Showing posts with label MUSLIM TA'LIQ. Show all posts
Showing posts with label MUSLIM TA'LIQ. Show all posts

Monday, April 4, 2022

SYARIK BIN ABDULLAH (95H-177H)

 SYARIK BIN ABDULLAH (95H-177H)

شَرِيكٌ ابن عبدالله

 

Nama penuhnya adalah SYARIK BIN ABDULLAH BIN AL-HARIS AL-NAKHASIE AL-KUFI.

 

Ada dakwaan mengatakan, nama sebenarnya adalah AUS BIN AL-HARIS AL-NAKHAIE yang digelar dengan ABU ABDULLAH AL-KUFI.

 

Pada tahun 153 hijrah, dia dilantik jadi Qadhi di era pemerintahan Abu Ja’far ABDULLAH AL-MANSUR BIN MUHAMMAD, iaitu khalifah ke-10 selepas nabi, atau khalifah ke-2 di era Abbasiyyah; dia adalah orang yang membangunkan daulah abbasiyyah. Namun, dia digugurkan selepas itu.

 

Pada era khalifah Abbasiyyah ke-3, AL-MAHDI BILLAH, MUHAMMAD BIN ABDILLAH AL-MANSUR, dia dilantik pula. Namun, digugurkan pula oleh MUSA AL-HADI BIN ABU ABDILLAH MUHAMMAD AL-MAHDI BIN ABU JA’FAR ABDULLAH AL-MANSUR, khalifah ke-4 Abbasiyyah.

 

Dia diakui siqah oleh al-‘Ijli, Ibrahim al-Harbi dan Ibn Ma’in. Cuma, Ibn Ma’in kata, dia siqah soduq yang ada buat silap. Apabila dia menyalahi orang lain, pendapat orang lain lebih disukai.

 

Ibn Sa’ad kata, dia siqah dan ma’mun dan banyak meriwayatkan hadis. Tetapi, dia ada buat silap. Perkara yang sama ditegaskan oleh Abu Zur’ah. Ibrahim bin Sa’ad kata, dia ada silap sebanyak 400 hadis.

 

Ibn Hibban pula kata, pada akhir umurnya dia ada buat buat silap, iaitu berlaku ikhtilat.Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, dia ikhtilat itu berlaku semenjak dia menjadi Qadhi di Kufah.

 

Riwayat dia semasa dia muda, tidak berlaku ikhtilat. Tetapi, orang di kufah yang ambil hadis dengan dia; ketika itu, dia sudah ikhtilat, yang banyak waham dalam periwayatannya. Dengan itu, al-Nasaie kata, dia tidak kuat. Yaaqub bin Sufyan kata, dia siqah tetapi hafalannya buruk. Al-Azdi kata, dia cenderung kepada melampau dalam mazhab, buruk hafalan dan mudhtarib hadis.

 

Dia adalah rijal Abu Daud, al-tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Namanya ada dalam muslim pun sekadar mutaba-ah sahaja. Didapati namanya tidak ada ada riwayat al-Bukhari.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih dan diterima riwayatnya sebelum dia ikhtilat. Iaitu, riwayatnya diterima semasa dia di wasit. Tetapi, tidak diterima semenjak dia menjadi qadhi di Kufah.

Friday, March 25, 2022

MUHAMMAD BIN ISA BIN NUJAIH BIN AL-TABBA’ AL-BAGHDADI (150H-224H)

 MUHAMMAD BIN ISA BIN NUJAIH BIN AL-TABBA’ AL-BAGHDADI (150H-224H)

مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى بن نجيح بن الطباع البغدادي

 

Dia pernah sampai ke Bahdad, Syam dan mati di Sepanyol. Dia bukan sekadar terkenal sebagai guru hadis, bahkan terkenal juga dengan mengajar fiqh.

 

Dari sudut Jar wa ta’dil, hampir semua ulama rijal kata dia siqah kecuali Abu Daud ada sedikit komen menyatakan bahawa, walaupun dia seorang yang faqih, dan menghafal hadis sehingga mencecah sebanyak 40 ribu hadis, tetapi kadangkala dia ada melakukan tadlis.

 

Dia adalah guru Imam al-Bukhari dan Abu Daud. Imam Muslim menyebut namanya sekadar ta’liq sahaja. Dia adalah rijal al-nasaie. Dia adalah perawi yang sahih.

 

Sunday, March 6, 2022

IKRIMAH BIN AMMAR AL-IJLI AL-YAMAMI (159H)

 IKRIMAH BIN AMMAR AL-IJLI AL-YAMAMI (159H)

عِكْرِمَةُ بْنُ عَمَّارٍ الْعِجْلِيُّ اليمامي

 

Dia adalah tabiin yang sempat berjumpa dengan sahabat Nabi yang bernama AL-HIRMAS BIN ZIYAD.

 

Ulama kelahiran Basrah dan mati di Yamamah ini pernah berjumpa dengan Imam al-Bukhari, tetapi tidak berhujah dengan hadisnya. Imam Muslim pula, hanya berhujah dengan hadisnya sekadar syawahid sahaja.

 

Terdapat beberapa kritikan terhadapnya adalah seperti berikut;

 

Pertama, MUHDTARIB HADIS DARI YAHYA BIN ABI KATHIR

 

Antara ulama yang mengatakan sebegitu adalah Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Bukhari.

 

Kedua, DOIF dan MUNGKAR

 

Antara ulama yang mengatakan sebegitu adalah Yahya bin Sa’id, ‘Ali bin al-Madini dan Ibn Kharrash.

 

Walaubagaimana pun, al-‘Azim Abadi menyatakan bahawa Ibn Ma’in dan al-‘Ijli menganggap dia seorang perawi siqah. Turut sama mengatakan dia siqah adalah al-Daraqutni. Dia dianggap sebagai PERAWI HASAN.

Monday, February 28, 2022

MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)

 MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)

مُحَمَّدَ بْنَ إِسْحَاقَ

 

Dia adalah ulama yang terkenal mengarang kitab Sirah Ibn Ishaq. Dilahirkan di Madinah dan meninggal dunia di Baghdad.

 

Nama penuhnya adalah Muhammad bin Ishaq bin Yasar. Menurut Al-Zahabi kata, dia pernah jumpa Anas bin Malik dan Ummu Sa’ad bin Sa’ad al-Ansariyyah. Bapa saudaranya adalah seorang ulama hadis terkenal, bernama Musa bin Abdul Rahman. Atuknya, Yasar dikatakan berasal dari Kristian yang kemudian memeluk islam.

 

Tahun 115 H, dia sampai ke iskandariyyah (Mesir) untuk belajar dari Yazid bin Abi Habib. 

 

Ibn Ishaq ini mendapat beberapa kritikan berikut;

 

[a] Ibn hajar mengatakan bahawa dia seorang yang cenderung kepada syiah dan berfahaman Qadariyyah.

 

[b] Ibn Hajar juga kata, dia ada melakukan tadlis.

 

[c] menurut al-Daraqutni, Imam malik menyatakan bahawa hadis Ibn Ishaq dan bapanya tidak boleh dibuat hujah. Bahkan, Imam malik pernah kata, dia adalah Dajjal dari kalangan para dajjal.

 

Namun begitu, di sana terdapat beberapa pujian terhadap Ibn Ishaq seperti berikut;

 

[a] Imam Syafie mengatakan, “sesiapa yang mahu mendapat keluasan ilmu berkenaan maghazi, maka itu boleh belajar dari Muhammad bin Ishaq.

 

[b] Ibn Hibban dan Abu Ya’la al-Khalili mengatakan bahawa Ibn Ishaq mempunyai keluasan ilmu dan siqah. Abu Zur’ah al-Razi pula menyatakan bahawa Ibn Ishaq adalah Soduq.

 

Imam Abu Daud, Tarmizi, nasaie dan Ibn Majah meriwayatkan hadis Ibn Ishaq.

 

Dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Imam al-Bukhari tidak mengkritik Ibn Ishaq. Namun, apabila dilihat dalam sahih al-Bukhari, nama Ibn Ishaq hanya berada dalam Mutaba-ah dan ta’liq sahaja. Imam Muslim juga menggunakan pendekatan yang sama.