan Muslim yang dikenali sebagai السنن في الحديث
Dalam pada itu,
berlaku sedikit komentar kecil tetapi berharga berkenaan Ibn Juraij ini, iaitu
al-Zahabi menyatakan bahawa dia memang tidak dinafikan pernah berjumpa dengan
al-Zuhri, tetapi berjumpa itu bukan bermakna dia belajar hadis dari al-Zuhri.
Menurut al-Zahabi
lagi, Ibn Juraij ambil hadis dari al-Zuhri secara Ijazah dan Munawalah sahaja.
Walaupun dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan
seorang perawi yang siqah, tetapi tidak semua riwayatnya diterima oleh semua
ulama; iaitu apabila ada hadis bahawa dia ambil dari al-Zuhri.
KOMENTAR POSITIF;
(a) Dianggap Siqah oleh AL-IJLI,
(b) MUHAMMAD BIN UMAR kata, dia siqah dan banyak riwayat hadis.
(c) ABU ZUR’AH AL-RAZI kata, dia salah seorang imam.
(d) ‘ATA BIN ABI RABAH (gurunya) pernah kata, ibn Juraij adalah penghulu penduduk Hijaz.
(e) YAHYA BIN SA’ID AL-ANSARI kata, dia soduq. Jika dia kata: حدثني, itu dia dengar hadis; jika dia kata: أنبأنا atau أخبرني, maka itu dia baca dari guru; kalau dia kata: قال, itu seiras angin.
KOMENTAR NEGATIF;
(a) AL-ZAHABI anggap, hadis yang dia ambil dari AL-ZUHRI ada illat. HAL INI KERANA, dia ambil hadis dari al-Zuhri secara ijazah dan munawalah.
(b) AHMAD kata, kalau Ibn Juraij kata قال فلان وقال فلان atau أُخبرت; itu bermakna dia ambil dari perawi perawi mungkar. Namun, apabila dia kata, أخبرني atau سمعت; itu bermakna perawi itu boleh diguna pakai.
KOMENTAR PERTENGAHAN;
(a) IBN HIBBAN kata, dia salah seorang fuqaha’ ahli Hijaz, ahli qiraat dan ahli itqan. Namun, dia sering buat TADLIS.
(b) AL-ZAHABI kata, dia al-imam al-allamah al-hafiz siqah. Namun, jika dia riwayatkan hadis secara عن, maka itu dia bertadlis.
Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 86.
No comments:
Post a Comment