AMRU BIN AL-HARIS (90H-148H)
عَمْرٌو بن الحارث
Nama penuhnya ABU UMAYYAH AMRU BIN AL-HARIS BIN YAAQUB
AL-ANSARI AL-MISRI.
Dia berasal dari mesir dan terkenal dengan ilmuan di
bumi kelahirannya itu sehingga digelar sebagai “Alim al-Diyar al-Misriyyah”.
Menurut Abu Bakar al-Khatib, dia terkenal dengan ilmu
hadis, ilmu qiraat dan faqih malah banyak memberi fatwa serta seorang
sasterawan. Menurut Abu al-Qasim bin Bisykawal bahawa dia sudah mula memberi
fatwa ketika umurnya masih muda.
Menurut Musa bin Salamah al-Misri, kerap berlaku
bahawa apabila dia keluar dari rumah, orang sudah beratur mahu bertanya
kepadanya; ada yang bertanya berkenaan fiqh, ada bertanya berkenaan hadis, ada
bertanya berkenaan al-Quran, ada bertanya berkenaan Syair, ada yang bertanya
berkenaan Faraid, ada yang bertanya berkenaan sastera arab, bahkan ada juga
yang bertanya berkenaan ilmu hisab.
Dia dilahirkan di era pemerintahan Khalifah al-Walid
bin Abdul Malik dan meninggal di era pemerintahan Abu Jaa’far al-mansur.
Abu Ishaq al-Syirazi meletakkan dia sebagai senarai
ulama fiqh dalam kalangan Tabiin di mesir.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan perawi yang
siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment