Showing posts with label MAQBUL. Show all posts
Showing posts with label MAQBUL. Show all posts

Sunday, September 11, 2022

HUMAIDAH BINTI UBAID BIN RIFA’AH

 HUMAIDAH BINTI UBAID BIN RIFA’AH

حُمَيْدَةَ بِنْتِ عُبَيْدِ بْنِ رِفَاعَةَ


nama penuhnya adalah HUMAIDAH BINTI UBAID BIN RIFA’AH BIN RAFI’ BIN MALIK BIN AL-‘AJLAN BIN AMRU BIN ‘AMIR BIN ZURAIQ AL-ANSARIYYAH AL-ZARQIYYAH.

 

Dia adalah isteri kepada perawi hadis yang bernama ISHAQ BIN ABDILLAH. Dia panggil dengan UMMU YAHYA, kerana anak sulungnya bernama YAHYA

 

Namanya tidak ada dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, tetapi ada dalam Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.

 

Dia dianggap JAHALAH. Namun, dibantah oleh WALIYUDDIN AL-IRAQI dalam kitabnya, al-tawassut al-Mahmud dengan menyatakan bahawa bukan suaminya sahaja ambil hadis dari Humaidah, bahkan didapati dua orang anaknya, iaitu YAHYA BIN ISHAQ (Abu Daud, 5036) dan UMAR BIN ISHAQ juga didapati ambil hadis darinya. Justeru, TERNAFI dakwaan bahawa dia JAHALAH.

 

Ulama berbeza pendapat berkenaan dhobitnya. Namun, majoriti ulama termasuk YAHYA BIN YAHYA AL-ANDALUSI anggap dia DHOBIT. (al-Tawassut:2/485)

 

Dua dianggap siqah oleh Ibn Hibban, tetapi IBN HAJAR kata, dia sekadar maqbul. (al-Manhal:1/264)

Thursday, July 28, 2022

UBAIDULLAH BIN ABDUL RAHMAN BIN RAFI’ AL-ANSARI AL-‘ADAWI

 UBAIDULLAH BIN ABDUL RAHMAN BIN RAFI’ AL-ANSARI AL-‘ADAWI

عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَافِعٍ الْأَنْصَارِيِّ الْعَدَوِيِّ

 

Digelar dengan al-‘Adawi kerana nisbah kepada moyangnya yang bernama ‘ADI BIN YAZID BIN JASYAM BIN HARISAH BIN HARIS BIN AL-KHAZRAJ BIN UMAR BIN MALIK BIN AUF.

 

Tidak diketahui nama sebenar bapanya. Ada kata ABDUL RAHMAN dan ada kata ABDULLAH.

 

Namun, kalau dilihat dalam al-tarikh al-Kabir karya al-Bukhari dan al-Siqat karya Ibn Hibban; mereka ada menyatakan bahawa Abdul Rahman bin Rafi’ bin Khadij ini ada seorang abang bernama ABDULLAH.

 

Kalau dilihat dari komentar dua ulama ini, menandakan Abdul Rahman dan Abdullah adalah dua orang yang berbeza.

 

Riwayatnya tidak diterima kecuali jika dikuat dengan riwayat-riwayat yang lain

Wednesday, July 27, 2022

AL-WALID BIN MUSLIM AL-QURASHI AL-UMAWI (119H-195H)

 AL-WALID BIN MUSLIM AL-QURASHI AL-UMAWI (119H-195H)

الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ القرشي الأموي

 

Dipanggil dengan ABU AL-ABBAS AL-DIMASYQI AL-SYAMI AL-UMAWI AL-QURASHI. Dia dilahirkan di Mekah dan terkenal sebagai ulama dari kalangan penduduk Syam.

 

Menurut Muhammad bin Sa’ad al-Baghdadi, dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang dari menunaikan ibadat haji.

 

Ahmad kata, dia paling banyak riwayatkan hadis dari penduduk syam.

 

Dia anggap siqah oleh YA’AQUB BIN SYAIBAH AL-SADUSI, dan dianggap HAFAZ, TEKUN DAN PALING tahu berkenaan hadis dari negerinya (syam) oleh AL-HAKIM AL-NAISABURI.

 

Ahmad pula kata, dia banyak buat silap, serta ikhtilat antara hadis yang dia dengar dan hadis yang dia tidak dengar, dia ada hadis yang mungkar. Kadangkala Ahmad juga pernag kata, dia orang yang paling banyak riwayatkan hadis dari penduduk syam, dan anggap orang paling berakal di Syam.

