Showing posts with label TABAQAT 3. Show all posts
Showing posts with label TABAQAT 3. Show all posts

Sunday, March 20, 2022

MANSUR BIN AL-MU’TAMIR (60H-132H)

 MANSUR BIN AL-MU’TAMIR (60H-132H)

  مَنْصُور بن المعتمر

 

Dia digelar ABU ‘ITAB AL-SULAMI, merupakan seorang Ulama hadis yang hidup di era Tabiin. Terkenal sebagai صواما قواما, iaitu orang kuat beribadat dan kuat berpuasa.

 

Diceritakan bahawa dia selalu menangis pada waktu malam; iaitu semasa sedang menunaikan solat. Keadaan itu menjadikan ada tanda hitam pada matanya.

 

Apabila sampai waktu pagi, dia keluar rumah dengan pakai celak untuk orang tidak tahu matanya hitam sebab menangis.

 

Diceritakan juga bahawa tempat dia tunaikan solat pada waktu malam di atas bumbung rumahnya.

 

Semasa dia meninggal dunia, anak jirannya bertanya kepada ibunya: sudah tidak ada lagi tunggul di atas rumah Mansur.

 

Ibu itu menjawab: Mansur sudah meninggal dunia.

 

Semasa Yazid bin Umar bin Hubairah menjadi gabenor di Iraq, dia mahu melantik Mansur sebagai Qadhi, tetapi dia menolak. Dia dipaksa juga, tetapi dia tetap menolak sehingga dia dipenjara selama 2 bulan.

 

Setelah 2 bulan, dalam berat hati dia terima jawatan tersebut. Namun, dalam penghakimannya dia tidak membuat keputusan. Dengan itu, dia memberitahu kepada Gabenor: aku tidak baik untuk urusan ini.

 

Mendengar penjelasannya itu, Gabenor akur dengannya yang kemudian dia digugurkan jawatan tersebut.

 

Ramai ulama memuji dan mengakui kesiqahannya. Namun, ada sedikir kritikan terhadapnya seperti Abu Hatim bin Habban al-Basti ada kata bahawa Mansur dari kalangan ahli ibadat, tetapi ada sedikit Tasyayyu’ (kecenderungan terhadap syiah).

 

Tidak diketahui, apa yang menjadikan dia ditanggapi sebagai Tasyayyu’. Kemungkinan berfaktorkan dakwaan bahawa dia antara orang yang bersungguh-sungguh menggalakan penduduk Kufah agar bergabung dengan Zaid bin ‘Ali bin al-Husain bin ‘Ali dalam usaha melawan melawan Bani Umayyah di Kufah yang selalu melakukan tekanan kepada Bani Hashim yang ketika itu, Gabenor Kufah adalah Yusuf bin Umar. kejadian ini berlaku pada tahun 120 hijrah, iaitu ketika Mansur berumur 60 tahun, iaitu lebih kurang 12 tahun sebelum dia meninggal dunia.

 

Imam Ahmad pula menyatakan bahawa Mansur seorang yang sabat, tetapi dia akan idhtirab apabila majlis dia dihadiri ulama-ulama besar yang lain.

 

Walaubagaimana pun, Mansur adalah Rijal al-kutub al-Sittah, dan merupakan salah seorang perawi siqah lagi sahih.

Saturday, March 19, 2022

MUJAHID BIN JABAR (21H-140)

 MUJAHID BIN JABAR (21H-140)

مُجَاهِد ابن جبر (حبير)

 

Tabiin hebat ini dipanggil dengan gelaran Abu al-Hajjaj al-Makhzumi.

 

Nama bapanya, ada yang baca dengan JABAR dan ada baca dengan JUBAIR.

 

Mujahid ini terkenal dalam bidang ilmu tafsir dan Qiraat. Disamping itu, dia juga alim dalam bidang hadis dan fiqh. Kebanyakkan ilmu-ilmu ini dia pelajar dari Ibn Abbas, terutama fiqh dan tafsir.

 

Banyak ambil hadis dari Aisyah, Abu Hurairah, Sa’ad bin Abi Waqas, Jabir bin Abdullah, Abdullah bin Umar dan Abu Sa’id al-Khudri.


Kemahiran dia dalam bidang tafsir al-Quran, sehinggakan al-Imam al-Sauri pernah berkata: “ambilah tafsir dari empat orang; Mujahid, Sa’id bin Jubair, Ikrimah dan al-Dahhak”.

 

Bahkan, dia ada kitab tafsir sendiri yang bertajuk: “Tafsir Mujahid”.

 

Dia dilahirkan di Mekah di era Saidina Umar menjadi khalifah, dan meninggal di tempat yang sama.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

Wednesday, March 16, 2022

AMRU BIN AL-HARIS (90H-148H)

 AMRU BIN AL-HARIS (90H-148H)

عَمْرٌو بن الحارث

 

Nama penuhnya ABU UMAYYAH AMRU BIN AL-HARIS BIN YAAQUB AL-ANSARI AL-MISRI.

 

Dia berasal dari mesir dan terkenal dengan ilmuan di bumi kelahirannya itu sehingga digelar sebagai “Alim al-Diyar al-Misriyyah”.

 

Menurut Abu Bakar al-Khatib, dia terkenal dengan ilmu hadis, ilmu qiraat dan faqih malah banyak memberi fatwa serta seorang sasterawan. Menurut Abu al-Qasim bin Bisykawal bahawa dia sudah mula memberi fatwa ketika umurnya masih muda.

 

Menurut Musa bin Salamah al-Misri, kerap berlaku bahawa apabila dia keluar dari rumah, orang sudah beratur mahu bertanya kepadanya; ada yang bertanya berkenaan fiqh, ada bertanya berkenaan hadis, ada bertanya berkenaan al-Quran, ada bertanya berkenaan Syair, ada yang bertanya berkenaan Faraid, ada yang bertanya berkenaan sastera arab, bahkan ada juga yang bertanya berkenaan ilmu hisab.

 

Dia dilahirkan di era pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dan meninggal di era pemerintahan Abu Jaa’far al-mansur.

 

Abu Ishaq al-Syirazi meletakkan dia sebagai senarai ulama fiqh dalam kalangan Tabiin di mesir.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan perawi yang siqah lagi sahih.