Showing posts with label MUSLIM. Show all posts
Showing posts with label MUSLIM. Show all posts

Tuesday, October 25, 2022

BISYR BIN MANSUR AL-SULAMI AL-BASRI (180H)

 BISYR BIN MANSUR AL-SULAMI AL-BASRI (180H)

بِشْرُ بْنُ مَنْصُورٍ السلمي البصري

 

Dia dipanggil ABU MUHAMMAD AL-BASRI AL-AZDI, dari keturunan BANI SALAMAH, iaitu dari anak beranak MALIK BIN FAHD.

 

ALI BIN AL-MADINI ada kata, aku tidak pernah nampak orang yang amat takut kepada Allah kecuali BISYR BIN MANSUR. Sebelum dia meninggal dunia, dia sudah gali kubur untuknya. (Tawassut:2/616)

 

KOMENTAR ULAMA:

a) Dianggap SIQAH oleh AL-ZAHABI, AL-NASAIE dan ALI BIN NAS AL-JUHADHMI.

b) AHMAD kata, dia siqah siqah wa ziyadah.

c) Dianggap SIQAH MA’MUN oleh IBN MA’IN & ABU ZUR’AH.

d) NASR AL-JUHADHMI kata, dia sabat dalam hadis.

e) IBN HIBBAN letak Namanya dalam senarai AL-SIQAT dan menyatakan bahawa dia antara ahli ibadat dan ahli kebaikan di basrah. AL-ASQALANI kata, dia soduq ahli ibadat dan zuhud.

f) ABU BAKAR AL-BAZZAR kata, dia sebaik-baik manusia.

 

Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud dan al-Nasaie.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 86.

ALQAMAH BIN QAIS (28SH-62H)

 ALQAMAH BIN QAIS (28SH-62H)

عَلْقَمَةَ بن قيس

 

Nama penuhnya adalah ALQAMAH BIN QAIS BIN ABDILLAH BIN MALIK BIN ALAQAMAH AL-NAKHAIE AL-KUFI. Dia dipanggil ABU SYIBL.

 

Dia merupakan ahli fiqh di Kufah, alim, ahli qari, ahli tafsir dan ahli hadis.

 

Dia dilahirkan pada hayat hidup nabi, dan meriwayatkan hadis dari ramai sahabat termasuk khalifah yang empat. (Manhal:1/286)

 

Dia tinggal di Kota al-Kufah di Iraq dan melazimi ABDULLAH BIN MAS’UD dan belajar dari sahabat besar tersebut.

 

Dalam al-Isabah, Ibn Hajar ada menukilkan perkataan Abdullah bin Mas’ud yang berkata:

 

ما أقرأ شيئًا ولا أعلمه إلا وعلقمة يقرؤه ويعلمه

Aku tidak membaca sesuatu, aku tidak mengetahui sesuatu kecuali Alqamah membacanya dan mengetahuinya.

 

Pengetahuan dia terhadap fiqh dan fatwa amat luas. Dianggap orang alim selepas Ali dan Ibn mas’ud sehingga ada setengah sahabat bertanya fatwa darinya. (al-Zahabi, al-Siyar).

 

Dia meninggal di era pemerintahan YAZID BIN MUAWIYAH ketika umurnya 90 tahun.

 

Dalam al-Siyar, AL-ZAHABI ada bawakan riwayat bahawa sebelum dia meninggal dunia, dia ada memberi wasiat;

 

إذا أنا حضرت فأجلسوا عندي من يلقنني: لا إله إلا الله، وأسرعوا بي إلى حفرتي، ولا تنعوني إلى الناس، فإني أخاف أن يكون ذلك نعيًا كنعي الجاهلية

“Apabila aku dekat dengan kematian, dudukkan orang yang yang mahu talkinkan aku dengan LA ILAHA ILLA ALLAH. Segerakan hantar aku ke kubur untuk dikebumikan. Tidak perlu bagitahu kepada orang ramai, sebab aku bimbang orang meratap sepertimana ratapan jahiliyyah”

 

AL-SAHRANPURI kata, AL-ASWAD dan ABDUL RAHMAN (bapa saudara kepada IBRAHIM AL-NAKHAIE) yang kedua-dua ini adalah anak kepada YAZID BIN QAIS; kedua-dua ini adalah anak saudara kepada ALQAMAH. Yazid adalah ABANG kepada ALQAMAH (Bazl:1/182)

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                Dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN dan AHMAD. Cuma, Ahmad tambah lagi: dia siqah dan dia dari kalangan ahli kebaikan (manhal:1/286)

(b)               WALIYUDDIN AL-IRAQI kata, ulama sepakat kehebatan, ketekunan dan kemuliaannya dari sudut ilmu dan amalan agama. (Tawassut:2/616)

(c)                ABDULLAH BIN MAS’UD ada berkata, aku tidak membaca dan tidak tahu kecuali perkara itu sudah dibaca dan diketahui oleh ALQAMAH (Tawassut:2/616)

(d)               IBRAHIM AL-NAKHAIE kata, dalam kalangan murid ABDULLAH BIN MAS’UD yang mereka membaca al-Quran dan tahu pasal Sunnah adalah ALQAMAH.

