Showing posts with label BUKHARI MUSLIM. Show all posts
Showing posts with label BUKHARI MUSLIM. Show all posts

Thursday, September 29, 2022

ABU SA’ID AL-ASYAJ (167H-257H)

ABU SA’ID AL-ASYAJ (167H-257H)

أَبُو سَعِيدٍ الْأَشَجُّ

 

Nama penuhnya adalah ABDULLAH BIN SA’ID BIN HUSOIN AL-KINDI AL-ASYAJ AL-KUFI.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                 ABU HATIM AL-RAZI kata, dia imam pada zamannya.

(b)               MUHAMMAD BIN AHMAD BIN BILAL AL-SYATHWI kata, aku tidak jumpa orang lebih hafal darinya.

(c)                AL-NASAIE kata, dia soduq.

(d)               YAHYA BIN MAIN kata, dia ليس به بأس, tetapi dia riwayatkan juga hadis dari perawi doif.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, guru kepada Imam Muslim.

IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY (92H)

IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY (92H)

إِبْرَاهِيمَ بْنِ يَزِيدَ التَّيْمِيِّ

 

Nama penuhnya adalah IBRAHIM BIN YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY. Digelar dengan ABU ASMA’ AL-KUFI.

 

Terkenal dengan ahli Ibadat yang tekun. Al-‘Amash pernah cerita bahawa semasa dia sujud, burung datang hinggap di atas belakangnya.

 

Menurut cerita (قيل), dia mati dibunuh oleh al-Hajjaj pada tahun 92 hijrah (Kawkab:4/119) dan SA’ID BIN JUBAIR dibunuh pada tahun 95 hijrah.

 

Dalam al-Tabaqat al-Kubra, AL-WAQIDI meriwayatkan bahawa HAJJAJ mahu mencari IBRAHIM AL-NAKHAIE (47H-96H). lalu IBRAHIM ALTAIMI datang dan berkata: Aku adalah IBRAHIM.

 

Dia pun ditangkap oleh HAJJAJ dalam keadaan IBRAHIM AL-TAIMI tahu bahawa yang HAJJAJ mahu adalah IBRAHIM AL-NAKHAIE. Dia pun dipenjarakan di AL-DIMASالديماس (kini di Syria). Dalam penjara, dia sentiasa sejuk dan tidak mendapat cahaya matahari.

 

Keadaan dia begitu teruk, sehingga ketika ibunya datang ziarah dia di penjara, ibunya tidak mengenalinya kecuali setelah bercakap dengan dia.

 

Dia mati dalam penjara. Dalam riwayat AL-WAQIDI diceritakan juga bahawa HAJJAJ bermimpi pada malam IBRAHIM meninggal dunia bahawa ada suara memberitahu bahawa ada seorang ahli syurga mati dalam penjara. Keesokannya, HAJJAJ tanya kepada pegawai istana. Mereka jawab: orang itu adalah IBRAHIM AL-TAIMI.

 

ABU DAUD kata, dia meninggal dunia ketika umurnya tidak sampai 40 tahun. (Tabaqat al-Huffaz—al-Sayuti)

 

Dia terkenal dengan zuhud dan ibadat. Dia pernah berkata: aku pernah tidak makan selama 30 hari.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                AL-ZAHABI kata, dia pemuda soleh taat perintah tuhan alim faqih.

 

KOMENTAR TENGAH-TENGAH

(a)                IBN HAJAR AL-ASQALANI sebut dalam AL-TAQRIB, dia siqah tetapi IRSAL dan TADLIS (Kawkab:4/119)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

BIN ULAYYAH (110H-193H)

BIN ULAYYAH (110H-193H)

ابْنِ عُلَيَّةَ

 

Nama betulnya adalah ISMAIL BIN IBRAHIM BIN MUQSAM AL-QURASHI AL-ASADI. Lebih popular dengan IBN ULAYYAH. Dia berada di sekitar basrah dan kufah dan meninggal dunia di Baghdad.

