AL-HASAN BIN YASAR AL-BASARI (21H-110H)
الْحَسَنِ بن يسار البصري
Salah seorang ulama yang sering namanya disebut, iaitu
al-Hasan al-Basri. Dia dilahirkan di Madidah dan meninggal di Basrah. Pernah sampai
ke Kabul dan Khurasan.
Bapanya adalah bekas hamba Zaid bin Sabit, dan ibunya bernama
Khairah pula adalah bekas hamba kepada Ummu Salamah.
Semasa Saidina Umar dibunuh, dia berumur 2 tahun.
Dalam beberapa riwayat menyatakan bahawa semasa dia kecil, dia selalu
menangis, Ummu Salamah pernah beberapa kali susukan dia sehingga dia menjadi
anak susuan Ummu Salamah.
Semasa berumur 10 tahun, dia sudah menghafal al-Quran.
Dia dibesarkan di Hijaz dan ketika itu, sempat mendengar khutbah Saidina
Osman, dan lihat kejadian Saidina Osman dibunuh.
Pada tahun 37 hijrah, dia berpindah ke Basrah untuk belajar di sana. Pada tahun 43 hijrah, dia menjadi juru tulis
kepada Rabi’ bin Ziyad al-Harisi (gabenor Khurasan) selama 10 tahun.
Selepas itu, dia balik ke Basrah. Di sana, dia mengajar dan mati di
situ.
Wasil Bin ‘Ata’ (pengasas mazhab Muktazilah) adalah muridnya, yang
bertembung dengan dia berkenaan “pelaku dosa dari kalangan muwahhidin”.
Dia berhujah menolak pendapat muridnya bahawa semua itu atas kehendak
Allah.
Wasil bin ‘Ata mencipta satu teori bahawa pelaku dosa besar dari kalangan
muslom berada di satu tempat antara dua tempat. Kepercayaan itu melebar
sehingga tersebar fahaman Muktazilah.
Walaupun dia seorang tabiin, tetapi berlaku kekhilafan dalam kalangan ulama
hadis berkenaan pertemuan al-Hasan al-Basri dengan Abu Hurairah.
Pendapat yang paling kuat mengatakan bahawa al-hasan al-basri tidak
pernah berjumpa dengan Abu Hurairah. Justeru, sebarang periwayatan hadis yang
didapati dalam sanad itu menggambarkan al-Hasan al-Basri ambil hadis dari Abu Hurairah
menandakan riwayat tersebut tertolak kecuali dikuatkan dengan riwayat atau
sanad yang lain.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, dan dia adalah seorang perawi yang
siqah lagi Sahih.
No comments:
Post a Comment