ABU BURDAH BIN ABI MUSA AL-ASYARI (103H)
أبو بردة بن ابي موسي الأشعري
Dia adalah anak kepada
Abu Musa al-Asya’ari. Dikatakan Abu Burdah bukan Namanya yang sebenar. Di sana
terdapat dua riwayat dalam menyatakan namanya yang sebenar, iaitu ‘Amir atau
al-Haris.
Abu Musa yang
merupakan bapanya, itu juga bukan nama
sebenarnya. Nama sebenar Abu Musa adalah ABDULLAH BIN QAIS.
Abu Burdah adalah
seorang tabiiin. Dia dilahirkan di Basrah dan meninggal di Kufah. Pada era
pemerintahan al-Hajjaj Yusuf al-Saqafi, dia pernah dilantik menjadi Qadhi.
Riwayatnya diterima
kerana dia salah seorang dari rijal kutub al-Sittah.
No comments:
Post a Comment