Showing posts with label AHLI BID'AH. Show all posts
Showing posts with label AHLI BID'AH. Show all posts

Wednesday, August 17, 2022

BISYR BIN MUHAMMAD (224H)

 BISYR BIN MUHAMMAD (224H)

بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ

 

Namanya adalah ABU MUHAMMAD BISYR BIN MUHAMMAD AL-SAKHTIYANI AL-MARUZI.

 

Digelar sebagai SAKHTIYANI kerana kerjanya adalah menjual barang kulit.

 

Abu hatim kata, dia seorang penganut fahaman Murjiah. Al-Asqalani pula kata, dia soduq serta  dituduh sebagai Murjiah.

 

Namanya hanya ada dalam sahih al-Bukhari sahaja. Dalam sunan lain tidak terdapat namanya.

Sunday, March 27, 2022

ZAKARIA BIN ISHAQ (150H)

 ZAKARIA BIN ISHAQ (150H)

زَكَرِيَّا بْنُ إِسْحَاقَ

 

Ulama Mekah ini adalah rijal al-Kutub al-Sittah, bahkan dianggap siqah oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Ma’in, Ibn Hibban dan Ibn Sa’ad.

 

Walaubagaimana pun, Ibn Ma’in menyatakan bahawa ada beberapa pandangannya bersifat qadariyyah.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih, dan riwayatnya diterima selama tidak ada unsur-unsur menegakkan fahaman Qadariyyyah.

SAUR BIN YAZID BIN ZIYAD AL-KILA’IE ABU KHALID AL-HIMSI (150H)

SAUR BIN YAZID BIN ZIYAD AL-KILA’IE ABU KHALID AL-HIMSI (150H)

ثَوْرٍ بن يزيد بن زياد الكلاعي ابو خالد الحمصي

 

Dilahirkan di Syam dan meninggal di Baitul Maqdis. Pernah sampai ke Madinah.

 

Datuknya bernama ZIYAD AL-KILA’I adalah orang yang terbunuh dalam perang Siffin yang ketika itu berpihak kepada Muawiyyah.

 

Saur ini, apabila disebut nama Saidina Ali, dia akan berkata: aku tidak suka orang yang bunuh datuk aku.

 

Dari sudut Jarh, ada beberapa kritikan terhadap beliau. Antaranya, orang mendakwa bahawa dia berfahaman QADARIYYAH. Antara yang mengatakan begitu adalah Ibn Hibban, al-Ijli, Al-Saji, Abu Hatim bin Habban al-basti, Ahmad bin Hambal, Ahmad bin Soleh al-Misri, Ibn Hajar al-Asqalani, al-Zahabi,

 

Bahkan, lebih meragukan apabila Imam malik yang terkenal dengan tegas dengan riwayat ahli Bid’ah didapati tidak mengambil hadis SAUR.

 

Namun begitu, terdapat yang memuji beliau. Yahya bin Main pernah kata, aku tidak pernah lihat orang yang paling siqah di syam. Ibn Hibban bubuh dalam senarai siqah. Al-Sauri, Ibn Uyaynah dan Yahya Qattan ambil hadis darinya.

 

Dalam kalangan Imam Kutub Sittah, hanya Imam Muslim sahaj tidak ambil riwayatnya. Walaubagaimana pun, dia dianggap perawi yang HASAN.

 

 

SA’ID BIN ABI ‘ARUBAH (156H)

 SA’ID BIN ABI ‘ARUBAH (156H)

 سعيد ابْنِ أَبِي عَرُوبَةَ

 

Nama lain dia adalah ABU AL-NADHR BIN MIHRAN AL-‘ADAWI. Ulama berasal dari Basrah ini adalah Rijal Kutub Sittah. Dia seorang siqah sepertimana kata Yahya bin Ma’in dan Abu Zur’ah, tetapi masih lagi terbuka kepada kritikan dari sebilangan ulama hadis.

 

Menurut Imam Ahmad, hadis-hadis riwayatnya tidak berkitab; semuanya berdasarkan hafalannya.

 

Walaupun begitu, terdapat beberapa kritikan terhadap dirinya.

 

Pertama, QADARIYYAH.

 

Ahmad bin Hanbal mengatakan bahawa dia seorang yang berfahaman Qadariyyah. Pun begitu, dia tidak menyebarkan fahamannya itu serta dia sembunyikan fahamannya dari diketahui orang ramai.

 

Kedua, TADLIS.

 

Al-Zahabi mengatakan bahawa dia seorang mudallis. Menurut Ahmad bin Hanbal pula, individu yang dia tadliskan itu adalah al-Hakam, al-A’mash, Hammad, Amru bin Dinar, Hisyam bin Urwah, Ismail bin Abi Khalid, Ubaidullah bin Umar, Abi Busyr, Ibn ‘Aqil, Zaid bin Aslam, Umar bin Abi Salamah dan Abu Zinad. Semua nama yang disenaraikan oleh Ahmad bin Hambal bahawa Sa’id mendengar pun hadis dari mereka, tetapi dia tadliskan mereka ini.

 

Ketiga, IKHTILAT.

 

Abu Hatim mengakui bahawa dia adalah siqah. Namun, mengatakan juga bahawa dia seorang ikhtilat sebelum kematiannya.

 

Walaubagaimana pun, hadis ke-33 sunan Abu Daud, ISA BIN YUNUS ambil hadis dari SA’ID BIN ARUBAH sebelum dia Ikhtilat lagi.

 

Riwayatnya boleh diterima, tetapi dalam tahap hasan.

