SA’ID BIN AL-MUSAYYAB (15H-94H)
سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ
Pada nama bapanya, lebih mayshur dibaca dengan
MUSAYYAB berbanding dibaca dengan MUSAYYIB. Namun, bacaan penduduk Madinah
dengan MUSAYYIB.
Dia adalah Tabiin yang mempunyai keluasan ilmu yang
tinggal di Madinah. Digelar sebagai Ulama penduduk Madinahعالم أهل
المدينة dan penghulu para tabiin سيد التابعين dan dia salah seorang Fuqaha’ al-Sab’ah (tujuh
orang tabiin yang alim fiqh menjadi rujukan Umar bin Abdul Aziz).
Dia dilahirkan dan meninggal di Madinah. Semasa
Saidina Umar meninggal dunia (23H), umurnya baru 8 tahun.
Dia dari keturunan Quraish. Bapanya adalah sahabat
Nabi yang terlibat dalam sejarah Bai’ah di bawah pokok. Atuknya bernama Huzn حزن juga adalah sahabat yang terbunuh dalam perang
Hari Yamamah.
Nama ibunya Ummu Sa’id binti Hakim bin Umayyah bin
Harisah bin al-Awqas al-Sulamiyyah.
Dia dibesarkan di Madinah dan mula menuntut ilmu juga
di situ. Dia sempat menuntut ilmu dari beberapa orang sahabat Nabi seperti Zaid
bin Sabit, Sa’ad bin Abi Waqas, Ibn Abbas, Ibn Umar, bahkan sempat mendengar
hadis dari dua isteri Nabi, iaitu Aisyah dan Ummu Salamah.
Dia juga mendengar hadis dari Osman bin Affan, ‘Ali
bin Abi Talib, Suhaib al-Rumi dan Muhammad bin Maslamah. Dia juga melazimi Abu
Hurairah serta menjadi menantu kepada Sahabat Nabi itu.
Dia terkenal dengan kefaqihan, kerana dia sudah
memberi fatwa semasa sebilangan besar sahabat-sahabat Nabi masih hidup lagi.
Malahan, Ibn Umar pernah kata: dia (Sa’id) demi Allah adalah salah seorang para
mufti.
Bahkan pernah terjadi bahawa Ibn Umar apabila ditanya
sesuatu perkara yang dia ragu jawapannya, dia akan kata: kamu pergi tanya Sa’id
kerana dia selalu duduk bersama dengan orang-orang soleh.
Cucu Saidina Ali yang bernama Ali bin al-Husain pernah
berkata: Ibn Musayyib ini amat tahu berkenaan atsar terdahulu, dan orang yang
paling faqih dalam kalangan mereka.
Dia terkenal dengan ibadat, sehinggakan dia tidak
pernah meninggalkan solat Jemaah selama 40 tahun. Dalam jangka 30 tahun,
sebelum azan dilaungkan dia sudah berada di masjid.
Dia meninggal di era pemerintahan al-walid bin Abdul
Malik.
Beliau adalah salah seorang rijal kutub al-Sittah.
No comments:
Post a Comment