 

Abu Mushir al-Ghassani kata, kadangkala dia buat tadlis dari sekian ramai pendusta hadis yang AL-ASQALANI namakan sebagai TADLIS TASWIYAH.

 

Al-Zahabi kata, al-Bukhari dan Muslim berhujah dengan hadisnya. Namun, kemudiannya membersihkan dari riwayatnya dan menjauhkan diri dari apa yang dia ingkarkan. Di akhir umurnya, dia ke Ramallah dan ramai yang mengambil hadis darinya di situ.

 

Al-Zahabi juga pernah pesan, dia seorang alim dari syam. Dia seorang mudallis. Justeru, perlu berhati-hati jika dia riwayatkan dengan عن.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, seorang perawi yang maqbul.

Wednesday, July 6, 2022

IBN AQIL (145H)

 IBN AQIL (145H)

 ابْنِ عَقِيلٍ

 

Nama penuhnya adalah ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ‘AQIL BIN ABI TALIB. Dia adalah Tabiin yang tinggal di Madinah. Dikatakan meninggal dunia pada tahun 145H. Ada pendapat lain kata, dia meninggal pada 140H, ada kata 141H dan ada kata 142H.

 

Dia adalah cucu kepada ‘AQIL BIN ABI TALIB (44SH-60H) yang merupakan SAHABAT dan merupakan abang kepada JAAFAR (34SH-8H) dan SAIDINA ALI (23SH-40H). ‘Aqil adalah anak kepada FATIMAH BINTI ASAD AL-HASHIMIYYAH (Isteri ABU TALIB yang menjaga Nabi saw selepas kematian Aminah binti Wahab. Orang ke-11 dan perempuan ke-2 selepas Khadijah yang memeluk islam. Hijrah ke Madinah dan mati di sana dan ditanam di kubur baqi’)

 

‘Aqil masuk islam tahun Fath Makkah. Ada kata, selepas Hudaibiyyah. Ada kata, dia dah lama memeluk islam, tetapi dia diam sahaja. Dia hijrah ke Madinah tahun 8 hijrah. Dia adik beradik saidina Ali yang paling akhir masuk islam. Dia meninggal di akhir pemerintahan Muawiyyah (ada kata, di awal pemerintahan Yazid).

 

Adapun ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ‘AQIL adalah cucunya. Tetapi, dinisbahkan kepada IBN AQIL, kerana atuknya itu popular.

 

Ibu Abdullah adalah Zainab al-Sughra binti ‘Ali bin Abi Talib, iaitu anak bongsu—anak keempat kepada Ali bin Abi Talib dan Fatimah binti Rasulillah selepas Hasan, Husin dan Zainab (Isteri Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib). Semasa dia dilahirkan (dikatakan tahun 10 H), Fatimah beri nama ZAINAB, tetapi NABI memanggilnya UMMU KALTSUM kerana ada iras muka anak Nabi bernama Ummu Kalsum. Ada kata, namanya adalah RUQAYYAH.

 

Dalam AL-TAWASSUT dinyatakan bahawa Abdullah bin Muhammad bin ‘Aqil ini adalah SADUQ. Antara yang mengatakan hal yang sama adalah AL-TARMIZI.

 

Ramai ulama meragui dari sudut kekuatan hafalannya. Namun, al-Bukhari berkata bahawa Imam Ahmad, Ishaq bin Ibrahim dan al-Humaidi berhujah dengan hadisnya.

 

Abu al-Fath al-Ya’muri kata, Abu Isa tidak mengsahihkan hadis Ibn ‘Aqil dalam hadis ini. Namun, didapati dia mensahihkan riwayat Ibn ‘Aqil pada hadis yang lain. Justeru, wajar dianggap bahawa dia adalah HASAN. Ini juga pendapat AL-ZAHABI. Bahkan, al-Zahabi kata hadis yang dia riwayatkan tidak dapat naik darjat sahih dan tidak dapat dibuat hujah.

 

Ibn Hajar kata dalam AL-TALKHIS bahawa IBN AQIL ini buruk hafalan. Diterima hadisnya jika ada mutaba-ah. Jika tafarrud, maka setahap hasan sahaja. Jika menyalahi dengan para siqah, maka hadisnya perlu ditolak.

 

Al-NASAIE dan YAHYA BIN MAIN anggap dia doif. Ahmad dan Muhammad bin Sa’ad kata, dia mungkar yang tidak dibuat hujah pada hadisnya. Ya’qub kata, dia soduq dan hadisnya ada kedoifan yang teramat sangat. Ibn Uyaynah memasukkan dia dari salah seorang dari empat orang yang hadisnya perlu ditinggalkan. Ibn Ma’in kata, hadisnya tidak boleh dibuat hujah. Al-Tarmizi kata, dia soduq dan ada sesetengah ahli ilmu memperkatakan berkenaan hafalannya.

 

Pun begitu, terdapat ramai dalam kalangan ulama yang memujinya. Al-Bukhari kata, Ahmad, Ishaq dan al-Humaidi berhujah dengan hadis Ibn ‘Aqil.

 

Al-Bukhari mengatakan bahawa dia adalah مقارب الحديث, iaitu hadisnya hampir dengan hadis-hadis para siqah.  Ungkapan ini mengandungi maksud TA’DIL.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, tetapi tahap penerimaan terhadapnya amat rendah.

Wednesday, June 8, 2022

MUHAMMAD BIN AMMAR BIN YASIR AL-‘ANSI (61H)

 MUHAMMAD BIN AMMAR BIN YASIR AL-‘ANSI (61H)

مُحَمَّدِ بْنِ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ  العنسي

 

Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia maqbul sahaja.

‘ALI BIN ZAID (131H)

 ‘ALI BIN ZAID (131H)

عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ

 

Nama penuhnya adalah ALI BIN ZAID BIN JAD’AN BIN AMRU BIN ZUHAIR AL-QURASHI AL-TAIMI AL-BASRI. Digelar dengan panggilan ABU AL-HASAN.

 

Dilahirkan di mekah dan meninggal di Basrah disebabkan penyakit taun.

 

Kata Ahmad dan Abu Zur’ah, dia tak kuat. Ahmad bin Hanbal kata, doif al-hadis dan tidak kuat. Al-nasaie kata, doif. Ibn Khuzaimah kata, dia buruk hafalan. Tarmizi kata, dia sering anggap hadis marfu’ pada hadis yang rata-rata kata mawquf. Syu’bah kata bahwa dia ambil hadis dari ‘Ali bin Zaid sebelum dia Ikhtilat. Ya’qub bin Sufyan al-Faswa kata, dia ikhtilat semasa dia tua. Ibn Hajar al-Asqalani kata, hadisnya tidak elok kecuali ada syawahid dan mutaba-‘ah. Abu Hatim al-Razi kata, dia tidak kuat, hadisnya di tulis tetapi tidak boleh dibuat hujah. Al-Ijli dan al-Zahabi kata, dia ada kecenderungan kepada TASYAYYU’.

 

Walaubagaimana pun, Ya’qub bin Syaibah kata, dia siqah.

 

Semua Ashab al-Sunan riwayatkan hadisnya kecuali al-Bukhari sahaja. 


Riwayatnya dianggap maqbul.

Monday, May 9, 2022

TALQ BIN HABIB (antara 90 – 100 H)

 TALQ BIN HABIB (antara 90 – 100 H)

 طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ

 

Nama penuhnya TALQ BIN HABIB AL-‘ANZI AL-BASRI.

 

TAUS BIN KAISAN kata, suaranya merdu.

  

Pelbagai riwayat dalam menjelaskan kematiannya. Imam malik kata, dia dan SA’ID BIN JUBAIR dan BEBERAPA ORANG ULAMA MEKAH dipanggil oleh HAJJAJ untuk masuk ke mekah. Sleepas itu, mereka dibunuh oleh Hajjaj. Namun begitu, kisah ini tidak dapat disahkan oleh AL-ZAHABI.

 

Abu Hatim kata, dia Soduq dan penganut fahaman Murji’ah. Abu Zur’ah juga kata dia Murji’ah. Ibn Hibban letak namanya dalam senarai Siqat. Abu al-Fath al-Azdi kata, hadisnya diterima kecuali jika kandungan hadis itu menyeru kepada fahaman Murjiah.

  

Dia dilahirkan di Basrah dan meninggal di Mekah. Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah kecuali al-Bukhari sahaja. Dia seorang perawi yang maqbul.

 

MUS’AB BIN SYAIBAH (20H-120H)

 MUS’AB BIN SYAIBAH (20H-120H)

مُصْعَبِ بْنِ شَيْبَةَ

 

Nama penuhnya adalah MUS’AB BIN SYAIBAH BIN JUBAIR BIN SYAIBAH BIN OSMAN BIN ABI TALHAH AL-QURASHI.

 

Dia antara disebut sebagai قليل الحديث, iaitu sedikit dalam meriwayatkan hadis. Tambahan pula, Abu Hatim kata, dia tidak kuat. Al-Nasaie dan Ahmad kata, mungkar hadis. Abu Daud, doif. al-Sahranpuri, layyin al-Hadis.