Saturday, March 26, 2022

HISHAM BIN ABI ABDILLAH AL-DASTUWAIE (74H-154H)

 HISHAM BIN ABI ABDILLAH AL-DASTUWAIE (74H-154H)

هِشَامٍ بن ابي عبدالله الدستوائي

 

Salah seorang rijal al-Kutub al-Sittah ini berasal dari Basrah dan pernah sampai ke Syam. Dia adalah bapa kepada Muaz bin Hisham dan juga dari kalangan Tabie al-Tabiin.

 

Dia mendapat gelaran al-Dastuwai الدستوائي yang berasal dari tempat bernama Dastuwa (sekarang di salah satu tempat di Iran), bukan kerana dia berasal dari sana. Dikatakan bahawa dia seorang saudagar kain yang hampir semua kain dia ambil dari Dastuwa sehingga dia mendapat gelaran al-Dastuwaie.

 

Dalam kitab al-Siyar, al-Imam al-Zahabi ada menyatakan bahawa Hisham adalah seorang al-Qadari, al-Muktazili, al-Jahmmi dan syiah al-Rafidhi. Namun, didapati bahawa dia tidak pernah menyeru manusia kepada aliran fahaman bid’ah yang dia anuti.

 

Dengan sebab itu, kebanyakkan ulama hadis menerima dan beramal dengan riwayatnya.  Turut mengakui hal ini adalah Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibn Sa’id.

 

Dalam pada itu, tidak sedikit juga dari kalangan ulama hadis yang berhati-hati dengan riwayatnya. 

 

Sepertimana kita tahu, antara ulama yang amat keras dan tegas terhadap Ahli Bid’ah adalah Imam Malik. Hal ini berbeza dengan pendekatan sebilangan ulama hadis seperti Imam Bukhari dan Muslim yang masih lagi menerima riwayat ahli Bid’ah, tetapi dengan syarat-syarat yang ketat; antara syarat-syaratnya adalah  kandungan matan hadis riwayatnya tidak mempunyai sebarang unsur kebid’aahannya.

 

Namun begitu, imam Malik, Ibn Sirin dan sealiran dengan mereka lebih tegas. Mereka tidak akan terima sebarang riwayat dari ahli Bid’ah, walaupun kandungan matan hadis itu tidak menyeru kepada fahamannya.

 

Memahami ini, tidak hairan nama Hisham tidak terdapat langsung dalam Muwatta’.

 

Menurut beberapa kisah menarik berkenaan Hisham adalah, diceritakan bahawa dia tidak dapat tidur dalam keadaan pelita dipadamkan. Pernah suatu hari, isterinya bertanya berkenaan hal itu. Dia menjawab: Setiap kali pelita dipadamkan, aku teringat kegelapan alam kubur.

 

Dia perawi siqah dan sahih. Namun, jika dalam riwayatnya ada unsur menegakkan fahaman bid’ahnya, maka riwayat tersebut tidak boleh diterima.

Friday, March 11, 2022

SA’ID BIN ABI ‘ARUBAH (157H)

 SA’ID BIN ABI ‘ARUBAH (157H)

سَعِيدُ بْنُ أَبِي عَرُوبَةَ

 

Dia juga ulama Basrah ini adalah rijal al-Kutub al-Sittah. Nama sebenar bapanya adalah Mihran, tetapi lebih dikenali dengan panggilan Abu ‘Arubah.

 

Dalam kalangan ulama hadis, terdapat beberapa TAJRIH terhadap beliau.

 

Pertama, BERFAHAMAN QADARIYYAH

 

Hal ini dinyatakan oleh Ahmad bin Hanbal dan diulang sebut oleh al-Zahabi. Pun begitu, Ahmad menyatakan bahawa dia menyembunyikan fahamannya itu.

 

Kedua, TADLIS

 

Ini disebut oleh al-Sayuti, al-Nasaie dan al-Asqalani.

 

Ketiga, IKHTILAT

 

Dikatakan sebelum dia meninggal dunia, hafalannya semakin celaru. Antara ulama yang kata begitu adalah Abu Nuaim, Ibn Sa’ad, al-Zahabi, Ibn ‘Adi,

 

al-‘Ala’ie menyatakan, antara ulama yang mendengar hadis darinya selepas dia ikhtilat adalah Waki’ bin al-Jarrah, al-Mu’afa bin Imran al-Musili.

 

Yahya bin Ma’in pula kata, dia ikhtilat pada tahun 142 hijrah, sedangkan dia meninggal tahun 157 Hijrah.

 

Walaubagaimana pun, ada sebilangan ulama anggap dia siqah seperti Ibn Sa’ad, tambahan pula dia salah seorang rijal al-Kutub al-Sittah. Dengan itu, dia dianggap perawi yang hasan.

ABD AL-‘ALA BIN AL-A’LA AL-SAMI (189H)

 ABD AL-‘ALA BIN AL-A’LA AL-SAMI (189H)

عَبْدُ الْأَعْلَى ابن الأعلي السامي

 

Ulama Basrah ini adalah salah seorang rijal al-Kutub al-Sittah. Pun begitu, terdapat beberapa kritikan terhadap beliau seperti Ibn Sa’ad kata dia tidak kuat, dan al-Zahabi mengatakan dia dituduh sebagai penganut fahaman al-Qadariyyah.

 

Walaupun begitu, dia adalah perawi sahih. Namun, sebarang hadis riwayatnya yang kandungan matannya ada unsur mengangkat fahaman qadariyyah, hadis itu boleh dipertaikaikan.