AISYAH BINTI ABI BAKAR AL-SIDDIQ (19SH-58H)
عائشة بنت ابي
بكر الصديق
Dia adalah Isteri Nabi yang ketiga, iaitu berkahwin
dengan nabi pada bulan syawal tahun ke 2 hijrah, iaitu selepas Perang badar—sebelum
itu, nabi kahwin dengan Saudah binti Zam’ah (Suami awalnya SAKRAN BIN AMRU,
mati setelah pulang dari Habsyah, iaitu sebelum hijrah ke Madinah-nabi kahwininya
tahun 10 kenabian. Namun, al-Zahabi kata, Saudah kahwin dengan nabi pada tahun
Nabi berkahwin dengan Aisyah.
Aisyah dilahirkan di mekah dan meninggal di Madinah.
Bapanya adalah Sahabat Nabi yang terkenal, iaitu Abu
Bakar al-Siddiq, sedangkan ibunya bernama UMMU RUMMAN BINTI ‘AMIR.
Adik beradik seibu sebapa dia adalah Abdul Rahman. Adik
beradik sebapa, Asma’ (Ibunya: Qutailah), Abdullah (ibunya: Qutailah), Muhammad
(ibunya: Asma’ binti Umais), Ummi Kalsum (ibunya: Habibah binti Kharijah)
Tarikh lahirnya, berlaku khilaf dalam kalangan ulama. Ada
kata, 4 tahun sebelum hijrah (kiraan melihat kepada riwayat Bukhari muslim
berkenaan umur nikahnya dengan nabi)
ABU NUAIM AL-ASBAHANI (336H-430H) kata, Aisyah
dilahirkan dalam 10 hingga 16 tahun sebelum hijrah (kiraan dengan melihat umur
Asma’ binti Abi Bakar hijrah, umur 27 tahun)
Berlaku kekhilafan dalam status umur Aisyah kahwin
dengan Nabi. Perbahasannya adalah seperti berikut;
Beberapa fakta yang disebut oleh al-Zahabi seperti
berikut:
a.
Asma’ binti Abi Bakar beza umur dengan Aisyah adalah lebih
10 tahun.
b.
Asma’ meninggal tahun 73H.
c.
Asma’ meninggal umur 100 tahun.
Berdasarkan fakta yang disebut oleh al-Zahabi ini, bermakna,
semasa Hijrah, umur Asma’ 27 Tahun. Ini bermakna, umur Aisyah semasa hijrah
adalah 17 tahun. Kemudian, perkahwinan Aisyah selepas dari perang badar,
sedangkan perang badar tercetus tahun kedua dari hijrah. Bermakna, ketika itu
umur Aisyah semasa kahwin dengan Nabi saw bukan 6 tahun, tetapi 19 tahun lebih.
Ini satu-satunya isteri yang nabi nikahi yang dia belum
pernah berkahwin.
Aisyah tidak dikurniakan seorang anak pun, tetapi
mendapat gelaran UMMU ABDILLAH, sebab anak saudaranya bernama ABDULLAH BIN
ZUBAIR (anak Asma’)
Al-Bukhari (kitab Jihad) menyatakan bahawa Aisyah
terlibat dalam perang Uhud, sebagai membantu rawat orang luka.
Dalam catatan sejarah, dia terlibat perang melawan
Saidina Ali dikenali PERANG JAMAL.
Nabi wafat di rumah Aisyah, ketika itu dihadiri oleh
adik Aisyah bernama Abdul Rahman dan selepas bersugi.
No comments:
Post a Comment