(e)               AL-ZAHABI kata, dia al-imam al-hafiz amat baik dan seorang mujtahid besar.

 

Dia adalah rijal Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan al-nasaie. Hanya ibn Majah sahaja tidak riwayatkan hadis.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 85.

DAUD BIN ABI HIND (137H)

 DAUD BIN ABI HIND (137H)

دَاوُدَ بن ابي هند

 

Nama sebenarnya bapanya adalah DINAR BIN ‘AZAFIR. Ada pihak kata, nama bapanya adalah TOHMAN AL-BASRI.

 

Dia dipanggil dengan ABU MUHAMMAD AL-KHURASANI AL-BASRI. Ada kata, ABU BAKAR.

 

Dia terkenal dengan alim dalam bidang Tafsir dan hadis, serta bekerja sebagai tukang jahit.

 

Dia bukan sekadar penduduk basrah, bahkan mufti yang menjadi rujukan hukum di basrah pada zamannya.

 

Dia adalah seorang tabiin. Dia pernah melihat ANAS BIN MALIK. Cukup seseorang itu dianggap tabiin, hanya dia pernah melihat sahabat sahaja (tasawwut:2/615)

 

Menurut ABU HATIM AL-BASTI, DAUD terkenal dengan warak dan kelebihan. Ramai orang menggelarkan dia Daud al-Qari.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                Dianggap SIQAH oleh AL-IJLI, IBN MA’IN, ABU HATIM & AL-NASAIE (manhal:1/286)

(b)               WALIYUDDIN AL-IRAQI kata, dia hafiz imam mutqin dan muttafaq alaih (Tawassut:2/615)

(c)                 AL-SAURI kata, dia seorang huffaz dari kalangan penduduk basrah (Manhal:1/286, Bazl:1/181)

(d)                YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah sabat (manhal:1/286)

(e)               IBN SA’AD kata, dia siqah dan banyak riwayat hadis (manhal:1/286)

(f)                 HAMMAD BIN ZAID kata, aku tidak pernah jumpa ulama yang lebih faqih berbanding daud.

(g)                Kata anak Ahmad bin Hanbal, iaitu ABDULLAH bahawa bapanya pernah sebut, DAUD adalah siqah 2x. (Bazl:1/181)

(h)               YAZID BIN ZURAI’ kata, DAUD adalah mufti penduduk Basrah.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN

(i)                  IBN HIBBAN kata, dia ada riwayatkan hadis dari ANAS lima hadis tanpa dia dengar lima hadis itu dari ANAS. Dia adalah penduduk basrah yang terpilih mutqin dalam periwayatan. Namun, dia sering waham apabila dia riwayatkan hadis secara hafazan (manhal:1/286)

 

KOMENTAR NEGATIF:

(j)                  Daripada AL-ASRAM bahawa AHMAD kata, dia banyak idhtirab dan ikhtilaf (manhal:1/286)

 

Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari sekadar riwayat secara ta’liq dan istisyhad sahaja.

Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 85.

Thursday, September 29, 2022

ABDUL HAMID BIN BAYAN AL-WASITI (244H)

 ABDUL HAMID BIN BAYAN AL-WASITI (244H)

عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ بَيَانٍ الْوَاسِطِيُّ

 

Nama penuhnya adalah ABDUL HAMID BIN BAYAN BIN ZAKARIA BIN KHALID AL-YASYKURI atau AL-SUKARI.

 

Dipanggil dengan ABU AL-HASAN AL-WASITI AL-ATTAR.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN, AL-ZAHABI, MASLAMAH BIN AL-QASIM AL-ANDALUSI.

(b)               IBN HAJAR dalam AL-TAQRIB kata, dia soduq. (Kawkab:4/122)

YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY (71H)

YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY (71H)

 يزيد بن شريك بن طارق التيمي

 

Dia adalah bapa kepada IBRAHIM BINI YAZID AL-TAIMIY. Nama penuhnya adalah YAZID BIN SYARIK BIN TARIQ AL-TAIMIY. Dipanggil dengan ABU IBRAHIM AL-KUFI.

