Showing posts with label BUKHARI TA'LIQ. Show all posts
Showing posts with label BUKHARI TA'LIQ. Show all posts

Tuesday, October 25, 2022

DAUD BIN ABI HIND (137H)

 DAUD BIN ABI HIND (137H)

دَاوُدَ بن ابي هند

 

Nama sebenarnya bapanya adalah DINAR BIN ‘AZAFIR. Ada pihak kata, nama bapanya adalah TOHMAN AL-BASRI.

 

Dia dipanggil dengan ABU MUHAMMAD AL-KHURASANI AL-BASRI. Ada kata, ABU BAKAR.

 

Dia terkenal dengan alim dalam bidang Tafsir dan hadis, serta bekerja sebagai tukang jahit.

 

Dia bukan sekadar penduduk basrah, bahkan mufti yang menjadi rujukan hukum di basrah pada zamannya.

 

Dia adalah seorang tabiin. Dia pernah melihat ANAS BIN MALIK. Cukup seseorang itu dianggap tabiin, hanya dia pernah melihat sahabat sahaja (tasawwut:2/615)

 

Menurut ABU HATIM AL-BASTI, DAUD terkenal dengan warak dan kelebihan. Ramai orang menggelarkan dia Daud al-Qari.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                Dianggap SIQAH oleh AL-IJLI, IBN MA’IN, ABU HATIM & AL-NASAIE (manhal:1/286)

(b)               WALIYUDDIN AL-IRAQI kata, dia hafiz imam mutqin dan muttafaq alaih (Tawassut:2/615)

(c)                 AL-SAURI kata, dia seorang huffaz dari kalangan penduduk basrah (Manhal:1/286, Bazl:1/181)

(d)                YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah sabat (manhal:1/286)

(e)               IBN SA’AD kata, dia siqah dan banyak riwayat hadis (manhal:1/286)

(f)                 HAMMAD BIN ZAID kata, aku tidak pernah jumpa ulama yang lebih faqih berbanding daud.

(g)                Kata anak Ahmad bin Hanbal, iaitu ABDULLAH bahawa bapanya pernah sebut, DAUD adalah siqah 2x. (Bazl:1/181)

(h)               YAZID BIN ZURAI’ kata, DAUD adalah mufti penduduk Basrah.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN

(i)                  IBN HIBBAN kata, dia ada riwayatkan hadis dari ANAS lima hadis tanpa dia dengar lima hadis itu dari ANAS. Dia adalah penduduk basrah yang terpilih mutqin dalam periwayatan. Namun, dia sering waham apabila dia riwayatkan hadis secara hafazan (manhal:1/286)

 

KOMENTAR NEGATIF:

(j)                  Daripada AL-ASRAM bahawa AHMAD kata, dia banyak idhtirab dan ikhtilaf (manhal:1/286)

 

Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari sekadar riwayat secara ta’liq dan istisyhad sahaja.

Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 85.

Sunday, September 11, 2022

USAMAH BIN ZAID (153H)

 USAMAH BIN ZAID (153H)

 أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ

 

Ulama hadis Madinah ini sama nama dengan sahabat Nabi bernama USAMAH BIN ZAID (meninggal 54 Hijrah). Dia digelar dengan ABU ZAID AL-LAISI AL-MADANI.

 

Dia adalah seorang ulama yang alim dalam ilmu hadis di era Atba’ al-Tabiin.

 

PENDAPAT ULAMA;

a.                  Antara yang kata dia siqah adalah Ahmad, Ibn Ma’in, Abu Ja’far al-Tahawi, ibn al-Madini dan al-Ijli

b.                  Al-Sahranpuri kata, dia adalah hasanul hadis.

c.                   Al-Jurjani kata, hadisnya tidak ada apa-apa.

d.                  Abu Hatim kata, hadisnya ditulis tetapi tidak boleh dibuat hujah.

e.                  Ahmad kata, laisa bi syai’.

f.                    Ahmad juga kata di tempat lain dia doif.

g.                   Abu al-Qasim al-Bisykawal kata, dia maqbul al-Hadis. Baginya ada riwayat mungkar dari al-Zuhri.

h.                  Abdullah bin Ahmad bin Hanbal kata, dia ambil hadis dari Nafi’ hadis-hadis mungkar.

i.                    Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia soduq yang waham. Al-Bukhari sekali sekala riwayatkan dia secara ta’liq.

j.                    Al-Nasaie kata, dia tidak kuat.

k.                   Al-Daraqutni kata, al-Bukhari tinggalkan hadisnya.

l.                    Yahya bin Sa’id mendoifkannya.

m.                Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, dia buat silap.

n.                  Al-Nasaie kata, dia tidak kuat.

o.                  Al-Qattan tinggalkan riwayatnya semasa akhir hidupnya.

p.                  Ibn Hibban kata, dia buat silap dalam keadaan dial urus dalam menentukan kesahihan kitab.

 

Semua al-kutub al-sittah ambil riwayatnya. Cuma al-Bukhari sekadar riwayatkannya secara istisyhad sahaja.

Friday, August 19, 2022

ABU RAZIN MAS’UD BIN MALIK AL-KUFI AL-ASADI (85H)

 ABU RAZIN MAS’UD BIN MALIK AL-KUFI AL-ASADI (85H)

 أَبُو رَزِينٍ مسعود بن مالك الكوفي الأسدي

 

Ada orang kata, dia meninggal tahun 91 Hijrah. Namun, pendapat yang paling popular kata, dia meninggal tahun 85 Hijrah.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari tidak meriwayatkan hadisnya.

 

Dia dianggap siqah oleh Abu Zur’ah, al-Ijli dan disenaraikan oleh Ibn Hibban dalam al-Siqat. Kata Abu Hatim, menurut ceritanya dia terlibat dalam perang Siffin dan berpihak kepada Saidina Ali.Imam Bukhari riwayatkan hadisnya secara ta’liq dan dalam al-Adab al-Mufrad sahaja.

Saturday, August 13, 2022

MUHAMMAD BIN ‘AJLAN AL-QURASHI AL-MADANI (148H)

 MUHAMMAD BIN ‘AJLAN AL-QURASHI AL-MADANI (148H)

مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ القرشي المدني

 

Ulama Madinah ini dilahirkan di era pemerintahan Abdul Malik bin Marwan. Dia terkenal dengan ahli ibadat serta faqih. Dia ada halaqah ilmu di Masjid Nabawi, di situ dia menjawab soalan-soalan fiqh umat. Dia selalu inaikan janggutnya.

 

Ibn Uyaynah memuji Ibn ‘Ajlan. Namun, al-Zahabi kata, hadisnya tidak pernah sampai tahap sahih. Habis-habis tinggi pun, setahap hasan.

 

Yahya bin Sa’id kata, dia selalu mudhtarib jika hadis yang dia ambil itu dari NAFI’. Ibn hibban kata, dia seorang mudallis.

 

Dia adalah Rijal Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari tidak riwayatkan hadisnya kecuali secara ta’liq, dan Muslim juga tidak riwayatkan hadisnya kecuali secara secara mutaba-ah

Wednesday, July 20, 2022

ABU KAMIL (145H-237H)

 ABU KAMIL (145H-237H)

أَبُو كَامِلٍ

 

Nama sebenarnya adalah FUDHAIL BIN HUSIAN BIN TALHAH AL-JUHDARI AL-BASARI.

 

Guru Muslim, Abi Daud, al-nasaie. Al-Bukhari ambil riwayatnya secara ta’qliq sahaja. Dia adalah perawi siqah dan sahih.

Wednesday, June 15, 2022

BAHZ BIN HAKIM (140H)

 BAHZ BIN HAKIM (140H)

بَهْزُ بْنُ حَكِيمٍ

 

Nama penuhnya adalah BAHZ BIN HAKIM BIN MUAWIYYAH BIN HAIDAH AL-QUSYAIRI. Di panggil dengan ABU ABD AL-MALIK AL-BASRI.

 

Bapanya, Hakim adalah Tabiin. Sedangkan atuknya, Muawiyyah bin Haidah adalah Sahabat.

 

Dia meninggal pada tahun 140 Hijrah. Ada pendapat kata, dia meninggal pada tahun 160 Hijrah.

