HAFS BIN UMAR (225H)
حَفْصُ بْنُ
عُمَرَ
Ulama Basrah ini, nama penuhnya adalah ABU UMAR HAFSH
BIN UMAR BIN AL-HARIS AL-HAWDHI الحوضي AL-BASRI AL-AZDI الأزدي
Ibn al-Madini ada menyatakan bahawa sepakat penduduk
basrah sebagai bahawa Hafsh adalah perawi yang ‘adil.
Dia adalah guru al-Bukhari dan Abi Daud. Al-Imam
al-Nasaie ambil hadis darinya dengan perantara. Dia seorang perawi siqah lagi
sahih.
***
حَفْصُ بْنُ عُمَرَ
[] HAFS BIN UMAR BIN AL-HARITH
BIN SAKHBARAH سخبرة @ ABU UMAR AL-HAUDHI الحوضي AL-AZDI AL-NAMIRI النمري (225H)
[] Dia tinggal di Basrah, Iraq.
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Guru AL-BUKHARI.
B.
Dianggap Siqah oleh IBN ‘ASAKIR AL-DIMASYQI,
AL-DARAQUTNI, IBN QANI’, IBN WADDHOH AL-QURTUBI, MASLAMAH BIN AL-QASIM
AL-ANDALUSI & IBN MADINI.
C.
ZAHABI kata, dia sabat, hujah.
D.
YAAQUB BIN SYAIBAH AL-SADUSI kata, dia dari kalangan
musbitin.
E.
Kata IBN MADINI, penduduk basrah sepakat bahawa dia
adil.
F.
AHMAD kata, dia sabat, sabat, mutqin.
G.
ABU HATIM AL-RAZI kata, dia soduq, mutqin.
H.
ABU SAID AL-SAM’ANI kata, dia soduq, sabat.
I.
ASQALANI kata, dia siqah, sabat. Cuma aib kerana dia
ambil upah untuk riwayat hadis.
No comments:
Post a Comment