Showing posts with label KUTUB SITTAH. Show all posts
Showing posts with label KUTUB SITTAH. Show all posts

Friday, June 16, 2023

YAHYA BIN HAMZAH BIN WAQID AL-HADHRAMI (103H-183H)

  

 يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ

[] YAHYA BIN HAMZAH BIN WAQID AL-HADHRAMI @ ABU ABDUL RAHMAN AL-BATLAHI AL-DIMASYQI AL- QADHI[1] (103H-183H[2])

 

[] YAHYA BIN HAMZAH kata, dia qadhi di Damsyiq. [3]

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah[4]

B.                  Dianggap siqah oleh AL-NASAIE, IBN HIBBAN & AL-IJLI. [5]

C.YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah masyhur. [6]YAHYA BIN HAMZAH kata, dia qadhi di damsyiq dan siqah. [7]

D.                 DUHAIM kata, dia siqah, alim, tidak ragu lagi dia berjumpa dengan ALI BIN YAZID[8]

E.                  ABU DAUD kata, dia siqah, qadariyyah. [9]

F.                   IBN MAIN kata, dia siqah, penganut qadariyyah[10]AL-GHILABI kata, dia siqah dan dituduh qadariyyah[11]

G.                 ALI BIN ADAM kata, dia dituduh qadariyyah[12].

H.                 IBN SAAD kata, dia banyak riwayat hadis dan saleh[13].

I. ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN YASAR kata, dia لا بأس


[1] Masyariq:1/129

[2]Mursyid:1/70 | Ini mengikut maklumat ABU MUSHIR. Berkata ABU SULAIMAN BIN ZABR pula, dia dilahirkan 102. Ada kata, 105. (masyariq:1/129)

[3] Masyariq:1/129

[4] Masyariq:1/129

[5] Masyariq:1/129

[6] Masyariq:1/129

[7] Masyariq:1/129

[8] Masyariq:1/129

[9] Masyariq:1/129

[10] Masyariq:1/129

[11] Masyariq:1/129 | mursyid:1/70

[12] Masyariq:1/129

 

[13] Masyariq:1/129

 

UMAIR @ AMRU BIN AL-ASWAD

 

 

عُمَيْرِ بْنِ الْأَسْوَدِ

[] UMAIR BIN AL-ASWAD @ ABU IYADH (ADA KATA: ABU ABD AL-RAHMAN AL-DIMASYQI AL-HIMSI[1])

 

[] nama betulnya adalah AMRU BIN AL-ASWAD AL-‘ANSI[2], dikatakan AL-HAMDANI[3]. Namanya AMRU, ditegaskan oleh AL-BUKHARI[4].

 

[] Dia tinggal di Damsyiq, Hims, Dariya dan Syam.

 

[] ABU MUSA AL-MADINI kata, dia meninggal di era pemerintahan Muawiyah[5]. Ada kata di era ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

[] Dia seorang MUKHADRAM, seorang tabiin besar. Ahli ibadat yang hebat[6]. ABU MUSA kata, dia bukan sahabat. Tetapi, dia ambil hadis dari sahabat[7].

 

[] MUJAHID kata, aku tidak nampak orang yang lebih alim selepas IBN ABBAS kecuali ABU IYADH[8].

 

[] ZURAIQ ABU ABDILLAH AL-ALHANI kata, AMRU BIN AL-ASWAD masuk Madiah. Dia nampak IBN UMAR sedang solat. dia pun kata: barangsiapa yang berkehendak sangat melihat orang yang iras Nabi saw, maka lihatlah kepada lelaki ini[9].

 

Dalam Usud al-Ghabah pula, dibawakan riwayat SAIDINA UMAR berkata: barangsiapa yang berharap melihat petunjuk Rasulillah, maka lihatlah pada petunjuk Amru bin al-Aswad.

 

[] ada orang kata, kunyahnya adalah ABU IYADH. Namun, ada kritikan menyataka bahawa ABU IYADH, nama sebenarnya adalah QAIS BIN SA’LABAH. Hal ini sepertimana dihikayatkan oleh AL-NASAIE dalam AL-KUNA dan AL-HAKIM[10]

 

[] IBN HIBBAN kata, dia seorang ahli ibadat serta ahli zuhud dari kalangan penduduk Syam[11].

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah kecuali al-Tarmizi[12].

B.                  IBN SAAD kata, dia siqah dan kurang riwayatkan hadit[13].

C.                  IBN ABD AL-BAR kata, ijmak ulama kata dia siqah[14].

D.                 ASQALANI kata, dia siqah ‘abid dan tabiin besar.

ZAHABI kata, dia orang yang bertaqwa, tabiin dan mukhadram.


[1] Masyariq:1/129

[2] Masyariq:1/129

[3] Masyariq:1/130

[4] Masyariq:1/131

[5] Masyariq:1/130 | mursyid:1/71

[6] Masyariq:1/130 | mursyid:1/71

[7] Masyariq:1/130

[8] Masyariq:1/130

[9] Masyariq:1/130

[10] Masyariq:1/130

[11] Masyariq:1/130

[12] Masyariq:1/131

[13] Masyariq:1/130

[14] Masyariq:1/130

Monday, October 31, 2022

ABU ‘ALIYAH (93H)

 ABU ‘ALIYAH (93H)

 أَبَو الْعَالِيَةِ

 

Nama sebenarnya adalah RUFAIYY’ BIN MIHRAN AL-RAYYAHI

 

Menurut ALI BIN AL-MADINI, dia sempat di era Jahiliyyah. Namun, peluk islam dua tahun selepas Nabi wafat (manhal:1/290) bermakna, dia seorang MUKHADRAM (Arnaut:1/64)

 

Dia sempat dengan Abu Bakar dan pernah menunaikan solat Jemaah dengan menjadi makmum kepada Saidina Umar dan mendengar hadis dari Saidina Umar. (Bazl:1/183)

 

Dia pernah berkata: Aku sempat khatamkan al-Quran di era Umar sebanyak tiga kali.

 

ASIM AL-AHWAL pernah berkata: Abu al-‘Aliyah ada sikap bahawa apabila berhimpun kepadanya lebih dari kadar 4 orang, dia akan bangun dan pergi (tasawwut:2/618)

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                IBN HAJAR AL-ASQALANI kata, dia tabiin besar yang popular dengan gelarannya (manhal:1/290)

(b)               Dianggap SIQAH oleh IBN MAIN, ABU ZUR’AH & ABU HATIM (manhal:1/290)

(c)                ABU AL-QASIM kata, ulama ijmak bahawa dia siqah. Cuma dia banyak lakukan IRSAL (manhal:1/290)

(d)               ABU BAKAR BIN ABI DAUD kata, tidak ada seorang pun orang selepas sahabat yang lebih tahu berkenaan al-Quran kecuali Abu al- ‘Aliyah. Selepas beliau adalah SA’ID BIN JUBAIR (tasawwut:2/618)

(e)               IBN ‘ADI kata, hadis-hadis yang dia riwayat adalah SOLEH.

(f)                 AL-LAKAIE kata, ijmak ulama bahawa dia siqah. (Bazl:1/184)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah. 

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu hadis ke-87.



Tuesday, October 25, 2022

‘ATA’ BIN ABI RABAH (27H-114H)

 ‘ATA’ BIN ABI RABAH (27H-114H)

عَطَاءٍ بن ابي رباح

 

Ulama fiqh tabiin ini dipanggil ABU MUHAMMAD AL-QURASHI.

 

Ada kata, nama betulnya adalah ASLAM BIN SAFWAN AL-MAKKI. Menurut AL-WAQIDI dan AL-FALLAS, umurnya mencecah 88 tahun. Kata IBN ABI LAILA pula, umurnya mencecah 100 tahun.

 

Dia dilahirkan di akhir pemerintahan Saidina Osman di kota TA’IZ تعز, Yaman (di kota Muaz bin Jabal (18H) duduk di yaman), dibesarkan, menuntut ilmu dan mati di Mekah.

 

Dia sempat berjumpa dengan AQIL BIN ABI TALIB dan ABU AL-DARDA’.

 

Dia adalah guru kepada ABU HANIFAH, AYUB AL-SAKHTIYANI, AL-ZUHRI, AL-AWZAIE & sebagainya (manhal:1/288)

 

Daripada KHALID BIN ABI AWFA bahawa ‘ATA’ berkata: aku sempat jumpa seramai 200 orang sahabat nabi. (Bazl:1/183)

 

Antara tabiiin yang paling banyak ambil hadis dari AISYAH, disamping ABU HURAIRAH, UMMU SALAMAH, UMMU HANI’, IBN ABBAS, IBN AMRU, JABIR, IBN AL-ZUBAIR, MUAWIYAH, ABU SA’ID DLL.

 

KOMENTAR ULAMA; (manhal:1/288)

(a)                Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH dan IBN SA’AD.

(b)               IBN SA’AD kata, dia alim dan banyak riwayatkan hadis serta memberikan fatwa di mekah.

(c)                Al-Zahabi kata, dia sabat redha imam dan hujjah untuk ilmu ini.

(d)               IBN HIBBAN nyatakan bahawa dia dari kalangan tabiin yang alim, faqih, warak dan mempunyai kelebihan.

(e)               ABDUL AZIZ BIN RUFAIY’ kata, suatu hari ‘Ata’ ditanya fatwa. Dia jawab: aku tidak tahu. Lalu orang bertanya itu kata: apakah tidak kamu memberikan jawapan hal ini dengan pandangan kamu? Dia jawab: Aku malu beragama di bumi ini dengan pandangan aku.

(f)                 AHMAD pernah bercerita satu kisah panjang yang dia ambil dari ‘Ata; yang ‘Ata’ ambil dari Aisyah. Kata Ahmad: ia tidak boleh dibuat hujah kecuali ‘Ata berkata: aku telah mendengar سمعت

(g)                SULAIMAN BIN HARB pernah cerita bahawa gurunya, QAIS BIN SA’AD tidak hadir majlis ilmu gurunya, ‘ATA. Makanya, Sulaiman pun tanya, kenapa begitu? Jawab QAIS: dia sudah lupa dan berubah hafalannya. (Bazl:1/183)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 86.

‘AMIR BIN SYURAHIL BIN ABD (22H-104H)

 ‘AMIR BIN SYURAHIL BIN ABD (22H-104H)

 عَامِرٍ بن شراحيل بن عبد

 

Tabiin ini lebih dikenali dengan AL-IMAM AL-SYA’BI.

 

Ada pihak lain kata, nama sebenarnya adalah ‘AMIR BIN ABDILLAH AL-HIMYARI AL-SYA’BI AL-KUFI. Ada pula kata, BIN ABDILLAH BIN SYURAHIL AL-SYA’BI. Dia dipanggil dengan ABU AMRU AL-KUFI. Dari bangsa HAMZAN (Iran).

 

Dia terkenal dengan kefaqihan dan ilmu hadis.

 

Dia popular dengan panggilan AL-IMAM AL-SYA’BI. Dia pernah kata, bahawa dia berjumpa dengan 500 orang sahabat dan dengar hadis dari 48 orang dari kalangan mereka (manhal:1/286)

 

Dia dilahirkan di era pemerintahan UMAR BIN AL-KHATTAB. 

 

Ulama Tarikh khilaf berkenaan Tarikh kelahirannya;

(a)                16 hijrah.

(b)               10 hijrah.

(c)                31 hijrah.

(d)               Khalifah bin Khayyat kata, dia dilahirkan sama tahun dengan al-hasan al-basri, iaitu tahun 21 hijrah.

(e)               Al-Asmu’I kata, pada tahun 17 hijrah.

 

Dia dilahirkan di kufah dan dibesarkan di situ. Selepas itu, dia tinggal di Madinah beberapa bulan kerana lari dari AL-MUKHTAR AL-SAQAFI. (1H-67H) yang ketika itu adalah panglima perang dalam usaha menuntut bela terhadap kematian saidina Husin.

 

Dia antara yang bersama ABDUL RAHMAN AL-ASY’AS dalam sejarah perang DIR AL-JAMAJIM, iaitu perbantaian AL-HAJJAJ terhadap kelompok yang memberontak melawan khilafah Umawiyyah. Selepas di tangkap, dia dilepaskan dan diberikan kemaafan oleh AL-HAJJAJ.

 

Dia terkenal dalam bidang Fiqh, hadis dan Tafsir serta bersyair. Dia banyak riwayatkan -kisah-kisah dari kalangan ahli kitab yang memeluk islam yang disebut al-Israiliyat.

 

Banyak negara yang dia telah jelajah demi mencari ilmu. Dia meninggal terkejut semasa di Kufah, dalam sekitar tahun 103 hijrah sewaktu umur 82 tahun.

 

Antara nasihatnya yang berharga:

(a)                Tidak seseorang itu buat bid’ah kecuali penjelasannya ada dalam kitabullah.

(b)               Ada seseorang berkata: fulan itu telah mati. Dia telah menjadi ahli akhirat. Al-Sya’bi pesan: jangan kamu kata dia ahli akhirat, tetapi katakanlah bahawa dia ahli kubur.

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                Dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH & ramai lagi (manhal:1/286)

(b)                SUFYAN BIN UYAYNAH berkata: orang hebat di zaman masing-masing adalah IBN ABBAS, AL-SYA’BI DAN AL-SAURI. (Tawassut:2/616)

(c)                MAKHUL kata, aku tidak nampak ada orang yang lebih faqih berbanding AL-SYA’BI. Perkataan hampir sama disebut oleh ABU HUSOIN dan ABU MIJLAZ (Manhal:1/286)

(d)               IBN MA’IN kata, mana-mana perawi yang diambil hadis oleh AL-SYA’BI, itu tandanya perawi itu siqah dan boleh dibuat hujah.

(e)               AL-JILI kata, mursal AL-SYA’BI adalah sahih (manhal:1/286)

(f)                 AL-ZAHABI kata, dia adalah Imam faqih mutqin sabat.

(g)                 AL-ASQALANI kata, dia sabat faqih Fadhil.

(h)               IBN SIRIN kata, aku sampai di kufah, aku dapati al-Sya’bi ada halakah ilmu yang ramai, walhal ketika itu sahabat nabi masih ramai lagi.

(i)                  AL-HAKIM kata, dia tidak mendengar hadis dari ABDULLAH BIN MAS’UD, walaupun dia pernah melihat sahabat nabi besar itu.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 85.