Showing posts with label BUKHARI. Show all posts
Showing posts with label BUKHARI. Show all posts

Friday, June 16, 2023

KATHIR BIN MURRAH

 

كَثِيرِ بْنِ مُرَّةَ الْحَضْرَمِيِّ

[] KATHIR BIN MURRAH AL-HADHRAMI AL-RAHAWI @ ABU SYAJARAH (ada kata: ABU AL-QASIM AL-HIMSI[1])

 

[] ada sebilangan ulama keliru dengan anggap dia sebagai sahabat[2]. Namun, dia adalah MUKHADRAM[3].

 

[] Dia adalah penduduk Syam[4]. Dia pernah sampai HADHRAMAUT dan HIMS.

 

[] kata ABU MUSHIR, dia sempat era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN[5].

 

Dia meninggal bersama dengan ABU UMAMAH AL-BAHILI. Ada kata, sebelumnya lagi.

 

[] dia adalah Rijal al-Bukhari[6].

 

[] KOMENTAR:

A.                  IBN SAAD, AL-IJLI & IBN HIBBAN kata, dia siqah[7]. Demikian juga  AL-JILI dan ZAHABI.

B.                  NASAIE kata, dia لا بأس به[8]

C.                  IBN KHIRASH kata, dia soduq[9].

ASQALANI kata, siqah[10].



[1] Masyariq:1/131

[2] mursyid:1/71

[3] Masyariq:1/131

[4] Masyariq:1/131

[5] Masyariq:1/131

[6] Masyariq:1/132

[7] Masyariq:1/131 | mursyid:1/71

[8] Masyariq:1/131 | mursyid:1/71

[9] mursyid:1/71

[10] mursyid:1/71

Monday, October 31, 2022

ABU KHALDAH (152H)

ABU KHALDAH (152H)

                                                                                                                                                         أَبُو خَلْدَةَ 


Nama sebenarnya adalah KHALID BIN DINAR AL-TAMIMI AL-SA’DI AL-BASRI

 

Selain ilmuan hadis, beliau juga seorang tukang jahit.

 

KOMENTAR ULAMA; (Manhal:1/289)

(a)                 Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, AL-NASAIE, AL-IJLI, AL-DARAQUTNI, IBN SA’AD, YAZID BIN ZURAYI’, AL-TARMIZI, OSMAN BIN SA’AD & IBN ABD AL-BAR

(b)               AHMAD kata, dia syaikh siqah.

(c)                IBN MAHDI kata, dia soduq.

(d)               AL-TARMIZI kata, dia siqah dalam kalangan ahli hadis. (Bazl:1/183)

 

Dia adalah rijal al-bukhari, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan ibn Majah.


Perawi ini tersebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-87

Tuesday, October 25, 2022

ALQAMAH BIN QAIS (28SH-62H)

 ALQAMAH BIN QAIS (28SH-62H)

عَلْقَمَةَ بن قيس

 

Nama penuhnya adalah ALQAMAH BIN QAIS BIN ABDILLAH BIN MALIK BIN ALAQAMAH AL-NAKHAIE AL-KUFI. Dia dipanggil ABU SYIBL.

 

Dia merupakan ahli fiqh di Kufah, alim, ahli qari, ahli tafsir dan ahli hadis.

 

Dia dilahirkan pada hayat hidup nabi, dan meriwayatkan hadis dari ramai sahabat termasuk khalifah yang empat. (Manhal:1/286)

 

Dia tinggal di Kota al-Kufah di Iraq dan melazimi ABDULLAH BIN MAS’UD dan belajar dari sahabat besar tersebut.

 

Dalam al-Isabah, Ibn Hajar ada menukilkan perkataan Abdullah bin Mas’ud yang berkata:

 

ما أقرأ شيئًا ولا أعلمه إلا وعلقمة يقرؤه ويعلمه

Aku tidak membaca sesuatu, aku tidak mengetahui sesuatu kecuali Alqamah membacanya dan mengetahuinya.

 

Pengetahuan dia terhadap fiqh dan fatwa amat luas. Dianggap orang alim selepas Ali dan Ibn mas’ud sehingga ada setengah sahabat bertanya fatwa darinya. (al-Zahabi, al-Siyar).

 

Dia meninggal di era pemerintahan YAZID BIN MUAWIYAH ketika umurnya 90 tahun.

 

Dalam al-Siyar, AL-ZAHABI ada bawakan riwayat bahawa sebelum dia meninggal dunia, dia ada memberi wasiat;

 

إذا أنا حضرت فأجلسوا عندي من يلقنني: لا إله إلا الله، وأسرعوا بي إلى حفرتي، ولا تنعوني إلى الناس، فإني أخاف أن يكون ذلك نعيًا كنعي الجاهلية

“Apabila aku dekat dengan kematian, dudukkan orang yang yang mahu talkinkan aku dengan LA ILAHA ILLA ALLAH. Segerakan hantar aku ke kubur untuk dikebumikan. Tidak perlu bagitahu kepada orang ramai, sebab aku bimbang orang meratap sepertimana ratapan jahiliyyah”

 

AL-SAHRANPURI kata, AL-ASWAD dan ABDUL RAHMAN (bapa saudara kepada IBRAHIM AL-NAKHAIE) yang kedua-dua ini adalah anak kepada YAZID BIN QAIS; kedua-dua ini adalah anak saudara kepada ALQAMAH. Yazid adalah ABANG kepada ALQAMAH (Bazl:1/182)

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                Dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN dan AHMAD. Cuma, Ahmad tambah lagi: dia siqah dan dia dari kalangan ahli kebaikan (manhal:1/286)

(b)               WALIYUDDIN AL-IRAQI kata, ulama sepakat kehebatan, ketekunan dan kemuliaannya dari sudut ilmu dan amalan agama. (Tawassut:2/616)

(c)                ABDULLAH BIN MAS’UD ada berkata, aku tidak membaca dan tidak tahu kecuali perkara itu sudah dibaca dan diketahui oleh ALQAMAH (Tawassut:2/616)

(d)               IBRAHIM AL-NAKHAIE kata, dalam kalangan murid ABDULLAH BIN MAS’UD yang mereka membaca al-Quran dan tahu pasal Sunnah adalah ALQAMAH.

(e)               AL-ZAHABI kata, dia al-imam al-hafiz amat baik dan seorang mujtahid besar.

 

Dia adalah rijal Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan al-nasaie. Hanya ibn Majah sahaja tidak riwayatkan hadis.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 85.

Thursday, September 29, 2022

ABU MUAWIYAH (113H-194H)

ABU MUAWIYAH (113H-194H)

أَبُو مُعَاوِيَةَ

 

Nama sebenarnya adalah MUHAMMAD BIN KHAZIM AL-DHORIR AL-TAIMIY AL-SA’DIY AL-KUFI.

 

Dilahirkan di Kufah dan hidup sekitar Baghdad dan Kufah.

Abu Daud kata, dia buta sewaktu umurnya 4 tahun. Ada pula kata, sewaktu umurnya 8 tahun.

 

Dia antara murid kepada AL-‘MASH yang paling lama, dikatakan sehingga 20 tahun. Sehinggakan dia orang yang paling hafal hadis AL-‘AMASH.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                AL-BAIHAQI kata, dia hujjah. Para huffaz sepakat terima.

(b)               ABU HATIM AL-RAZI kata, selepas AL-A’MASY dan AL-SAURI, orang yang paling sabat adalah ABU MUAWIYAH AL-DHARIR.

(c)                AL-HAKIM kata, dia murid AL-A’MASH yang paling hafiz.

(d)               ABU YA’LA AL-KHALILI kata, dia siqah muttafaq alaih.

(e)               AL-NASAIE kata, dia siqah pada hadis AL-‘AMASH.

(f)                 AL-DARAQUTNI kata, dia antara ahli siqah yang tinggi.

(g)                ALI BIN AL-MADINI kata, dia siqah.

(h)               WAKI’ kata, aku tidak pernah jumpa orang yang amat tahu berkenaan hadis al-‘Amash kecuali dia.

 

KOMENTAR NEGATIF;

(a)                ABU ZUR’AH AL-RAZI kata, dia murjiah dan menyeru kepada fahaman dia.

(b)               Dikatakan fahaman MURJIAN itu, WAKI’ tidak hadir solat jenazahnya

(c)                AHMAD BIN HAMZAH BIN ABI TAHIR kata, dia selalu tadlis.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

(a)                AL-ZAHABI, AL-SAUDIS & ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia hafiz mutqin tetapi dia berfahaman MURJIAH

(b)               AHMAD BIN HANBAL kata, dia hafaz betul-betul hadis al-‘Amash sahaja. selain itu, berlaku mudhtarib.

(c)                 AL-ASQALANI kata, dia siqah dan tertuduh berfahaman MURJIAH. Dia paling hafal hadis AL-‘AMASH dan berlaku waham pada hadis orang lain.

(d)               AL-WAQIDI kata, dia siqah dan banyak riwayat hadis. namun, tadlis dan berfahaman murjiah.

(e)               YAHYA BIN MAIN kata, dia sabat pada hadis AL-‘AMASH ambil dari JARIR. Tetapi, hadis al-‘amash tanpa dari jarir, itu boleh berlaku silap. Andai dia riwayatkan hadis daripada UBAIDULLAH BIN UMAR, semua hadisnya mungkar.

(f)                 IBN KHIRASH kata, dia soduq; dia ambil hadis dari al-A’mash, maka dia siqah. Selain dari AL-‘AMASH, dia IDHTIRAB.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.

Monday, September 19, 2022

‘UMARAH BIN AL-QA’QA’

  ‘UMARAH BIN AL-QA’QA’

عُمَارَةَ بْنِ الْقَعْقَاعِ

 

Nama penuhnya adalah ‘Umarah bin al-Qa’qa’ bin Syibrumah al-Dhobbi. Ulama Kufah ini siqah dan beliau adalah rijal al-Kutub al-Sittah. 

Wednesday, August 17, 2022

BISYR BIN MUHAMMAD (224H)

 BISYR BIN MUHAMMAD (224H)

بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ

 

Namanya adalah ABU MUHAMMAD BISYR BIN MUHAMMAD AL-SAKHTIYANI AL-MARUZI.

 

Digelar sebagai SAKHTIYANI kerana kerjanya adalah menjual barang kulit.

 

Abu hatim kata, dia seorang penganut fahaman Murjiah. Al-Asqalani pula kata, dia soduq serta  dituduh sebagai Murjiah.

 

Namanya hanya ada dalam sahih al-Bukhari sahaja. Dalam sunan lain tidak terdapat namanya.

Thursday, July 28, 2022

AHMAD BIN ABDULLAH BIN ABI SYUAIB (233H)

 AHMAD BIN ABDULLAH BIN ABI SYUAIB (233H)

أَحْمَدُ  بْنُ أَبِي شُعَيْبٍ

 

Nama penuhnya adalah AHMAD BIN ABDULLAH BIN ABI SYUAIB BIN MUSLIM AL-UMAWI AL-HARRANI. Digelar dengan panggilan ABU AL-HASAN. Berasal dari HARRAN.

 

Dia adalah guru al-Bukhari, Abu Daud dan al-Nasaie, dan rijal al-Tarmizi dan Ibn Majah.

 

Abu Zur’ah kata, dia siqah yang soduq.

Tuesday, July 12, 2022

MUHAMMAD BIN YAHYA BIN FARIS (172H-258H)

 MUHAMMAD BIN YAHYA BIN FARIS (172H-258H)

مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ  بن فَارِسٍ

 

Nama sebenarnya adalah MUHAMMAD BIN YAHYA BIN ABDULLAH BIN KHALID BIN FARIS BIN ZUAIB AL-ZUHLI AL-NAISABURI. Beliau mendapat gelaran al-hafiz dalam bidang hadis.

 

Dia adalah penduduk al-Naisaburi (Iran) dan kealimannya dalam bidang hadis di sana sehingga digelar Imam al-Hadis di khurasan.

 

Dia pernah sampai Baghdad, basrah, yaman, Hijaz, mesir, Syam dan sebagainya.

 

Dia adalah Guru kepada al-Bukhari, Abi Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan ibn Majah. Tidak didapati namannya dalam MUSLIM.

 

Mungkin perlu diambil perhatian, bahawa al-Bukhari Kadangkala menyebut namanya dengan محمد kadangkala guna محمد بن عبدالله kadangkala guna محمد بن خالد

 

Dia adalah siqah lagi sahih.


** 

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى النَّيْسَابُورِيُّ

[] MUHAMMAD BIN YAHYA BIN ABDILLAH BIN KHALID BIN FARIS BIN ZUAIB ذئيب AL-ZUHLI الذهلي @ ABU ABDILLAH AL-NAISABURI[1] (166H[2] -252H[3])

 

[] Dia pernah sampai ASBAHAN, AL-RAY, NISABUR, MADINAH, MEKAH, WASIT, BAGHDAD, BASRAH, YAMAN, HIJAZ, MESIR dan SYAM dan dia berakhir mencari ilmu dan meninggal di Khurasan.

 

[] Ulama berbeza pendapat berkenaan tarikh matinya. Ibn Qani’ kata, 252 hijrah; ada pula kata, 256 hijrah; Abu Bakar bin Ziyad kata, 257 hijrah. Abu Hamid bin al-Syarqi dan Abu Abdillah bin al-Akhram kata, 258 hijrah. Menurut AL-KHATIB, telah sampai maklumat kepadaku bahawa dia meninggal ketika umurnya 86 tahun[4].

 

[] MUHAMMAD BIN SAHL BIN ‘ASKAR kata: kami bersama Ahmad bin Hanbal. Tiba-tiba AL-ZUHLI masuk. Ahmad pun berdiri kepadanya. Ramai manusia di situ kaguminya. Kemudian Ahmad berkata kepada anak-anak dan murid-muridnya: Pergilah belajar hadis dengan Abu Abdillah. Dan tulislah hadis darinya[5].

 

[] Ibn Abi Hatim berkata: aku dengar bapaku berkata: Muhammad bin Yahya adalah Imam pada zamannya. Bapaku tulis hadinya di Ray (Iran)[6].

 

[] AL-JUZAJANI ada bercerita: aku berjumpa dengan AHMAD BIN HANBAL. Dia berkata: apakah kamu mahu pergi Basrah? Aku jawab: ya. Dia pun kata: apabila kamu sampai di Basrah, kamu lazimilah Muhammad bin yahya dan dengarkan hadis darinya. Aku tidak jumpa seorang pun orang khurasan yang amat tahu hadis al-zuhri menandingi dia.

 

[] AL-BUKHARI riwayatkan hadisnya tanpa sarih. Kadangkala disebut MUHAMMAD; kadangkala sebut MUHAMMAD BIN ABDULLAH; kadangkala sebut MUHAMMAD BIN KHALID. Tanpa disebut MUHAMMAD BIN YAHYA sepertimana yang IBN MAJAH sebut[7].

 

[] Dia ada karang dua buah kitab, iaitu kitab ILAL HADIS AL-ZUHRI dan KITAB AL-TAWAKKUL.

 

[] Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah menyebut namanya. Muslim pula tidak meriwayatkan hadisnya[8].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Dia rijal al-Jamaah kecuali Muslim[9].

B.                  ABU HATIM kata, dia siqah soduq[10].

C.                  NASAIE kata, dia siqah ma’mun[11].

D.                 IBN ABI DAUD kata, dia amirul Mukminin hadis[12]. hal yang sama diakui oleh ABDULLAH BIN SULAIMAN dalam tarikh Baghdad.

E.                  IBN KHIRASH kata, dia salah seorang imam dalam ilmu[13].

F.                   KHATIB kata, dia salah seorang imam ‘arifin; huffaz yang mutqin; siqah ma’mun[14].

G.                 AL-ZUHRI anggap dia baik. [15]

H.                 NASAIE kata dalam “Masyikhatih”, dia siqah sabat dan salah seorang imam hadis[16].

I.                    IBN KHUZAIMAH kata, dia imam pada zamannya tanpa dibantah oleh seorang pun[17].

J.                    ALI AL-MADINI pernah kata kepadanya, kamu adalah Waris al-Zuhri[18].



[1] Masyariq:1/241

[2] Ada kata, dia dilahirkan pada 172 hijrah

[3] Ali bin Adam kata, dia meninggal pada 258 hijrah. (mursyid:1/98) Abdullah bin Muhammad bin Ziyad al-Nisaburi pula kata, tahun 257 hijrah.

[4] Masyariq:1/241

[5] Masyariq:1/241

[6] Masyariq:1/241

[7] Masyariq:1/241

[8] Masyariq:1/241

[9] Masyariq:1/242

[10] Masyariq:1/241

[11] Masyariq:1/241

[12] Masyariq:1/241

[13] Masyariq:1/241

[14] Masyariq:1/241

[15] Masyariq:1/241

[16] Masyariq:1/241

[17] Masyariq:1/241

[18] Masyariq:1/241