Showing posts with label MAJHUL. Show all posts
Showing posts with label MAJHUL. Show all posts

Friday, August 19, 2022

ABU AL-SUDDIY ABDUL RAHMAN BIN NAHSYAL

 ABU AL-SUDDIY ABDUL RAHMAN BIN NAHSYAL

أَبُو السُّدِّيِّ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بن نهشل

 

Ada kata, nama bapanya adalah ABI KARIM. Dia dipanggil dengan ABU ISMAIL, kerana anaknya bernama ISMAIL. Dia tinggal di Asbahan.

 

Al-‘Uqaili kata, dia majhul yang tidak ada mutaba-ah. Ibn Hajar kata, dia majhul al-Hal. Di tempat lain, Ibn Hajar kata, dia Majhul al-Ain.  Namun, Ibn Hibban anggap dia siqah.

Thursday, July 28, 2022

SALITH BIN AYYUB

 SALITH BIN AYYUB

 سَلِيطِ بْنِ أَيُّوبَ

 

Nama penuhnya adalah SALITH BIN AYYUB BIN AL-HAKAM AL-ANSARI AL-MADANI. Dia adalah penduduk Madinah, dan Rijal Abu Daud dan al-Nasaie sahaja.

 

Ibn Hibban anggap dia siqah, tetapi ramai anggap dia majhul.

 

Wednesday, July 20, 2022

UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN RAFI’ BIN KHADIJ (111H)

 UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN RAFI’ BIN KHADIJ (111H)

 عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ

 

Digelar sebagai ABU AL-FADHL AL-ANSARI. Berkenaan namanya, ada pihak kata bahawa namanya UBAUDULLAH BIN ABDUL ABDUL RAHMAN, sedangkan dalam riwayat ABU DAUD menggunakan nama UBAIDULLAH BIN ABDULLAH.

 

Atuknya bernama RAFI’ BIN KHADIJ (12SH-74H) adalah sahabat.

 

Dalam kalangan ulama hadis, Ibn mandah kata, dia majhul. Ibn Qattan kata, dia majhul al-Hal. Namun, Ahmad dan seumpamanya anggap dia sahih.

Tuesday, July 12, 2022

ABU GHUTAIB AL-HUZALI

 ABU GHUTAIB AL-HUZALI

ابو غُطَيْفٍ الهذلي

 

Gelaran AL-HUZALI itu adalah nisbah kepada keturunan HUZAIL BIN MUDRIKAH BIN ILYAS BIN MUDHAR.

 

Ada kata, namanya adalah GHUDHAIF, bukan GHUTAIF.

 

Dalam kalangan ulama hadis, IBN HAJAR kata, dia majhul. AL-TARMIZI anggap dia doif.

 

Dia ada rijal Abu Daud, al-Tarmizi dan ibn Majah.

Wednesday, June 22, 2022

UMMU MUHAMMAD

 UMMU MUHAMMAD

أُمِّ مُحَمَّدٍ

 

 

Nama sebenarnya adalah AMINAH BINTI ABDILLAH. Ada ulama kata, nama sebenarnya UMAYYAH. Dia adalah isteri kepada ZAID BIN JAD’AN. Bermakna, ALI BIN ZAID adalah anak tirinya.

 

Al-Iraqi mengatakan bahawa dia MAJHUL AL-AIN DAN HAL.  Al-Zahabi pula kata, dia MAJHUL tanpa disebut AIN atau HAL. Al-Zahabi pula meletakkan dia dalam senarai MAJHULAT dalam kitab kitab AL-MIZAN. Hal ini kerana, tidak didapati seorang pun perawi yang ambil hadis darinya kecuali anak tirinya sahaja, iaitu ALI BIN ZAID.

 

Namanya tidak terdapat dalam bukhari, Muslim dan al-Nasaie, tetapi terdapat dalam Abu Daud, tarmizi dan Ibn Majah.

Monday, April 4, 2022

IBRAHIM BIN JARIR

 IBRAHIM BIN JARIR

 إِبْرَاهِيمَ بْنِ جَرِيرٍ

 

Ulama Kufah ini adalah anak kepada sahabat Nabi terkenal, iaitu Jarir bin Abdullah al-Bajali.

 

Walaupun dia adalah anak sahabat tersebut, tetapi dia tidak mendengar hadis dari bapanya. Hal ini kerana, bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi.

 

Dengan sebab itu, Ibn Ma’in kata, dia tidak dengar hadis dari bapanya, walhal ada hadis tertentu yang dia riwayatkan dari bapanya secara عنعنة.

 

Bahkan, terdapat juga bahawa dia riwayatkan hadis dari bapanya secara التحديث, tetapi kata ibn Hajar, hadis itu mesti dari jalur DAUD BIN ABDUL JABBAR. Daud adalah seorang pendusta hadis. Ada sebilangan kata, dia doif.

 

Dia adalah rijal Abu Daud, al-nasaie dan Ibn Majah. Ibn Qattan bahawa dia Majhul al-Hal. Dengan ini, hadis riwayatnya ditolak kecuali ada mutaba-ah atau syawahid.

IBRAHIM BIN ABI MAIMUNAH

 IBRAHIM BIN ABI MAIMUNAH

إِبْرَاهِيمَ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ الحجازي

 

Dia adalah Rijal Abi Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah. Dia dianggap Majhul al-Hal oleh Ibn Qattan dan al-Asqalani.

 

PERINGATAN: Ada seorang lagi yang hampir saman ama, iaitu IBRAHIM BIN ‘ATA’ BIN ABI MAIMUNAH. Dia orang basrah. Dia satu era dengan Imam al-Bukhari.

Sunday, April 3, 2022

MAIMUNAH BINTI AL-WALID BIN AL-HARIS AL-ANSARIYYAH

 MAIMUNAH BINTI AL-WALID BIN AL-HARIS AL-ANSARIYYAH

 ميمونة بنت الوليد بن الحارث الأنصارية

 

Dia adalah tabiin dan disenaraikan oleh Ibn Hibban dan al-Asqalani dari kalangan perawi siqah.

 

Namun begitu, ramai anggap dia perawi MAJHUL.