ZAIDAH BIN QUDAMAH AL-SAQAFI (161H)
زَائِدَةُ بن قدامة الثقفي
Dia dipanggil Abu
al-Solt al-Kufi. Dia antara ulama hadis yang digelar sebagai AL-HAFIZ. dia
bukan sekadar terkenal dalam bidang hadis, bahkan amat terkenal juga dalam
bidang tafsir al-Quran.
Dia meninggal dunia
pada tahun 161H, di bumi rom.
Dia dianggap SIQAH oleh al-Nasaie, Abu Hatim, Al-Ijli.
Ibn Sa’ad kata, dia siqah ma’mun. Ibn Hibban kata, dia seorang huffaz yang
mutqin. Al-Daraqutni kata, dia imam yang sabat.
Abu Zur’ah pula kata, dia soduq dari kalangan ahli ilmu.
Mati di rom tahun perangan AL-HASAN BIN QAHTABAH. (Al-Aini:1/206)
Menurut al-Sayuti dalam tabaqat al-Huffaz, dia
dikatakan orang yang amat tegas dengan ahli Bid’ah. Andai ada orang datang mahu
berbual dengannya, dia akan tanya lebih dahulu, apakah dari ahl al-Sunnah atau
tidak. Jika ahli Bid’ah, dia tidak akan berbual dengan orang itu.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment