SAHABAT: AL-MUHAJIR BIN QUNFUZ
الْمُهَاجِرِ بْنِ
قُنْفُذٍ
Nama
penuhnya adalah AMRU BIN KHALAF BIN UMAIR BIN JUD’AN BIN KA’AB BIN SA’ID BIN
TAIM BIN MURRAH.
Dari
sini dapat diketahui bahawa al-Muhajir adalah gelarannya, sedangkan nama
sebenarnya adalah AMRU. Demikian juga nama Qunfuz bukan nama sebenar bapanya,
tetapi KHALAF.
Dia
dari bangsa Quraish dan dilahirkan di Mekah dan tinggal di Madinah. Selepas
itu, dia berhijrah ke Basrah dan dan meninggal dunia di situ.
Jika
dibaca sejarah Hilf al-Fudhul, iaitu kisah di era sebelum baginda belum
dilantik menjadi Nabi, baginda saw ada menyebut satu hadis berikut;
لَقَدْ
شَهِدْتُ فِي دَارِ عَبْدِ اللهِ بْنِ جُدْعَانَ حِلْفًا مَا أُحِبُّ أَنَّ لِيَ
بِهِ حُمْرَ النَّعَمِ، وَلَوْ أُدْعَى بِهِ فِي الْإِسْلَامِ لَأَجَبْتُ
“aku saksikan di rumah Abdullah bin Jud’an satu
perjanjian yang ia amat aku sukainya berbanding unta merah. Andai aku diseru di
era Islam, sudah pasti aku akan sahuti seruan tersebut” (al-Sunan al-Kubra,
al-Baihaqi, hadis no: 13080)
Abdullah
bin Jud’an dalam hadis ini adalah atuk saudaranya, iaitu bapa saudara kepada
bapanya.
Ulama
khilaf, bilakah dia memeluk Islam. Ada kata, dia memeluk islam semasa sejarah pembukaan
kota mekah. Ada sebilangan yang lain kata, dia masuk islam sebelum hijrah lagi.
Hal
ini merujuk kepada satu kisah bahawa ketika berlaku hijrah, orang musyrik
tangkap dia dan siksa dia. Namun, dia berjaya lepaskan diri dan lari ke
Madinah. Kejadian itu, Nabi saw ada sebut:
هذا المهاجر
حقا
“Ini adalah Muhajir (orang yang berhijrah) yang sebenar”
(al-Sindi, tidak diketahui sanadnya)
No comments:
Post a Comment