ISMAIL BIN ‘AYYASH
(108H-181H)
اسماعيل ابْنُ عَيَّاشٍ
Ulama hadis dari syam ini, nama penuhnya adalah ABU
‘UTBAH ISMAIL BIN ‘AYYASH BIN SULAIM AL-HIMSHI الحمصي.
Ulama yang mensiqahkan dia adalah Imam al-Bukhari, Ahmad bin Hanbal,
Yahya bin Ma’in, Ibn ‘Adi dan kalangan ulama syam. Namun, penduduk al-Hijaz
menganggap dia doif. Bahkan, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah meriwayatkan
hadis darinya.
Dia diakui sabat semasa dia berada di Syam. Tetapi,
selepas dia berpindah—keluar dari syam, didapati banyak berlaku idhtirab
dan kesalahan pada
riwayatnya. Dianggap sebagai ikhtilat.
Ini menurut apa yang disebut oleh ramai ulama hadis;
antaranya adalah Abu Ahmad al-Hakim, Abu Ahmad bin ‘Adi al-Jurjani, Abu Ishaq
al-Fazzari, Abu al-Qasim bin Bisykawal, Abu Bishr al-Dulabi, abu Bakar
al-Baihaqi, Abu Ja’far al-‘Uqaili, Ibn al-Jawzi, Abu Hatim bin Habban al-Basti,
Abu Zur’ah al-Razi, Ahmad bin Hanbal, al-Nasaie, Ibn Hajar al-‘Asqalani,
al-Hakam bin Nafi’ al-Bahrani, al-Duhaim al-Dimasyqi, Ali bin al-Madini, Amru
bin al-Fallas, al-Bukhari, Muhammad bin Abdullah al-Barqi, Osman bin Abi
Syaibah, Yaaqub bin Syaibah al-Sadusi.
Justeru, riwayatnya sahih jika dia riwayatkan itu
semasa dia di Syam. Tetapi, selepas dia berpindah dari Syam, maka hadisnya
tidak boleh dibuat hujah.
No comments:
Post a Comment