 

Dia meninggal dunia di kufah.

 

AL-ZAHABI kata, dia dari keturunan AL-TAIMI, yang bukan dari entiti Quraish.

 

IBN HAJAR kata dalam AL-TAQRIB, bahawa dia sempat di era Jahiliyyah. Dia meninggal era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN. (Kawkab:4/119)

 

KOMENTAR POSITIF:

Dianggap siqah oleh IBN MAIN dan IBN HIBBAN. (Kawkab:4/119)

YUNUS BIN UBAID BIN DINAR AL-QAISI (139H)

 YUNUS BIN UBAID BIN DINAR AL-QAISI (139H)

 يُونُسُ بن عبيد بن دينار القيسي

 

Disebut juga dengan YUNUS BIN UBAID AL-‘ABDI AL-BASRI AL-KUFI. Gelarannya ABU ABDILLAH. Ada kata, ABU UBAID.

 

Dia dilahirkan di Kufah dan berada di sekitar al-Sus, Basrah dan Kufah.

 

ABU BAKAR BIN MANJUYAH dalam RIJAL SAHIH MUSLIM menyatakan bahawa dia amat benci ahli bid’ah. 

 

ABU HATIM kata dalam MASYAHIR ULAMA AL-AMSAR WA A’LAM FUQAHA AL-AQTAR bahawa dakwaan bahawa dia dengar hadis dari ANAS BIN MALIK adalah tidak sahih.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                Dianggap SIQAH oleh ABU HATIM AL-RAZI, AHMAD, AL-NASAIE, SUFYAN BIN HASAN dan YAHYA BIN MAIN.

(b)               AL-ASQALANI kata, dia siqah sabat mempunyai kelebihan serta warak.

(c)                ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia ulama yang terkemuka pada zamannya; dari sudut ilmu, kelebihan, hafazan, teliti dan dalam mengikut sunnah.

(d)               AL-ZAHABI kata, dia salah seorang imam basrah, dari kalangan ulama beramal dan sabat.

      (e)        AL-WAQIDI kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis.

Monday, September 19, 2022

HUSAIN BIN ALI BIN AL-WALID AL-JU’FI (119H-203H)

HUSAIN BIN ALI BIN AL-WALID AL-JU’FI (119H-203H)

 حُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ بن الوليد الجعفي

 

Ulama kufah ini adalah imam ke-6 dari senarai imam-imam dalam ilmu qiraat.

Friday, August 19, 2022

ABU RAZIN MAS’UD BIN MALIK AL-KUFI AL-ASADI (85H)

 ABU RAZIN MAS’UD BIN MALIK AL-KUFI AL-ASADI (85H)

 أَبُو رَزِينٍ مسعود بن مالك الكوفي الأسدي

 

Ada orang kata, dia meninggal tahun 91 Hijrah. Namun, pendapat yang paling popular kata, dia meninggal tahun 85 Hijrah.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari tidak meriwayatkan hadisnya.

 

Dia dianggap siqah oleh Abu Zur’ah, al-Ijli dan disenaraikan oleh Ibn Hibban dalam al-Siqat. Kata Abu Hatim, menurut ceritanya dia terlibat dalam perang Siffin dan berpihak kepada Saidina Ali.Imam Bukhari riwayatkan hadisnya secara ta’liq dan dalam al-Adab al-Mufrad sahaja.

Saturday, August 13, 2022

MUHAMMAD BIN UBAID BIN HASSAN AL-GHUBARI AL-BASRI (238H)

 MUHAMMAD BIN UBAID BIN HASSAN AL-GHUBARI AL-BASRI (238H)

 مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ بن حساب الغبري البصري

 

Dia adalah Guru Muslim dan Abu Daud, dan rijal al-Nasaie.

 

Al-Nasaie kata dia siqah; Abu Daud kata dia hujah; Abu hatim kata dia soduq.

‘AJLAN

 ‘AJLAN

عجلان

 

Dia adalah bapa kepada seorang perawi hadis bernama MUHAMMAD BIN ‘AJLAN.

 

Ibn Hibban meletakkan namanya salam senarai al-Siqat. Dia adalah perawi Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah.

SIMAK BIN HARB (123H)

 SIMAK BIN HARB (123H)

سِمَاكٌ بن حرب

 

Nama penuhnya adalah SIMAK BIN HARB BIN AUS BIN KHALID AL-ZUHLI (Ada kata: AL-HUZALI). Dia dipanggil ABU AL-MUGHIRAH AL-KUFI.

 

Salah seorang tokoh kenamaan dalam kalangan Tabiin. Dia dakwa bahawa dia sempat jumpa seramai 80 orang sahabat.


Dia pernah buta mata. Tetapi, dia berdoa kepada Allah agar dikembalikan penglihatannya, maka dia dapat melihat kembali.

 

Ulama khilaf berkenaan statusnya. Ibn Main dan Abu Hatim anggap dia siqah. Abu hatim tambah, dia soduq. Ibn ‘Adi kata, dia soduq yang la ba’sa bih (pertengahan).  Syu’bah, Ibn al-Mubarak dan al-Sauri pula kata, dia doif. Al-Bazzar kata, aku tidak tahu bahawa orang tinggalkan riwayatnya.

 

Menurut AL-SAHRANPURI, di akhir umurnya, hafalannya berubah sehingga terpaksa diberi ingatan. Kalau dilihat factor ini, tidak hairan ada pihak anggap dia sebagai doif, dan factor itu juga Imam Bukhari tidak mengambil riwayatnya.

 

Apabila dia ambil hadis dari IKRIMAH, perlu diteliti. Hal ini kerana, dia pernah lakukan TALQIN terhadap IKRIMAH. Justeru, riwayat dia dari IKRIMAH tidak boleh diterima kecuali ada penguat yang lain, seperti ada syawahid dan mutaba-ah.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Hanya al-Bukhari sahaja tidak riwayatkan hadisnya.

Wednesday, August 10, 2022

ABDUL RAHMAN BIN YA’QUB AL-JUHANI AL-HURAQI (101H)

 ABDUL RAHMAN BIN YA’QUB AL-JUHANI AL-HURAQI (101H)

 عبدالرحمن بن يعقوب الجهني الحرقي

 

Dipanggil dengan ABU AL-‘ALA’, kerana anaknya bernama AL-‘ALA BIN ABDIL RAHMAN juga seorang perawi hadis.

 

Dia dilahirkan di Hamdan (Iran) dan meninggal dunia di Madinah. Dia diakui ramai ulama hadis sebagai seorang perawi yang siqah.

 

Antara orang yang terbanyak ambil hadis dari Abu Hurairah.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan ibn Majah.

AL-‘ALA BIN ABD AL-RAHMAN (133H)

 AL-‘ALA BIN ABD AL-RAHMAN (133H)

 الْعَلَاء ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ

 

Nama penuhnya adalah AL-‘ALA BIN ABDUL RAHMAN BIN YA’QUB AL-JUMANI AL-HURAQI. Dipanggil dengan ABU SYIBL AL-MADANI.

 

Dia banyak berlegar di Madinah dan al-Huruqat, iaitu satu tempat antara Hijaz dan Tihamah.

 

Dia meninggal di era pemerintahan Khalifah Abu Ja’far al-Mansur.

 

Ahmad kata, dia siqah yang tidak ada seorang pun yang mendengar hadis darinya menyebut keburukannya. Al-nasaie kata, dia لا بأس به. Abu Hatim al-Razi kata, ada satu pun hadisnya yang diingkari. Yahya bin Ma’in kata, hadisnya tidak boleh dibuat hujah. Al-Zahabi kata, hadisnya sentiasa dalam darjat hasan. Namun terhindar dari mungkar. Namanya tersenarai dalam al-Siqat. Muhammad bin Sa’id al-Baghdadi kata, dia siqah yang banyak hadis lagi sabat.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan ibn Majah. Seorang perawi siqah yang hasan.

 

ISMAIL BIN JA’AFAR BIN ABI KATHIR AL-ANSARI AL-ZARQI (103H-180H)

ISMAIL BIN JA’AFAR BIN ABI KATHIR AL-ANSARI AL-ZARQI (103H-180H)

إِسْمَاعِيلُ ابْنَ جَعْفَرٍ بن ابي كثير الأنصاري الزرقي

 

Dia digelar ABU ISHAQ AL-MADANI. Dia dilahirkan di Baghdad dan meninggal di Madinah. Salah seorang ulama Qiraat yang terkenal di Madinah.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud dan al-Nasaie. Seorang perawi siqah.


YAHYA BIN AYYUB AL-MUQABURI (157H-234H)

YAHYA BIN AYYUB AL-MUQABURI (157H-234H)

يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ

 

Dia digelar dengan ABU ZAKARIA AL-BAGHDADI.

 

KOMENTAR POSITIF

(a)                Dianggap SIQAH oleh IBN HAJAR AL-ASQALANI, IBN HIBBAN & AL-ZAHABI.

(b)               AL-ZAHABI kata, dia salah seorang imam hadis.

(c)                AL-HUSIAN BIN FAHM kata, dia siqah warak kuat berpegang dengan sunnah serta amat tidak benci amalan menyalahi sunnah.

(d)               AHMAD kata, dia lelaki soleh dan seorang yang berwatak tenang.

(e)               ABU HATIM AL-RAZI dan ALI BIN MADINI kata, dia soduq.

(f)         ABDUL BAQI BIN QANI’ AL-BAGHDADI kata, dia siqah ma’mun.


Thursday, July 28, 2022

MUHAMMAD BIN SALAMAH (192H)

MUHAMMAD BIN SALAMAH (192H)

 مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ

 

Nama penunya adalah MUHAMMAD BIN SALAMAH BIN ABDILLAH AL-BAHILI AL-HARRANI. Digelar dengan panggilan ABU ABDILLAH AL-BAHILI.

 

Ibn Sa’ad kata, dia seorang yang alim dalam bidang hadis dan fatwa (fiqh). namanya tersenarai dalam kitab al-Siqat karya Ibn Hibban, dan al-Nasaie dan al-Ijli juga anggap dia siqah.

 

Dia adalah perawi Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah.


Wednesday, July 27, 2022

HAJJAJ BIN AL-SYAIR (259H)

 HAJJAJ BIN AL-SYAIR (259H)

 حَجَّاجُ بْنُ الشَّاعِرِ

 

Nama penuhnya adalah HAJJAJ BIN YUSUF BIN HAJJAJ yang lebih dikenali dengan IBN AL-SYAIR AL-SAQAFI.

 

Al-Sayuti kata dalam Tabaqat al-Huffaz, bapanya bernama Yusuf bin Hajjaj adalah seorang pensyair merupakan kawan baik ABU NAWAS.

 

Dia adalah rijal Muslim dan Abu Daud dan seorang perawi yang siqah dan sahih.

HARUN BIN ABDULLAH BIN MARWAN AL-BAGHDADI (172H-243H)

 HARUN BIN ABDULLAH BIN MARWAN AL-BAGHDADI (172H-243H)

هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بن مروان البغدادي

 

Dia digelar dengan panggilan ABU MUSA AL-BAZZAZ.

 

Ramai anggap dia siqah, seperti Ibn Hibban, al-Nasaie dan al-Asqalani, malah al-Zahabi anggap dia siqah hafiz.

 

Rijal Muslim, Abu Daud, tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah

AL-WALID BIN SYUJA’ BIN AL-WALID BIN QAIS AL-KINDI (152H-243H)

 AL-WALID BIN SYUJA’ BIN AL-WALID BIN QAIS AL-KINDI (152H-243H)

الْوَلِيدُ بْنُ شُجَاعٍ بن الوليد بن قيس الكندي

 

Dia digelar dengan panggilan ABU HAMMAM AL-SUKUNI AL-KUFI. Bapanya bernama SYUJA’ BIN AL-WALID lebih dikenali sebagai ABU BADR.

 

Dia pernah sampai Baghdad, kemudian ke Kufah.

 

Ibn Main dan al-Nasaie kata, dia tidak mengapa. Abu hatim kata, dia syaikh Soduq ditulis hadisnya tanpa boleh dibuat hujah. Ibn Hibban, al-Asqalani kata, dia siqah.

 

Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah.

MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN MUSLIM BIN UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN SYIHAB BIN AL-HARIS AL-QURASHI AL-ZUHRI AL-MADANI (152H)

 MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN MUSLIM BIN UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN SYIHAB BIN AL-HARIS AL-QURASHI AL-ZUHRI AL-MADANI (152H)

 ابْنُ أَخِي ابْنِ شِهَابٍ  @ محمد بن عبدالله بن مسلم بن عبيدالله بن عبدالله بن شهاب بن الحارث بن زهرة القرشي الزهري المدني

 

Ulama Madinah ini adalah Anak saudara kepada Muhammad bin Muslim (Ibn Syihab al-Zuhri).

 

Dianggap SIQAH oleh ABU DAUD, tetapi IBN MAIN, IBN HATIM AL-RAZI kata, dia tidak kuat.

 

ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI pula kata, hafalannya buruk, dia banyak waham dan tersilap dalam riwayat hadis dari bapa saudaranya. Justeru, tidak diterima riwayatnya jika dia menyendiri.

 

ALI BIN AL-MADINI pula kata, dia doif, tidak kuat. Turut mengatakan hal yang sama adalah YAHYA BIN MAIN.

 

AL-ASQALANI simpulkan bahawa dia soduq yang ada waham.