 

Dalam al-Kutub al-Sittah, hanya al-Imam al-Bukhari sahaja tidak riwayatkannya. Dia dianggap perawi yang MAQBUL sahaja.

Sunday, April 3, 2022

ABDULLAH BIN YAHYA AL-TAW-AM

ABDULLAH BIN YAHYA AL-TAW-AM

 عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَحْيَى التَّوْأَمُ

 

Ada orang kata, namanya UBBAD atau UBADAH BIN SULAIMAN AL-SAQAFI. Digelar dengan panggilan ABU YA’QUB AL-BASRI.

 

Disebut التَّوْأَمُ dikatakan bahawa dia ada adik beradik kembar.

 

Dia dianggap doif oleh Ibn Ma’in dan al-‘Uqaili. Al-Nasaie pula, ada ketika menyebut dia doif dan ada ketika lain kata dia soleh.

 

Walaubagaimana pun, Ibn Habban yang terkenal dengan TASAHUL menganggap bahawa dia siqah.

 

Dia adalah Rijal Abi Daud dan Ibn Majah. Dia dianggap ramai ulama sebagai MAJHUL, tetapi dibantah kerana terdapat empat orang perawi siqah ambil hadis darinya, iaitu ABU OSAMAH, QUTAIBAH, KHALAF BIN HISHAM dan Al-Lais bin Sa’ad.


Saturday, April 2, 2022

UMARAH BIN KHUZAIMAH (30H-105H)

 UMARAH BIN KHUZAIMAH (30H-105H)

 عُمَارَةَ بْنِ خُزَيْمَةَ

 

Nama penuhnya adalah UMARAH BIN KHUZAIMAH BIN SABIT AL-ANSARI AL-AWSU الأوسي yang gelarannya adalah ABU ABDILLAH atau ABU MUHAMMAD AL-MADANI.

 

Ibn Khuzaimah dan Ibn Hazm dakwa bahawa dia seorang perawi majhul, sedangkan sekian ramai ulama kata dia seorang tabiin yang siqah. Apatah lagi, selain ABU KHUZAIMAH di sana terdapat ramai ulama yang ambil hadisnya seperti ABU JAA’FAR AL-MADANI, AL-ZUHRI, UMAIR BIN YAZID, IMRAN BIN HUDAIR dan banyak lagi.

Sunday, March 27, 2022

IBRAHIM BIN YAZID BIN QAIS AL-NAKHAIE (47H-96H)

IBRAHIM BIN YAZID BIN QAIS AL-NAKHAIE (47H-96H)

 إِبْرَاهِيمَ بن يزيد  بن قيس النخعي

 

 

Nama penuhnya adalah IBRAHIM BIN YAZID BIN QAIS BIN AL-ASWAD BIN AMRU BIN RABI’AH BIN HARISAH BIN SA’AD BIN MALIK AL-NAKHAIE.


Dia berasal dari Kufah dan salah seorang rijal Kutub al-Sittah. Dia perawi yang sahih, tetapi menurut Abdullah bin Aun bahawa dia adalah perawi hadis yang meriwayatkan hadis secara makna.

 

Apabila ada riwayat menyatakan bahawa dia ambil hadis dari Aisyah, maka sanad hadis tersebut terputus. Hal ini kerana, diragui dia bertemu dengan Aisyah.

 

Dalam kajian, dinyatakan bahawa Aisyah meninggal dunia pada tahun 58 hijrah, sedangkan dia dilahirkan pada tahun 47 Hijrah. Ini bermakna, semasa Aisyah meninggal dunia, umurnya adalah 11 tahun.

 

Tambahan pula, semenjak perang Jamal yang berlaku pada tahun 38 Hijrah, Aisyah tidak pernah keluar dari Madinah sehingga meninggal dunia, walhal pada tahun itu, Ibrahim belum dilahirkan lagi.

 

Namun begitu, ada dakwaan mengatakan bahawa IBRAHIM telah dibawa oleh bapa saudaranya yang bernama AL-ASWAD (adik beradik ibunya) ke mekah dalam satu musim Haji. Didakwa di situ dia berjumpa dengan AISYAH. Hal itu masih diragui, kemungkinan ketika itu dia terlalu muda lagi. Apatah lagi, dakwaan itu tidak dapat membuktikan bahawa dia mendengar hadis dari Aisyah.

Saturday, March 26, 2022

YAHYA BIN ABI KATHIR (129H)

 YAHYA BIN ABI KATHIR (129H)

يحي ابن ابي كثير

 

Nama betul dia adalah YAHYA BIN SOLEH BIN AL-MUTAWAKKIL AL-TAIE. Dia meninggal di Madinah.

 

Dia merupakan salah seorang dari rijal kutub al-Sittah. Pun begitu, terdapat TAJRIH ulama terhadapnya. Antaranya, Ibn Hajar dan al-‘Uqaili kata bahawa dia selalu buat tadlis dan mursalkan hadis. Pun begitu, Ibn hajar akui dia seorang siqah dan sabat.

 

Di tempat yang lain, Ibn Hajar ada juga nyatakan bahawa dia tidak mendengar hadis dari mana-mana sahabat Nabi. Tidak dinafikan dia ada melihat Anas bin Malik, tetapi dia tidak pernah mendengar hadis dari sahabat Nabi itu.

 

Dia adalah perawi siqah dan sahih, tetapi riwayatnya perlu diteliti terlebih dahulu.

ABU YAZID ABAN BIN YAZID AL-ATTAR AL-BASRI (160H)

 ABU YAZID ABAN BIN YAZID AL-ATTAR AL-BASRI (160H)

ابو يزيد  أَبَانُ ابن يزيد العطار البصري

 

Ulama basrah ini merupakan salah seorang Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan al-Nasaie. Adapun imam Bukhari, dia hanya ambil hadisnya secara Mutaba-ah sahaja. Dari kalangan imam kutub Sittah, hanya Imam Ibn Majah sahaja tidak ambil hadis darinya.

 

Terdapat beberapa TAJRIH yang dilakukan ulama hadis terhadapnya. Antaranya didakwa bahawa dia seorang penganut Qadariyyah, seperti dakwaan Ahmad bin Soleh al-Jili. Walaubagaimana pun, al-Jili tetap mengakui dia adalah seorang siqah. Apatah lagi, dia tidak pernah sebarkan fahamannya itu.

 

Di sisi lain, Hammam bin Yahya bin Dinar al-‘Uzi العوذي mengakui dia siqah, tetapi kadangkala berlaku waham.

 

Abu al-Abbas al-Kudaimi mendoifkan Aban. Namun, ia dibantah oleh Ibn Hajar dengan menyatakan al-Kudaimi tidak boleh dipercayai. Walaubagaimana pun, Ibn al-Jawzi senaraikan salah seorang perawi dhu’afa (senarai perawi lemah).

 

Dia adalah perawi yang hasan, dan riwayatnya tidak terus diterima kecuali perlu diadakan penelitian terlebih dahulu.

Friday, February 25, 2022

ABU ZUBAIR MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN TADRUS AL-MAKKI (128H)

 

ABU ZUBAIR MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN TADRUS AL-MAKKI (128H)

أَبو الزُّبَيْرِ محمد بن مسلم بن تدرس المكي

 

Dari sudut Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil, terdapat pujian dan kritikan terhadap perawi hadis ini seperti berikut:

 

Kalangan yang Ta’dil (memuji) beliau:

n  Al-‘Ijli kata, dia tabiin yang siqah.

n  Ya’la bin ‘Ata kata, dia orang paling sempurna akal dan hafazan.

n  Yahya bin Ma’in dan Nasaie kata, dia siqah.

n  ‘Ali bin al-Madini kata, dia siqah lagi sabat.

n  ‘Ata bin Abi Rabah kata, Abu Zubair orang yang paling hafal hadis dalam kalangan kami.

n  Ahmad bin Hambal kata, dia tidak ada sebarang masalah.

 

Kalangan yang tajrih (kritik) dia pula:

n  Ibn ‘Adi kata, dia adalah siqah. Cuma ada sesetengah perawi doif meriwayatkan hadisnya sehingga dia dianggap sebagai perawi doif.

n  Abu Zur’ah, Abu Hatim dan al-Bukhari tidak berhujah dengan hadis riwayat Abu al-Zubair.

n  Ibn Hazm tidak menerima riwayat Abu Zubair kecuali jika dia ambil hadis dari Jabir bin Abdullah sahaja.

n  Al-Zahabi kata, di sana terdapat ulama memandang aib pada hadis riwayatnya seperti tadlis. Walaubagaimana pun, al-Zahabi anggap ia tidak doif.

n  Al-‘Azim Abadi dalam kitab Aun al-Ma’bud menyatakan, majoriti ulama anggap dia siqah. Namun, ada sesetengah ulama menganggap dia doif kerana dia banyak melakukan tadlis.

n  Burhanuddin al-Halabi menyebut dalam kitab al-Tabyiin Li Asma’ al-Mudallisin bahawa Abu al-Zubair terkenal dengan tadlis.