Friday, March 25, 2022

SAHABAT: UMAIMAH BINTI RUQAIQAH AL-TAIMIYYAH

 SAHABAT: UMAIMAH BINTI RUQAIQAH AL-TAIMIYYAH

أميمة بنت رقيقة التيمية

 

Ini salah seorang Sahabiyyah. Beliau adalah anak saudara kepada Khadijah binti khuwailid, iaitu ibunya bernama Ruqaiqah bin Khuwailid itu adalah adik beradik Khadijah.

 

Tidak dibintikan dengan bapanya sebaliknya dibintikan dengan ibunya, kerana ibunya lebih dikenali berbanding bapanya.

 

Bapanya, bernama Abdun عبد bin Bajjad بجاد bin Umair bin al-Haris bin Harisah bin Sa’ad bin Tayyim تيم bin Murrah.

 

Memandangkan dia anak saudara Khadijah, sudah pasti dia adalah penduduk Mekah. Makanya, semasa hijrah ke Madinah, dia turut terlibat sama.

 

Mengikut catatan sejarah, dia terlibat terlibat dalam perang Mu’tah yang berlaku pada tahun 8 hijrah.

No comments:

Post a Comment