SAHABAT(K): ABU MA’AN MASLAMAH BIN MUKHALLAD AL-ANSARI AL-ZARQI (1H-62H)
ابو معن مَسْلَمَةَ بْنَ
مُخَلَّدٍ الأنصاري الزرقي
Ulama khilaf berkenaan
statusnya. Al-Imam al-Bukhari, al-Daraqutni dan al-Zahabi anggap dia adalah
SAHABAT. Sedangkan al-Imam Ahmad dan Abu Hatim kata, dia sekadar MUKHDARAM
sahaja.
Kekhilafan ini berlaku kerana dia dilahirkan
di Mesir pada 1 hijrah. Bahkan ada riwayat kata, dia dilahirkan pada 4 Hijrah.
Jika dia dianggap
sebagai sahabat, sudah pasti dia berjumpa dengan nabi saw, sedangkan baginda
wafat tahun 11 hijrah yang ketika itu umurnya adalah 11 tahun (atau: 7 tahun).
Tidak dinafikan,
memang dia pernah sampai di Madinah, tetapi tidak ada satu bukti yang
dipercayai bahawa semasa dia sampai di Madinah ketika Nabi saw masih hidup.
Walaubagaimana pun, dikatakan
dia bersama Amru bin al-As dihantar oleh
Saidina Umar untuk pembukaan Mesir. Turut sama dengan mereka adalah Syarik bin Summiy
al-Muradi al-Ghatifi dan Abu Salim al-Jaisyani.
Di era
Muawiyyah menjadi Khalifah, dia dilantik menjadi gabenor Mesir. Kemudian, ditambah
untuk menjadi gabenor di Maghribi
Pada era
Saidina Ali, tercetus perang Siffin, dia di pihak Muawiyyah. Selepas Muawiyyah
meninggal, dia tetap menjadi gabenor dia dua wilayah ini pada Era Yazid.
Dia adalah
orang yang mula-mula yang membuat Menara masjid untuk azan.
Walaupun dia lahir di Mesir dan pernah sampai
di Madinah, kemudian ke mesir pula di era Muawiyyah, pendapat masyhur
menyatakan bahawa dia meninggal di Madinah. Ibn Yunus pula mendakwa, dia
meninggal di Mesir, iaitu di Iskadariyyah.
No comments:
Post a Comment