Wednesday, March 30, 2022

ABDULLAH BIN MAS’UD (31SH-32H)

 ABDULLAH BIN MAS’UD (31SH-32H)

 عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ

 

Antara sahabat yang dilahirkan di Mekah. Dia adalah sahabat yang ke-23 terawal memeluk Islam, iaitu semasa di Mekah.

 

Di awal dia memeluk Islam, dia adalah orang yang mula-mula baca al-Quran secara kuat di hadapan Quraish semasa di mekah.

 

Masa hijrah ke Madinah, Nabi saudarakan dia dengan beberapa orang; (1) Zubair bin al-Awwam, (2) Anas bin Malik, (3) Mu’az bin Jabal, dan (4) Sa’ad bin Muaz.

 

Dia terlibat dua hijrah; hijrah ke Habsyah dan hijrah ke Madinah. Semasa di Madinah, dia terlibat dalam perang badar.

 

Badannya kurus, rendah, rambut tidak ada uban, mata nampak hitam sebab kerap menangis, dan terkenal dengan kemahiran dalam bidang al-Quran. Dalam hadis bahawa Abdullah bin Mas’ud pernah berkata:

وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ، مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلَّا أَنَا أَعْلَمُ أَيْنَ أُنْزِلَتْ، وَلاَ أُنْزِلَتْ آيَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلَّا أَنَا أَعْلَمُ فِيمَ أُنْزِلَتْ، وَلَوْ أَعْلَمُ أَحَدًا أَعْلَمَ مِنِّي بِكِتَابِ اللَّهِ، تُبَلِّغُهُ الإِبِلُ لَرَكِبْتُ إِلَيْهِ

“Demi Allah bahawa tiada tuhan selainNya. Tidak turun sesuatu surah dari kitabullah kecuali aku pasti tahu di mana ia diturunkan; tidak turut satu ayat dari kitabullah kecuali aku tahu sebab apa ia diturunkan. Kalau aku tahu ada seseorang yang lebih mengetahui berkenaan Kitabullah berbanding aku, pasti akan tunggang unta untuk aku sampai kepada orang itu” (al-Bukhari, hadis no: 5002)

 

Dalam hadis diceritakan bahawa Nabi saw pernah suruh dia bacakan al-Quran kepada Baginda. Abdullah Bin Mas’ud berkata bahawa Nabi saw ada berkata kepada aku:

Al-Bukhari ada meriwayatkan;

 

«اقْرَأْ عَلَيَّ» قُلْتُ: آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ؟ قَالَ: «فَإِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي» فَقَرَأْتُ عَلَيْهِ سُورَةَ النِّسَاءِ، حَتَّى بَلَغْتُ: {فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا} [النساء: 41] قَالَ: «أَمْسِكْ» فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ

 “bacakan kepadaku” Aku berkata: “apakah layak aku bacakan al-Quran kepada kamu, walhal al-Quran diturunkan kepada kamu?” kata Nabi: Aku suka mendengar dari orang selainku membacanya”. Aku pun baca surah al-Nisa’ hingga sampai pada ayat: Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?” berkata Nabi: “berhenti”. Didapati berlinang air dari dua mata Nabi” (Al-Bukhari, hadis no: 4582| muslim, hadis no: 800)

 

Dalam hadis juga ada disebut bahawa Nabi puji bacaan Ibn Mas’ud. Ibn Majah riwayatkan;

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ، أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ، بَشَّرَاهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَقْرَأَ الْقُرْآنَ غَضًّا كَمَا أُنْزِلَ، فَلْيَقْرَأْهُ عَلَى قِرَاءَةِ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ»

Daripada Ibn Mas’ud bahawa Abu Bakar dan Umar memberi berita gembira kepadanya bahawa Rasulullah berkata: Barangsiapa yang mahu membaca al-Quran sama seperti ia diturunkan, maka hendaklah dia membacanya seperti bacaan Ibn Umm ‘Abd (Abdullah bin Mas’ud)” (Ibn Majah, hadis no: 138)


Pada Zaman Umar, dia disuruh agar tinggal di Kufah. Al-Bukhari kata, dia meninggal dunia di Madinah sebelum Saidina Osman. Ada pula kata, dia meninggal dunia di Kufah. 

No comments:

Post a Comment