Showing posts with label RIJAL SUNAN. Show all posts
Showing posts with label RIJAL SUNAN. Show all posts

Sunday, September 11, 2022

HUMAIDAH BINTI UBAID BIN RIFA’AH

 HUMAIDAH BINTI UBAID BIN RIFA’AH

حُمَيْدَةَ بِنْتِ عُبَيْدِ بْنِ رِفَاعَةَ


nama penuhnya adalah HUMAIDAH BINTI UBAID BIN RIFA’AH BIN RAFI’ BIN MALIK BIN AL-‘AJLAN BIN AMRU BIN ‘AMIR BIN ZURAIQ AL-ANSARIYYAH AL-ZARQIYYAH.

 

Dia adalah isteri kepada perawi hadis yang bernama ISHAQ BIN ABDILLAH. Dia panggil dengan UMMU YAHYA, kerana anak sulungnya bernama YAHYA

 

Namanya tidak ada dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, tetapi ada dalam Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.

 

Dia dianggap JAHALAH. Namun, dibantah oleh WALIYUDDIN AL-IRAQI dalam kitabnya, al-tawassut al-Mahmud dengan menyatakan bahawa bukan suaminya sahaja ambil hadis dari Humaidah, bahkan didapati dua orang anaknya, iaitu YAHYA BIN ISHAQ (Abu Daud, 5036) dan UMAR BIN ISHAQ juga didapati ambil hadis darinya. Justeru, TERNAFI dakwaan bahawa dia JAHALAH.

 

Ulama berbeza pendapat berkenaan dhobitnya. Namun, majoriti ulama termasuk YAHYA BIN YAHYA AL-ANDALUSI anggap dia DHOBIT. (al-Tawassut:2/485)

 

Dua dianggap siqah oleh Ibn Hibban, tetapi IBN HAJAR kata, dia sekadar maqbul. (al-Manhal:1/264)

Thursday, July 28, 2022

MUHAMMAD BIN SALAMAH (192H)

MUHAMMAD BIN SALAMAH (192H)

 مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ

 

Nama penunya adalah MUHAMMAD BIN SALAMAH BIN ABDILLAH AL-BAHILI AL-HARRANI. Digelar dengan panggilan ABU ABDILLAH AL-BAHILI.

 

Ibn Sa’ad kata, dia seorang yang alim dalam bidang hadis dan fatwa (fiqh). namanya tersenarai dalam kitab al-Siqat karya Ibn Hibban, dan al-Nasaie dan al-Ijli juga anggap dia siqah.

 

Dia adalah perawi Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah.


Friday, March 25, 2022

ASY’AS BIN ABDILLAH BIN JABIR AL-HUDDANNI

 ASY’AS BIN ABDILLAH BIN JABIR AL-HUDDANNI

أَشْعَثُ بن عبد الله بن جابر الحُدَّاني

 

Ulama asal Basrah ini adalah murid kepada Imam Malik dan dikira sebagai Tabiin kecil. Dia adalah rijal Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Imam Bukhari riwayatkan hadisnya secara ta’liq, dan tidak terdapat dalam muslim riwayatnya.

 

Dia dianggap ramai ulama hadis sebagai siqah dan sahih, tetapi ada satu kritikan sahaja, iaitu Abu Ja’afar al-‘Uqaili kata, pada hadisnya ada waham. Namun, dakwaan Abu Ja’far itu dibantah oleh al-Zahabi.