 

ULAYYAH itu adalah nama ibunya. Menurut AL-ZARKALI bahawa dia tidak suka dipanggil dengan gelaran IBN ULAYYAH.

 

Atuknya pula, MUQSIM berasal dari keturunan SABY AL-QIQANIYYAH, iaitu satu keturunan yang berada antara khurasan dan ZABULISAN زابلسان (dalam wilayah Azerbaijan).

 

Bapanya, IBRAHIM adalah seorang peniaga dari KUFAH. Dia datang ke BASRAH untuk berniaga. Di situ, dia berjumpa dengan ULAYYAH BINTI HASSAN dan bernikah sehingga melahirkan ISMAIL.

 

AMRU BIN ZURARAH AL-NAISA’BIRI pernah kata, aku bersahabat dengan IBN ULAYYAH selama 14 tahun. Aku tidak pernah nampak dia senyum. Hal ini kerana, dia selalu kelihatan sedih dan takut dengan akhirat.

 

Di akhir era pemerintahan HARUN, dia dilantikan menjadi pengerusi hal ehwal zakat di Basrah.

 

Dia berpindah ke Bahdad bersama dengan bapanya. Di situ, dia beli rumah dan dia meninggal di situ.

 

Jenazah dia disembahyangkan oleh anaknya yang bernama IBRAHIM, seorang tokoh besar dari aliran JAHMIYYAH.

 

Dia ada beberapa orang anak yang terkenal: (al-Siyar)

(a)                ABU BAKAR MUHAMMAD BIN ISMAIL BIN ULAYYAH—Qadhi di Damsyiq dan merupakan guru kepada imam al-nasaie.

(b)               IBRAHIM BIN ISMAIL BIN ULAYYAH—Seorang penganut fahaman JAHMIYYAH serta anggap al-Quran adalah makhluk dan pernah berdebat dengan Imam syafie.

(c)                HAMMAD BIN ISMAIL—salah seorang guru kepada Imam Muslim.

 

KOMENTAR POSITIF

(a)                AL-BAIHAQI, dinukilkan perkataan Imam syafie bahawa dia siqah.

(b)               ABU JA’FAR AL-BASTI kata, dia siqah dan lebih hafaz berbanding al-saqafi.

(c)                ABU DAUD kata, tidak ada seorang pun ulama hadis yang tidak silap kecuali ISMAIL BIN ULAYYAH.

(d)               Dianggap SIQAH oleh AL-HAKIM, IBN MAHDI,

(e)                AHMAD kata, orang yang paling sabat di Basrah.

(f)                 AL-NASAIE dan AL-WAQIDI kata, dia siqah sabat.

(g)                AL-ASQALANI kata, dia siqah hafiz.

(h)               AL-ZAHABI kata, dia imam hujah.

(i)                  SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ kata, dia adalah wangian para fuqaha’. Dan penghulu para ulama hadis.

(j)                  SADUSI kata, dia sabat sangat.

(k)                IBN SA’AD kata, dia sabat dan hujjah.

ISHAQ BIN IBRAHIM (161H-238H)

ISHAQ BIN IBRAHIM (161H-238H)

إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ

 

Nama penuhnya adalah ISHAQ BIN MAKHLAD BIN IBRAHIM BIN ABDULLAH BIN MATAR AL-HANZALI. Sering dipanggil ISHAQ BIN RAHWIYYAH atau ABU YA’QUB BIN RAHWAIYYAH AL-MARUZI.

 

Dia dilahirkan di Turkumanistan dan meninggal dunia di Nisabur (kini: Iran).

 

Dia dikenali sebagai ISHAQ BIN RAHWIYYAH kerana bapanya dilahirkan dalam perjalanan ke MEKAH yang penduduk مرو namakan sebagai RAHWIYAH (iaitu, orang kelahiran dalam permusafiran).

 

AHMAD BIN SALAMAH berkata bahawa dia dengar ISHAQ sendiri cerita bahawa gabenor ABDULLAH BIN TAHIR bertanya kepadanya: apa makna RAHWIYYAH? Apakah kamu tidak marah kepada orang yang memanggilmu dengan panggilan ini?

 

Ishaq pun bercerita bahawa ayahnya dilahirkan dalam perjalanan ke mekah. Dalam bahasa orang marawazah (المراوزة), ia disebut RAHWIYYAH. Bapaku tidak suka dipanggil begitu. Adapun aku, aku tidak marah. (al-Siyar)

 

Dia sempat berjumpa dan mendengar ilmu dari ABDULLAH BIN MUBARAK (118H-181H), WAKI’E BIN AL-JARRAH, ABU MUAWIYAH AL-DHORIR, HAMMAD BIN SALAMAH, SUFYAN BIN UYAYNAH, AL-FUDHAIL BIN IYADH AL-TAMIMI, ABDUL RAZZAQ AL-SUN’ANI dan ramai lagi.

 

 pada tahun 184 hijrah, dia bermusafir ke Iraq yang ketika itu umurnya 23 tahun.

 

Dia sempat sampai ke beberapa negara seperti HIJAZ, YAMAN, SYAM dan kembali semula ke BAGHDAD. Dia tidak masuk ke Mesir.

 

Selepas itu, dia pulang ke Khurasan dan menetap di Naisabur. Di situ dia mengajar sehingga dia meninggal dunia.

 

Dia bukan sekadar alim dalam ilmu hadis, malah alim dalam ilmu fiqh, tafsir dan bahasa arab. Dalam pengajian ilmu hadis, dia mahir dalam selok belok sanad, al-Jarh wa al-Ta’dil serta Illat hadis.

 

Ramai peneliti menyebut bahawa dia adalah orang yang mengideakan kepada al-Bukhari agar himpunkan hadis-hadis sahih sahaja dalam satu kitab. Hal ini ketika Imam al-Bukhari berada dalam majlis Ishaq yang ketika itu dia berkata kepada al-Bukhari:

لو جمعتم كتابا مختصرا لصحيح سنة النبي

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                NAI’M BIN HAMMAD kata, apabila kamu jumpa orang khurasan memburukkan Ishaq, ketahuilah bahawa orang itu bermasalah dalam beragama.

(b)                AL-DARIMI kata, penduduk timur dan barat mengakui kebenarannya الصدق

(c)                KHATIB AL-BAGHDADI kata, para ahli ilmu dari bilang hadis dan fiqh, serta ahli kebenaran, hafaz, warak dan zuhd akui Ishaq.

(d)                AL-NASAIE kata, dia siqah ma’mun serta imam.

(e)               ABU ZUR’AH kata, aku tidak pernah jumpa orang yang lebih hafaz berbanding ISHAQ.

(f)                 ABU HATIM kata, mengkagumkan dari sudut ketelitian dan kesejahteraan dari kesalahan bersama kekuatan hafazannya.

(g)                IBN AL-QAYYIM kata, pada zamannya, ishaq adalah orang yang terkemuka dalam bidang ilmu, hadis, tafsir, sunnah, amar makruf dan nahi mungkar. Kuat melawan fahaman jahmiyyah serta ahli bid’ah di Khurasan. Dia adalah ulama yang menyebarkan sunnah di Khurasan.

Monday, September 19, 2022

ABU HAZIM SALMAN AL-ASYJAIE (100H)

 ABU HAZIM SALMAN AL-ASYJAIE (100H)

 أَبو حَازِمٍ سلمان الأشجعي

 

Antara tempat yang dia pernah sampai adalah Madinah dan Kufah. Dia sempat bermulazamah bersama Abu Hurairah selama 5 tahun.

 

Dia meninggal di era pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Dia adalah rijal al-kutub al-sittah serta seorang perawi siqah.

FUDHAIL BIN GHAZWAN BIN JARIR AL-DHOBBI (140H)

 FUDHAIL BIN GHAZWAN BIN JARIR AL-DHOBBI (140H)

فُضَيْلِ بْنِ غَزْوَانَ بن جرير الضبي

 

Dipanggil dengan ABU AL-FADHL. Dia meninggal di era pemerintahan khalifah al-Mansur. Dia adalah rijal al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan al-Nasaie. Tidak didapati namanya dalam kitab sunan Ibn Majah.

ISHAQ BIN YUSUF BIN YA’QUB BIN MURDAS AL-MAKHZUMI AL-QURASHI AL-WASITI (117H-195H)

ISHAQ BIN YUSUF BIN YA’QUB BIN MURDAS AL-MAKHZUMI AL-QURASHI AL-WASITI (117H-195H)

 إِسْحَاقُ بْنُ يُوسُفَ بن يعقوب بن مرداس المخزومي القرشي الواسطي

 

Ulama dari al-Wasit ini dipanggil dengan Abu Muhammad. Terkenal dengan alim dalam bidang al-Quran dan hadis serta terkenal dengan kezuhudan.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                Dia dianggap siqah oleh AL-BAZZAR, AL-BAIHAQI, AL-DARAQUTNI, AL-JILI, AL-ASQALANI dan YAHYA BIN MA’IN.

(b)                Ahmad bin Hambal kata, dia amat siqah.

(c)                Al-Khatib al-Baghdadi kata, dia dari kalangan siqah yang ma’mun dan salah seorang hamba Allah yang soleh.

(d)               Al-Zahabi kata, dia ahli ibadat dan amat tinggi kedudukannya.

(e)               Abu hatim pula kata, dia sahih al-hadis soduq la ba’sa bih.

 

KOMENTAR TENGAH-TENGAH:

(a)                Muhammad bin Sa’ad kata, dia siqah yang kadangkala buat silap.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi yang siqah.

MUHAMMAD BIN RAFI’ BIN ABI ZAID SABUR (172H-245H)

 MUHAMMAD BIN RAFI’ BIN ABI ZAID SABUR (172H-245H)

مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ بن ابي زيد سابور

 

Digelar dengan ABU ABDILLAH AL-QUSYAIRI. Al-Hakim menyatakan bahawa dia adalah seorang ulama yang jelajah banyak tempat demi ilmu. Dia pernah sampai Khurasan, Naisabur, al-Hijaz, Basrah, Kufah, al-Madain, Baghdad dan Wasit.

 

Dia adalah Rijal al-Bukhari, Muslim Abu Daud, al-Tarmizi dan al-Nasaie. Tidak ditemui namanya dalam riwayat Ibn Majah.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

ZA-IDAH BIN QUDDAMAH AL-SAQAFI (161H)

 ZA-IDAH BIN QUDDAMAH AL-SAQAFI (161H)

 زاَئِدَةَ بن قدامة الثقفي

 

Dia dipanggil Abu al-Solt al-Kufi. Dia antara ulama hadis yang digelar sebagai AL-HAFIZ. dia bukan sekadar terkenal dalam bidang hadis, bahkan amat terkenal juga dalam bidang tafsir al-Quran.

 

Dia meninggal dunia pada tahun 161H, di bumi rom.

 

Menurut al-Sayuti dalam tabaqat al-Huffaz, dia dikatakan orang yang amat tegas dengan ahli Bid’ah. Andai ada orang datang mahu berbual dengannya, dia akan tanya lebih dahulu, apakah dari ahl al-Sunnah atau tidak. Jika ahli Bid’ah, dia tidak akan berbual dengan orang itu.

 

KOMENTAR ULAMA: (Al-Aini:1/206)

(a)                Dia dianggap SIQAH oleh al-Nasaie, Abu Hatim, Al-Ijli.

(b)               Ibn Sa’ad kata, dia siqah ma’mun.

(c)                Ibn Hibban kata, dia seorang huffaz yang mutqin.

(d)               Al-Daraqutni kata, dia imam yang sabat.

(e)               Abu Zur’ah pula kata, dia soduq dari kalangan ahli ilmu.

 

Mati di rom tahun perangan AL-HASAN BIN QAHTABAH (Al-Aini:1/206)

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah lagi sahih.

Sunday, September 11, 2022

UBAIDULLAH BIN UMAR BIN HAFS BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB (71H-147H)

  UBAIDULLAH BIN UMAR BIN HAFS BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB (71H-147H)

 عُبَيْدِ اللَّهِ بن عمر بن حفص بن عاصم بن عمر بن الخطاب

 

Gelarannya adalah Abu Osman al-Madani. Dia adalah cicit kepada ‘Asim yang merupakan anak kepada Saidina Umar bin al-Khattab. Ibunya bernama FATIMAH BINTI UMAR BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB.

 

Bermakna, ibu dan bapanya adalah sepupu, iaitu dari atuknya yang bernama ‘Asim.

 

Dia dilahirkan dan meninggal dunia di Madinah.

 

Dia merupakah salah seorang al-Fuqaha’ al-Sab’ah, iaitu tujuh orang ulama fiqh di Madinah yang menjadi rujukan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

 

Dia berjumpa dengan Ummu Khalid binti Khalid (sahabiyyah) dan mendengar hadis darinya.

 

Dia dari kalangan صغار التابعين, dan salah seorang orang kenamaan di Madinah. Salah seorang dari tujuh fuqaha’ sab’ah di Madinah.

 

Al-Zahabi kata, aku berpendapat bahawa dia riwayatkan lebih 400 hadis.

 

Adik beradik dia:

(a)                ABDULLAH

(b)               ABU BAKAR

(c)                ‘ASIM.

 

Nama isterinya;

(1)                UBAYYAH BINTI ABI BAKAR BIN UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN UMAR BIN AL-KHATTAB. Anak-anaknya:

a.                  Rabah

b.                  Hafsh

c.                   Bakkar

 

(2)               FUDHAILAH BINTI MUSA BIN UTBAH BIN ABDUL RAHMAN BIN ABDULRAHMAN BIN AUF. Anaknya:

a.      ISMAIL BIN UBAIDULLAH.

 

KOMENTAR ULAMA;

(a)                Dia dianggap siqah oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH, ABU HATIM dan IBN HIBBAN.

(b)               Dianggap SIQAH SABAT oleh AL-NASAIE, AHMAD BIN SOLEH, AL-ASQALANI

(c)                IBN MAIN kata, dia siqah hafiz dan muttafaqa alaih.

(d)               IBN HIBBAN kata, dia siqah dan dari kalangan orang-orang besar Madinah, orang mulia dari kalangan Quraish dari sudut ilmu, ibadat, hafalan dan ketelitian.

(e)               AHMAD BIN SOLEH kata, dia siqah sabat ma’mun yang tidak ada seorang pun yang lebih sabat darinya berkenaan Hadis Nafi’.

(f)                 AHMAD kata, dia lebih sabat berbanding Ayyub, Ubaidullah bin Umar dan Malik.

(g)                AL-ZAHABI kata, dia sabat.

(h)               ALI BIN UMAR AL-HARBI kata, dia siqah hafiz dan muttafaq Alaih.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan merupakan seorang perawi siqah lagi sahih.

DAUD BIN SOLEH BIN DINAR AL-TAMMAR AL-ANSARI AL-MADANI

 DAUD BIN SOLEH BIN DINAR AL-TAMMAR AL-ANSARI AL-MADANI

 دَاوُدَ بْنِ صَالِحِ بْنِ دِينَارٍ التَّمَّارِ الأنصاري المدني

 

Digelar al-TAMMAR kerana dia seorang penjual buah kurma.

 

Dia adalah Rijal Bukhari, Muslim dan Abi Daud.

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                Ahmad kata, la Ba’sa Bih.

(b)               Ibn Hibban senaraikan dia dari kalangan al-Siqat.

(c)                Al-Zahabi kata, dia soduq.