Showing posts with label TUJUH. Show all posts
Showing posts with label TUJUH. Show all posts

Tuesday, July 26, 2022

ABD BIN HUMAID (170H-249H)

 ABD BIN HUMAID (170H-249H)

 عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ

 

Nama penuhnya adalah ABD BIN HUMAID NAS AL-KISSI (ad abaca: AL-KASYSYI). Ada kata, namanya adalah ABDUL HAMID, tetapi dakwaan itu lemah.

 

Dipanggil dengan ABU MUHAMMAD. Dia mendapat gelaran al-Hafiz ekoran menghafal serratus ribu hadis secara sanad dan matan.

 

Ada dakwaan kata dia mati di Damsyiq. Namun, dibantah oleh al-Zahabi. Dia digelar AL-KISSI kerana dia berasal dari tempat bernama Kis (satu tempat di daerah Sindh, Pakistan)

 

Al-Sayuti kata bahawa dia ada karang musnad dan Tafsir.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah kecuali al-Nasaie sahaja. Dia adalah seorang perawi siqah lagi sahih.

Wednesday, June 22, 2022

MUHAMMAD BIN ISA (103H-183H)

 MUHAMMAD BIN ISA (103H-183H)

مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى

 

Nama penuhnya adalah MUHAMMAD BIN ISA BIN NAJIH. Dia digelar dengan panggilan ABU JA’FAR BIN AL-TABBA’ AL-BAGHDADI. Dia merupakan adik beradik kepada dua ulama hadis terkenal juga, iaitu ISHAQ BIN ISA dan YUSUF BIN ISA.

 

Dia dilahirkan di syam dan meninggal di al-Saghur (Sebelum era konstentionpal, sughur berada di bawah syam. Selepas itu, ia dibawah kekuasaan Andalusia yang kini disebut spanyol).


Asal keturunan, berasal dari Baghdad, tetapi pernah sampai ke Syam dan tinggal di AZANAH. (tawassut:2/654)


Merupakan murid kepada Imam Malik dan guru kepada Abu Daud. Imam Bukhari pula, ambil hadis darinya secara ta’liq sahaja. Ahmad bin Hambal kata, dia salah seorang dari syaikh al-Islam. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.


KOMENTAR POSITIF;

(a)  Abu Hatim kata, dia seorang siqah ma’mun (dipercayai).

(b) Nasaie kata, dia siqah.  


KOMENTAR PERTENGAHAN;

(a) Al-Sahranpuri kata, dia siqah dan sabat, tetapi dia banyak tadlis dan lakukan irsal khafiy. 
(b) Abu Daud kata, dia seorang faqih dan menghafal hampir 40 ribu hadis. Namun, dia kadangkala melakukan TADLIS. 

Tuesday, March 29, 2022

UBAIDULLAH BIN MU’AZ (237H)

UBAIDULLAH BIN MU’AZ (237H)

 عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ

 

Nama penuhnya UBAIDULLAH BIN MUAZ BIN MUAZ BIN NASR AL-TAMIMI AL-‘ANBARI العنبري ABU ‘AMRU AL-BASRI

 

Dia adalah guru Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Al-Nasaie ambil hadis darinya dengan perantara.

 

Menurut Abu Daud, dia hafal hadis lebih kurang 10 ribu hadis.


Sunday, March 27, 2022

MUHAMMAD BIN HATIM BIN BUZAI’ AL-BASRI (249H)

 MUHAMMAD BIN HATIM BIN BUZAI’ AL-BASRI (249H)

مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ بُزَيْعٍ البصري

 

Dia adalah guru kepada imam kutub Sittah. Dilahirkan dan meninggal di Basrah. Antara tempat yang selalu pergi adalah Baghdad.

 

Selain ulama hadis, beliau juga seorang ahli sastera. Dia dinilai sahih.

Saturday, March 26, 2022

MUHAMMAD BIN ADAM BIN SULAIMAN AL-MISSISI AL-JUHANI (205H)

MUHAMMAD BIN ADAM BIN SULAIMAN AL-MISSISI AL-JUHANI (205H)

مُحَمَّدُ بْنُ آدَمَ بْنِ سُلَيْمَانَ الْمِصِّيصِيُّ الجهني

 

Dia adalah Guru Abu Daud dan al-Nasaie. Dia adalah ulama yang berasal dari salah satu tempat di Syam yang bernama Masisah.