YUNUS BIN ABD AL-A’LA (170H-264H)
يُونُسُ بْنُ
عَبْدِ الْأَعْلَى
Nama penuhnya adalah
ABU MUSA YUNUS BIN ABD AL-‘ALA BIN MAISARAH BIN HAFZ AL-SODFIY AL-MISRI
Ulama ini dilahirkan
dan meninggal di mesir dan pernah tinggal di sekitar Hijaz.
Dia dari keturunan
al-Sodfiy, iaitu satu kabilah kecil dalam keluarga besar dari Yaman bernama
HIMYAR. Dengan erti kata lain, walaupun dia dilahirkan di mesir, tetapi dari
sudut asal keturunannya adalah dari Yaman.
Dia adalah murid kepada
Imam Warash (110H-197H) yang merupakan salah guru yang terkenal dengan ilmu
Qiraaat. Dia juga belajar qiraaat dari Imam Nafi’ (169H).
Disamping ilmu hadis,
Yunus juga adalah guru dalam bidang Qiraat sehingga disebut sebagai salah
seorang imam dalam ilmu terbabit. Antara murid terkenal yang belajar qiraat
darinya adalah Imam al-Tabari (224H-310H).
Di peringkat awal,
seorang pengamal Mazhab maliki. Namun selepas Imam Syafie masuk ke Mesir, dia
turuti Mazhab syafie, malah menjadi salah seorang ulama besar dalam Mazhab
tersebut. Imam al-Nawawi menyatakan, Yunus adalah salah satu perawi fatwa-fatwa
imam syafie qaul jadid.
Dia adalah murid kepada Imam Muslim, Imam al-Nasaie
dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment