SA’ID BIN ABI ‘ARUBAH (157H)
سَعِيدُ بْنُ
أَبِي عَرُوبَةَ
Dia juga ulama Basrah ini adalah rijal al-Kutub
al-Sittah. Nama sebenar bapanya adalah Mihran, tetapi lebih dikenali dengan
panggilan Abu ‘Arubah.
Dalam
kalangan ulama hadis, terdapat beberapa TAJRIH terhadap beliau.
Pertama,
BERFAHAMAN QADARIYYAH
Hal
ini dinyatakan oleh Ahmad bin Hanbal dan diulang sebut oleh al-Zahabi. Pun
begitu, Ahmad menyatakan bahawa dia menyembunyikan fahamannya itu.
Kedua,
TADLIS
Ini
disebut oleh al-Sayuti, al-Nasaie dan al-Asqalani.
Ketiga,
IKHTILAT
Dikatakan
sebelum dia meninggal dunia, hafalannya semakin celaru. Antara ulama yang kata
begitu adalah Abu Nuaim, Ibn Sa’ad, al-Zahabi, Ibn ‘Adi,
al-‘Ala’ie
menyatakan, antara ulama yang mendengar hadis darinya selepas dia ikhtilat
adalah Waki’ bin al-Jarrah, al-Mu’afa bin Imran al-Musili.
Yahya
bin Ma’in pula kata, dia ikhtilat pada tahun 142 hijrah, sedangkan dia
meninggal tahun 157 Hijrah.
Walaubagaimana
pun, ada sebilangan ulama anggap dia siqah seperti Ibn Sa’ad, tambahan pula dia
salah seorang rijal al-Kutub al-Sittah. Dengan itu, dia dianggap perawi yang
hasan.
No comments:
Post a Comment