 

Pandangan ulama terhadapnya ada pelbagai sikap. Antara ulama yang kata dia siqah adalah Ibn Main, Ibn Madini, al-Tarmizi dan al-Nasaie. al-Hakim kata, dia siqah serta dihimpun hadisnya. Bahkan, ada beberapa tokoh siqah yang ambil hadis darinya, antara adalah al-Zuhri. Apabila para siqah ambil hadis darinya, itu sudah memadai untuk diterima riwayatnya. Ahmad bin Hambal dan Ishaq berhujah dengannya. Al-Zahabi kata, dia seorang Imam dan muhaddis. Yahya Bin Main kata, ramai para siqah riwayat hadis darinya. Bahkan kata: aku tidak nampak hadis mungkar yang dia riwayatkan. Aku berharap, para siqah ambil hadis darinya. Tidak mengapa pada hadisnya.

 

Namun begitu, Abu Hatim kata, hadisnya ditulis, tetapi tidak boleh dibuat hujah.  Abu Daud menyatakan bahawa dia boleh dibuat hujah.

 

Ibn Hibban pula kata, dia selalu buat silap sehingga dia ditinggalkan Jemaah dari kalangan imam kami. Ibn Hibban tidak masukkan namanya dalam kitab al-Siqat, bahkan memasukkan dalam KITAB AL-MAJRUHIN.

 

Imam Syafie kata, dia tidak hujjah di sisi Aku. Imam al-Bukhari pula kata, ulama hadis berbeza pendapat berkenaan dia.

 

Dia adalah rijal Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari ada riwayatkan hadisnya, tetapi secara ta’liq sahaja.

 

Walaupun begitu, dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 


Sunday, April 10, 2022

ABU JAA’FAR MUHAMMAD BIN ‘ALI BIN AL-HUSSAIN BIN ALI BIN ABI TALIB AL-HASHIMI AL-BAQIR AL-MADANI (57H-120H)

 ABU JAA’FAR MUHAMMAD BIN ‘ALI BIN AL-HUSSAIN BIN ALI BIN ABI TALIB AL-HASHIMI AL-BAQIR AL-MADANI (57H-120H)

أَبو جَعْفَرٍ محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب الهاشمي الباقر المدني

 

Dia dikenali dengan panggilan MUHAMMAD AL-BAQIR. Dalam kalangan syiah Imamiyyah dan Ismailiyyah, anggap dia sebagai imam ke-5, serta salah seorang imam ma’sum dan ahl al-Bait.

 

Dia digelar kalangan syiah sebagai AL-BAQIR kerana dianggap keilmuannya luas serta terserlah. Menurut orang syiah, gelaran itu kerana merujuk kepada satu hadis syiah berikut;

 

يا جابر، إنّك ستبقى حتّى تلقى ولدي محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب، المعروف في التوراة بالباقر. فإذا لقيته فأقرئه منّي السلام

“Wahai Jabir, Sesungguhnya kamu akan hidup sehingga kamu berjumpa dengan anak cucu aku yang bernama MUHAMMAD BIN ALI BIN AL-HUSAIN BIN ALI BIN ABI TALIB yang namanya terkenal dalam TAURAT, iaitu AL-BAQIR. Apabila kamu berjumpa dengannya, maka sampaikan salamku kepadanya” (Muhammad al-Risyhuri, mizan al-Hikmah, jld 1, hlm 126)

 

Bapanya dipanggilan dengan panggilan ALI BIN AL-HUSAIN AL-SAJJAD dan ALI ZAINUL ABIDIN. Ibunya bernama FATIMAH BINTI AL-HASAN BIN ALI BIN ABI TALIB.

 

Dilahirkan di Madinah—dikatakan 4 tahun sebelum berlaku kejadian KARBALA (61H). Dia meninggal di Madinah.

 

Dia sempat dengan atuknya, Saidina al-Husain selama 4 tahun. Serta sempat dengan ayahnya, ALI ZAINUL ABIDIN selama 39 tahun.

 

Dia berkahwin dengan dua orang isteri, iaitu UMMU FARWAH BINTI AL-QASIM dan UMMU HAKIM BIN ASID BIN AL-MUGHIRAH BIN AL-AKHNAS BIN SYURAIQ AL-SAQAFI.

 

Dia adalah siqah dan sahih. Namun, Ahmad berpesan bahawa andai ada dakwaan mengatakan dia ambil hadis dari UMMU SALAMAH, itu adalah dakwaan yang tidak benar.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Dalam al-Bukhari, ada disebut namanya secara ta’liq sahaja.

Friday, March 25, 2022

ASY’AS BIN ABDILLAH BIN JABIR AL-HUDDANNI

 ASY’AS BIN ABDILLAH BIN JABIR AL-HUDDANNI

أَشْعَثُ بن عبد الله بن جابر الحُدَّاني

 

Ulama asal Basrah ini adalah murid kepada Imam Malik dan dikira sebagai Tabiin kecil. Dia adalah rijal Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Imam Bukhari riwayatkan hadisnya secara ta’liq, dan tidak terdapat dalam muslim riwayatnya.

 

Dia dianggap ramai ulama hadis sebagai siqah dan sahih, tetapi ada satu kritikan sahaja, iaitu Abu Ja’afar al-‘Uqaili kata, pada hadisnya ada waham. Namun, dakwaan Abu Ja’far itu dibantah oleh al-Zahabi.

Monday, February 28, 2022

MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)

 MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)

مُحَمَّدَ بْنَ إِسْحَاقَ

 

Dia adalah ulama yang terkenal mengarang kitab Sirah Ibn Ishaq. Dilahirkan di Madinah dan meninggal dunia di Baghdad.

 

Nama penuhnya adalah Muhammad bin Ishaq bin Yasar. Menurut Al-Zahabi kata, dia pernah jumpa Anas bin Malik dan Ummu Sa’ad bin Sa’ad al-Ansariyyah. Bapa saudaranya adalah seorang ulama hadis terkenal, bernama Musa bin Abdul Rahman. Atuknya, Yasar dikatakan berasal dari Kristian yang kemudian memeluk islam.

 

Tahun 115 H, dia sampai ke iskandariyyah (Mesir) untuk belajar dari Yazid bin Abi Habib. 

 

Ibn Ishaq ini mendapat beberapa kritikan berikut;

 

[a] Ibn hajar mengatakan bahawa dia seorang yang cenderung kepada syiah dan berfahaman Qadariyyah.

 

[b] Ibn Hajar juga kata, dia ada melakukan tadlis.

 

[c] menurut al-Daraqutni, Imam malik menyatakan bahawa hadis Ibn Ishaq dan bapanya tidak boleh dibuat hujah. Bahkan, Imam malik pernah kata, dia adalah Dajjal dari kalangan para dajjal.

 

Namun begitu, di sana terdapat beberapa pujian terhadap Ibn Ishaq seperti berikut;

 

[a] Imam Syafie mengatakan, “sesiapa yang mahu mendapat keluasan ilmu berkenaan maghazi, maka itu boleh belajar dari Muhammad bin Ishaq.

 

[b] Ibn Hibban dan Abu Ya’la al-Khalili mengatakan bahawa Ibn Ishaq mempunyai keluasan ilmu dan siqah. Abu Zur’ah al-Razi pula menyatakan bahawa Ibn Ishaq adalah Soduq.

 

Imam Abu Daud, Tarmizi, nasaie dan Ibn Majah meriwayatkan hadis Ibn Ishaq.

 

Dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Imam al-Bukhari tidak mengkritik Ibn Ishaq. Namun, apabila dilihat dalam sahih al-Bukhari, nama Ibn Ishaq hanya berada dalam Mutaba-ah dan ta’liq sahaja. Imam Muslim juga menggunakan pendekatan yang sama.

 

Sunday, February 27, 2022

SAFWAN BIN ISA AL-QURASHI AL-ZUHRI AL-BASRI (198H)

 SAFWAN BIN ISA AL-QURASHI AL-ZUHRI AL-BASRI (198H)

صَفْوَانُ بْنُ عِيسَى القرشي الزهري البصري

 

Dilahir di Basrah dan meninggal di tempat yang sama.

 

Menurut al-Zahabi, dia adalah rijal kutub al-Sittah. Namun, didapati al-Bukhari meriwayatkan hadisnya secara ta’liq sahaja.