ABU SA’ID KAISAN AL-MAQBURI AL-MADANI (100H)
أبو سعيد كيسان المقبري المدني
Ulama Madinah ini adalah
bapa kepada ulama hadis terkenal bernama SA’ID BIN KAISAN. Nama sebenarnya
adalah KAISAN, tetapi dipanggil juga dengan ABU SA’ID.
Dia mendapat gelaran المقبري iaitu perkuburan,
kerana dia diamanahkan untuk menggali kubur kepunyaan keluarga Bani Dinar serta
menjaga kubur mereka. Ada pula kata, tempat tinggal dia berhampiran dengan
tanah perkuburan Baqi’, di Madinah.
Dia meninggal di Madinah semasa pemerintahan Khalifah al-Walid, dan dia salah seorang tabiin besar.
Al-Waqidi kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis.
dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah dan perawi yang siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment