MANSUR BIN AL-MU’TAMIR (60H-132H)
مَنْصُور بن المعتمر
Dia digelar ABU ‘ITAB AL-SULAMI, merupakan seorang
Ulama hadis yang hidup di era Tabiin. Terkenal sebagai صواما قواما, iaitu
orang kuat beribadat dan kuat berpuasa.
Diceritakan
bahawa dia selalu menangis pada waktu malam; iaitu semasa sedang menunaikan
solat. Keadaan itu menjadikan ada tanda hitam pada matanya.
Apabila
sampai waktu pagi, dia keluar rumah dengan pakai celak untuk orang tidak tahu
matanya hitam sebab menangis.
Diceritakan juga bahawa
tempat dia tunaikan solat pada waktu malam di atas bumbung rumahnya.
Semasa
dia meninggal dunia, anak jirannya bertanya kepada ibunya: sudah tidak ada lagi
tunggul di atas rumah Mansur.
Ibu
itu menjawab: Mansur sudah meninggal dunia.
Semasa
Yazid bin Umar bin Hubairah menjadi gabenor di Iraq, dia mahu melantik Mansur
sebagai Qadhi, tetapi dia menolak. Dia dipaksa juga, tetapi dia tetap menolak
sehingga dia dipenjara selama 2 bulan.
Setelah
2 bulan, dalam berat hati dia terima jawatan tersebut. Namun, dalam penghakimannya
dia tidak membuat keputusan. Dengan itu, dia memberitahu kepada Gabenor: aku
tidak baik untuk urusan ini.
Mendengar
penjelasannya itu, Gabenor akur dengannya yang kemudian dia digugurkan jawatan
tersebut.
Ramai
ulama memuji dan mengakui kesiqahannya. Namun, ada sedikir kritikan terhadapnya
seperti Abu Hatim bin Habban al-Basti ada kata bahawa Mansur dari kalangan ahli
ibadat, tetapi ada sedikit Tasyayyu’ (kecenderungan terhadap syiah).
Tidak
diketahui, apa yang menjadikan dia ditanggapi sebagai Tasyayyu’. Kemungkinan
berfaktorkan dakwaan bahawa dia antara orang yang bersungguh-sungguh
menggalakan penduduk Kufah agar bergabung dengan Zaid bin ‘Ali bin al-Husain
bin ‘Ali dalam usaha melawan melawan Bani Umayyah di Kufah yang selalu
melakukan tekanan kepada Bani Hashim yang ketika itu, Gabenor Kufah adalah Yusuf
bin Umar. kejadian ini berlaku pada tahun 120 hijrah, iaitu ketika Mansur
berumur 60 tahun, iaitu lebih kurang 12 tahun sebelum dia meninggal dunia.
Imam
Ahmad pula menyatakan bahawa Mansur seorang yang sabat, tetapi dia akan
idhtirab apabila majlis dia dihadiri ulama-ulama besar yang lain.
Walaubagaimana pun, Mansur adalah Rijal al-kutub al-Sittah,
dan merupakan salah seorang perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment