ABDULLAH BIN WAHB (125H-197H)
عبدالله ابْنُ وَهْبٍ
Dikenali sebagai ABU MUHAMMAD AL-MISRI, atau ABU
MUHAMMAD AL-FAHRI. Nama penuhnya, ABDULLAH BIN WAHB BIN MUSLIM AL-QURASHI.
Dia dilahirkan di al-Fistat (kaherah lama), Mesir. Dia
adalah murid Imam Malik yang dia belajar selama 20 tahun.
Sufyan bin Uyaynah menggelarkannya sebagai SYAIKH AHL AL-MISR (guru kepada penduduk mesir). Dia mendengar hadis dari guru-guru di Mesir, Hijaz dan Iraq. Dikatakan, bilangan gurunya lebih dari 400 orang.
Dalam semua guru itu, Imam Malik adalah orang yang
paling lama dia berguru. Dia belajar dengan Imam malik sehingga dia menjadi
alim.
Ibn Wahb boleh dianggap sebagai orang yang menyebarkan
Mazhab Maliki di mesir, kerana keterbatasan penduduk di Mesir untuk ke Madinah
untuk menuntut ilmu. Justeru, mana-mana penduduk mesir yang mahu mengetahui
berkenaan Mazhab Maliki, mereka akan menuntut ilmu fiqh dari Ibn Wahb.
No comments:
Post a Comment