Sunday, March 27, 2022

SA’ID BIN ABI ‘ARUBAH (156H)

 SA’ID BIN ABI ‘ARUBAH (156H)

 سعيد ابْنِ أَبِي عَرُوبَةَ

 

Nama lain dia adalah ABU AL-NADHR BIN MIHRAN AL-‘ADAWI. Ulama berasal dari Basrah ini adalah Rijal Kutub Sittah. Dia seorang siqah sepertimana kata Yahya bin Ma’in dan Abu Zur’ah, tetapi masih lagi terbuka kepada kritikan dari sebilangan ulama hadis.

 

Menurut Imam Ahmad, hadis-hadis riwayatnya tidak berkitab; semuanya berdasarkan hafalannya.

 

Walaupun begitu, terdapat beberapa kritikan terhadap dirinya.

 

Pertama, QADARIYYAH.

 

Ahmad bin Hanbal mengatakan bahawa dia seorang yang berfahaman Qadariyyah. Pun begitu, dia tidak menyebarkan fahamannya itu serta dia sembunyikan fahamannya dari diketahui orang ramai.

 

Kedua, TADLIS.

 

Al-Zahabi mengatakan bahawa dia seorang mudallis. Menurut Ahmad bin Hanbal pula, individu yang dia tadliskan itu adalah al-Hakam, al-A’mash, Hammad, Amru bin Dinar, Hisyam bin Urwah, Ismail bin Abi Khalid, Ubaidullah bin Umar, Abi Busyr, Ibn ‘Aqil, Zaid bin Aslam, Umar bin Abi Salamah dan Abu Zinad. Semua nama yang disenaraikan oleh Ahmad bin Hambal bahawa Sa’id mendengar pun hadis dari mereka, tetapi dia tadliskan mereka ini.

 

Ketiga, IKHTILAT.

 

Abu Hatim mengakui bahawa dia adalah siqah. Namun, mengatakan juga bahawa dia seorang ikhtilat sebelum kematiannya.

 

Walaubagaimana pun, hadis ke-33 sunan Abu Daud, ISA BIN YUNUS ambil hadis dari SA’ID BIN ARUBAH sebelum dia Ikhtilat lagi.

 

Riwayatnya boleh diterima, tetapi dalam tahap hasan.

No comments:

Post a Comment